July 29, 2021

Unboxing & Pandang Pertama Samsung Galaxy A72 Untuk Pasaran Malaysia

Unboxing Samsung Galaxy A72
Hari ini, Bro ingin berkongsikan pandang pertama mengenai Samsung Galaxy A72 yang telah Bro Unboxing.

Samsung Malaysia baru sahaja memperkenalkan 3 model terbaru mereka yakni Samsung Galaxy A32, A52 & A72 yang akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Pengenalan kepada model terkini menyaksikan beberapa ciri terhadap Siri A dipertingkatkan oleh pihak Samsung seperti jangka hayat bateri serta kalis air / habuk.

Bro cukup bertuah kerana berpeluang menjadi yang terawal menggunakan Samsung Galaxy A72 yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Octa-Core dengan kelajuan mencecah 2.3GHz. Mempunyai ruangan penyimpan sebesar 256GB dengan memori 8GB RAM.

Belakang Samsung Galaxy A72

Dari segi warna yang ditawarkan, kita dapat menjangkakan bahawa Samsung Galaxy A72 ditujukan kepada golongan remaja yang inginkan sesuatu yang trendi & mengikut perkembangan semasa.

Maka, keutamaan diberikan kepada kemampuan kamera serta paparan skrin depan hampir penuh tanpa bezel (Infinity-O Display) serta rintangan air & habuk IP67.

Jika diperhatikan, rekaannya agak simple / ringkas dengan ukuran 77.4 x 165.0 x 8.4mm dan berat 203g serta dilengkapi rangka kamera minimalis.

Paparan Skrin Samsung Galaxy A72

Kamera Hadapan Samsung Galazy A72

Samsung Galaxy A72 dilengkapi paparan bersaiz 6.7-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400). Ia turut menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz.

Terdapat lubang ditengah bahagian atas skrinnya untuk memuatkan kamera hadapan. Buat masa ini (sepanjang Bro menggunakan), ianya tidak menganggu penggunaan sewaktu bermain permainan mahupun menonton video.

Kemampuannya untuk mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar bagi mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield’.

Kamera Pada Samsung Galaxy A72

Kamera Belakang Samsung Galaxy A72

Nampak macam ada 5 kamera dibelakangnya, tetapi bukan. Samsung Galaxy A72 hadir dengan kamera kuad 64MP.

Dimana kamera utamanya 64-Megapixel (f/1.8) bersama sokongan OIS (optical image stabilization), diikuti dengan sensor 12-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2) + 8-Megapixel (Telefoto) (f/2.4) + 5-Megapixel (Makro) (f/2.4).

Bukan itu sahaja, kamera utama A72 turut dilengkapi sokongan 3X Optical Zoom dan Digital Zoom sehingga 30X. Wowww….!!!

Manakala kamera hadapannya 32MP, memfokuskan golongan penggunanya yang gemar mengambil swafoto menarik untuk dimuat naik dalam sosial media.

Port Pengecas Samsung Galaxy A72

Samsung Galaxy A72 dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh yang menggunakan port sambungan USB-C dengan pengecasan pantas 25W.

Bagaimanapun Bro kurang berkenan dengan kepala mengecasnya yang hanya support wayar pengecas USB Type C berbanding sesetengah kepala pengecas yang lain.

Lagipun kebanyakan pengguna di Malaysia masih menggunakan kepala pengecas jenis USB 3.0 terutamanya jika ingin mengecas telefon pintar di dalam kereta.

Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black dan Awesome White. Manakala harganya untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan (Updated : 22 March 2021).

Buat masa ini, Bro hanya mampu kongsikan pandang pertama mengenai Samsung Galaxy A72. Untuk review lebih mendalam mengenai telefon pintar ini, Bro akan kongsikan dalam artikel akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai model Samsung Galaxy A72, anda boleh layari www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/smartphones/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Unboxing & Pandang Pertama Samsung Galaxy A72 Untuk Pasaran Malaysia

  1. Semakin menarik tawaran smartphone Samsung sekarang. Sudah agak lama juga aku tinggalkan Samsung ini, mungkin akan datang bolehlah dijadikan salah satu pilihan untuk dipertimbangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *