March 29, 2024

Beli Kamera Digital – Fujifilm Finepix JX600 Dari Lazada

Fujifilm Finepix JX600 by Lazada (2)
Tempoh hari sewaktu jualan Lazada Online Revolution 11/11 Bro sempat membeli belah di lazada.

Ada beberapa produk yang dijual disana bro berkenan, dan Bro telah membeli Kamera Digital – Fujifilm Finepix JX600 dari Lazada.

Walaupun harga dia tiada berbeza sangat dengan harga dekat laman lain.

Tetapi disebabkan voucher RM10 sewaktu mendaftar dan voucher RM25 untuk pembelian melebihi RM250 menggunakan aplikasi Lazada pada telefon bimbit. Banyak penjimatan yang Bro terima.

Fujifilm Finepix JX600 by Lazada (3)
Sticker Lazada pada kotak

Paling tak boleh blah.

Bro buat pembayaran sewaktu barang itu dihantar ke depan pintu rumah Bro. Kiranya COD – cash on delivery.

Tempoh Bro beli dan terima hanya 1 hari bekerja sahaja. Cepat dan pantas urus niaga yang dijalankan (Maaf, ini bukan entry berbayar ataupun entry tajaan Lazada).

Bagi Anda yang ingin membeli kamera di Lazada, klik banner dibawah untuk usha-usha dulu kot-kot ada yang berkenan dihati.



Fujifilm Finepix JX600

Fujifilm Finepix JX600 by Lazada (1)

Kenapa Bro beli kamera digital Fujifilm Finepix JX600 ini?

Selama ini Bro banyak ambil gambar guna handphone. Sekali sekala kena ada kamera digital yang kecil comel sebagai back-up. Hadir dengan kamera 14MP dan 5x optical zoom + harganya yang menarik (asal ada cukup la).

Paling penting, Bro nak gunakan kamera ini untuk buat video. Ia boleh merakam video pada kadar HD 720p resolution.

Selama ini, buat video guna kamera bertelefon, penuh memory telefon dengan video sahaja.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

38 thoughts on “Beli Kamera Digital – Fujifilm Finepix JX600 Dari Lazada

    1. Bro memang selama ini pakai kamera handphone je. Tapi kadangkala perlukan kamera backup – yang kecil dan murah. Paling penting bateri ion yang boleh dicharge bukan beli bateri dekat kedai saiz AAA

    1. Masalahnya yang beli, tak check sama ada bekalan ada atau tidak.

      Sebab itu Bro amik COD. Lepas dorang hantar, baru Bro bayar. So kalau dia tak hantar-hantar maka tak payah bayar.

      Tak de la rasa tertipu

  1. dulu2 masa preggy beria2 saya nak beli kamera digital…senang nak tangkap gambar anak hari2 kunun…tapi last2 jarang2 pakai…bila tgok entry ni, teringat plak nak guna balik..hihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *