July 11, 2025

Fenomena Pelikat Pants – Selesa Dan Stylo

Pelikat Pants by HeyDotMY Selesa dan Stylo
Dah lama teringin nak memiliki pelikat pants (seluar pelikat).

Tak sangka benda ini menjadi fenomena sekarang. Pergi memana pun nampak orang pakai pelikat pants. Dari solat di Masjid sampailah lepak kedai mamak (selepas solat).

Ada juga usha-usha dekat kedai. Harga boleh tahan juga, baik Bro beli kain dan jahit sendiri (tapi Bro tak reti nak menjahit)

Maka Bro usha-usha di laman sosial, rupanya ada kenalan yang buat business online jual Pelikat Pants. Harga yang ditawarkan juga menarik.

Pelikat Pants by HeyDotMY

Pelikat Pants by HeyDotMY Sesuai Dibawa Solat

Kalau ikutkan,

Bro dari kecil seorang yang suka pakai kain pelikat, sebab selesa pengaliran udara yang baik he…23x

Kalau pergi kedai mamak ke, pergi jenjalan mahupun drive jauh waktu malam. Kain pelikat menjadi pilihan. Jangan tanya kenapa.

Tetapi sejak order Pelikat Pants dari HeyDotMY.

Puan isteri siap cakap, “Dapat Pelikat Pants, kain pelikat main campak je merata” He…23x Ini rasa macam nak order lagi.

Harganya pun tidak mengecewakan :-

  • 2 poket – RM39
  • 3 poket – RM49

Harga ini tidak termasuk kos penghantaran. Buat masa ini, pemilik HeyDotMY bagitau belum ada apa-apa promosi.

Tapi tak tahulah bila masuk musim cuti sekolah ini, musim berkhatan dan musim kahwin ini, tiba-tiba dia nak buat promosi, anda boleh refer di :-

Website: www.hey.my
Facebook: facebook.com/heydotmy
Twitter: twitter.com/heydotmy
Instagram: instagram.com/heydotmy
Email: heydotmy@gmail.com
Phone: 0123142179

Pelikat Pants – Selesa Dan Stylo

Pelikat Pants by HeyDotMY untuk Lelaki Stylo
Sila abaikan aksi dalam gambar diatas.

Dengan Pelikat Pants, pergerakan anda agak kurang terbatas macam pakai kain pelikat (kecuali kalau anda selak kain sampai keatas he…23x)

Dengan pelikat Pants ini, Bro dah pakai pergi Jusco, bawa solat, pergi bank, pergi pasar malam etc. Tak de pula mata yang memandang dengan pandangan yang pelik. So, ini bukti Pelikat Pants mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia.

Bukan benda pelik pun kan.

Saiz seluar berdasarkan ukur lilit pinggang seperti berikut; Saiz S (26-30), Saiz M (29-33), Saiz L (32-36), Saiz XL (35-40), Saiz XXL (38-45).

Bicara Bro : Seluar ini dah beberapa kali Bro basuh tau. Bukan pakai, tak basuh-basuh.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Fenomena Pelikat Pants – Selesa Dan Stylo

  1. Bestnya dapat pakai pelekat Pants ni.. Hari tu masa jalan-jalan dekat Masjid India, kebanyakan peniaga jual pelekat Pants ni.. Sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *