April 25, 2024

Filem Kaki Kitai @ Kaki Penipu

Kaki Kitai Shaheizy Sam Fezrol Khan
Filem ke-98 dari Metrowealth (MiG) merupakan filem pertama arahan Amiro Ghozali yang menampilkan Shaheizy Sam dan Fezrol Khan sebagai peneraju utama.

Filem komedi aksi yang ringan ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga bila musim cuti sekolah bermula.

Kaki Kitai diambil dari bahasa pasar yang sering digunkan bagi menggambarkan individu yang suka menipu untuk kepentingan diri sendiri. Kiranya Kaki Kitai ini bermaksud Kaki Penipu.

Seperti yang dinyatakan dalam tagline filem ini “Kan Gua dah cakap Gua tipu”

Filem ini menampilkan Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie, Epy Kodiang, Along Eyzendy dan pelakon baru Emily Chan.

Pelakon Filem Kaki Kitai

Kaki Kitai Shaheizy Sam - Grenggo
Shaheizy Sam – Grenggo/Din : Kaki penipu yang hidupnya hanya menipu dan telah menetap di Kuala Lumpur selama 3 tahun.

Kaki Kitai Fezrul Khan - Ayoi
Fezrul Khan – Ayoi : Member Din aka Grenggo yang datang dari kampung untuk mencari pekerjaan sebagai tukang masak.

Kaki Kitai Farid Kamil - Inspektor Farid
Farid Kamil – Inspektor Farid : Seorang angota polis yang merupakan rakan sekampung/sekolah Din dan Ayoi. Beliau dalam misi untuk menumpaskan sediket mafia yang berluasa di ibu kota Kuala Lumpur.

Kaki Kitai Adam Corrie - Branco
Adam Corrie – Branco : Ketua mafia yang ingin ditumpaskan oleh Inspektor Farid dan memburu Grenggo dan Ayoi yang telah mencuri duit beliau.

Kaki Kitai Farid Kamil Emily Chan
Emily Chan – Mimi : Tunang kepada Inspektor Farid yang diculik oleh Branco atas tujuan ingin membalas dendam terhadap Inspektor Farid.

Sinopsis Filem Kaki Kitai

Kaki Kitai bermula apabila Ayoi (Fezrol Khan) yang agak kurang cerdik datang ke KL untuk mencari kerja sebagai tukang masak.

Kaki Kitai Shaheizy Sam Fezrul Khan Basuh Pingan

Beliau dibantu oleh rakan sekolah/sekampung Grenggo/Din (Shaheizy Sam) yang berjanji akan menolong dia mencari kerja di hotel tempat dia berkerja. Tetapi kerja yang dapat tidak seperti yang diharapkan oleh Ayoi.

Kata Grenggo/Din, “Nak berjaya, kena bermula dari bawah”

Bagaimanapun mereka berdua asik terlibat dengan beberapa kes besar dibawah kelolaan Inspektor Farid (Farid Kamil) menyebabkan kebanyakan operasi beliau gagal.

Kisah tragis bermula bila Branco (Adam Corrie), ketua mafia menyimpan dendam terhadap Inspektor Farid lalu menculik Mimi (Emily Chan) anak Dato’ Kamal yang merupakan tunang kepada Inspektor Farid. Mereka meminta wang tebusan RM2 juta jika mahu Mimi selamat.

Malangnya penyerahan wang tebusan tidak berjaya bila Ayoi dan Grenggo/Din tiba-tiba masuk campur takkala pihak polis telah bersiap sedia untuk memerangkap pihak penjenayah. Lebih malang lagi, wang tebusan hilang dibawa lari oelh mereka berdua.

Kaki Kitai Shaheizy Sam Fezrul Khan Parti Buih

Ini menyebabkan mereka menjadi buruan anak buah Branco, dan pihak polis cuba mencari mereka kerana beranggapan mereka berdua juga terlibat sama dengan kes ini.

Mereka berdua telah menggunakan wang tebusan itu untuk enjoy dan membayar hutang Grenggo/Din dengan Ah Long.

Sehingga mereka dirompak dalam bilik hotel, tetapi tidak mengingati apa yang terjadi akibat terlalu mabuk. Wang tebusan yang selama ini ada pada mereka telah dibawa lari.

Shaheizy Sam Fezrul Khan Kaki Kitai

Lebih malang lagi, Geng Branco telah menangkap mereka berdua dan minta mereka memulangkan balik wang tebusan yang mereka ambil dalam tempoh masa 3 hari.

Apakah yang bakal terjadi dengan Grenggo/Din yang kaki kitai? Adakah Ayoi yang kurang cerdik selamat bersama Grenggo/Din? Bagaimana pula dengan Mimi? Dan siapa pula yang mencuri wang tebusan itu?

Semuanya akan terjawab sekiranya anda menonton filem ini.

Filem ini mula ditayangkan di pawagam bermula 20 November 2014.

Trailer Filem Kaki Kitai

Bro Framestone di Malam Pratonton Filem Kaki Kitai

Kaki Kitai Mr David Teo

Rasanya dah lama tak berbual dengan Mr David Teo.

Paling tak sangka, beliau sudi makan semeja dengan Bro. Maaf sebab Bro kurang sopan, ajak Mr David bergambar sewaktu dia tengah makan.

Kalau lambat, risau tak dapat nak bergambar dengan dia. Tak percaya, boleh tanya pada Deq Noor (sian dia, monyok xdapat bergambar dengan Mr David Teo).

Kaki Kitai Emily Chan

Dapat juga bergambar dengan si comel – Emily Chan.

Harap tiada sesiapa jeles ek. Rasanya Bro ada bergambar dengan beliau beberapa kali. Cuma kali ini, agak comel gambarnya. Malangnya gambar ini sahaja yang Bro akan kongsikan.

Yang lain, nak simpan sebagai kenangan.

Apa-apa pun jangan lupa untuk menonton Filen Kaki Kitai dipawagam bermula 20 November 2014.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Filem Kaki Kitai @ Kaki Penipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *