Fuddruckers, restoran yang menyajikan selera ala Amerika telah membuka cawangan pertama di Malaysia yang juga pertama di Asia Tenggara. Lokasi pilihan mereka adalah di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tempoh hari, selapas habis cover event AirAsiaLINE. Bro dan Puan Isteri berjalan-jalan di kawasan Bukit Bintang.
Kami singgah di Fuddruckers untuk mencuba burger mereka. Sekali sekala teringin juga anak tekak nak merasa masakan ala Amerika.
Ianya diasaskan oleh Philip J. Romano,
Fuddruckers difrancaiskan di Malaysia oleh AAR Fusion Industries Sdn Bhd, dan ianya dikenali kerana menghidangkan menu hidangan yang segar dari Angus Beef berkualiti tinggi hingga ke roti yang dibakar 2x sehari.
Suasana dalam Fuddruckers @ Lot 10, Bukit Bintang
Waktu Bro datang adalah selepas lunch hour, so agak tenang sikit lepak disini.
Kebanyakan lagu yang dimainkan disini memberikan suasana Amerika sewaktu makan disini.
Apa yang Bro perhatikan, kebanyakan pelangan yang datang merupakan pelancong dan juga warga asing yang berkerja di sekitar Bukit Bintang. Rupanya Fuddruckers tidak asing dan amat terkenal di luar negara.
Mungkin kekurangan kesedaran, buatkan kita tidak mengenali jenama “Fuddruckers” berbanding jenama fast food yang biasa diperkatakan.
Menikmati Hamburger dari Fuddruckers
Nampak menyelerekan, bukan? Berapa pula harganya? Jeng Jeng…..!!!!
Harga bergantung pada saiz daging burger yang anda mintak.
Macam Bro, ambil 1/3 pound punya pada harga RM34.90. Tetapi kebanyakan pelangan yang datang, order 1/2 pound punya pada harga RM46.90. Bagi saiz 2/3 pound pula pada harga RM56.90
Bagi Bro, rasa kekok juga makan burger guna garfu dan pisau.
Maka, Bro akan lenyekkan burger tadi untuk memudahkan Bro menikmati burger seperti mana kita sepatutnya menikmatinya. Terpaksa nganga mulut besar-besar :)
Burger yang ada di Fuddruckers
Terdapat beberapa burger yang dijual disini. Harganya tetap sama seperti diatas. Harga ikut saiz daging burger.
Lokasi Fuddruckers Malaysia
Fuddruckers,
Annexe Block, Lot 10 Shopping Centre,
Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.
Lokasi restoran ini betul-betul dihadapan Sungei Wang Plaza. Tak perlu masuk ke dalam Lot 10 untuk mencarinya.
wahhh…boleh la terjah ni nanti…lama juga tak pekena burgers ni… :D
cam best je boleh try ni sekali, tukar selera sekali sekala.
Assalammualaikum.. bro,
wahh… sedap nie…. pape nanti boleh terjah… thanks bro inf02 macam nie bagus …
mselim3
Burger yang lain daripada lain. Saiznya besar tak?
Macam kesedapan je burger ni. Boleh la nak tukar selera ke tekak ameriko hi…x24
Wah, sedapnya birger. Harga pun boleh tahan :)
Mari menternak lemak..
Cara amerika. :) Hidangan supersize kaya kalori
tengok gambar pun nampak sedap banget ni…boleh cuba nanti ni..
kelip-kelip mata tengok hidangan tue. boleh lah cuba nanti.
Belum pernah lagi menjejakkan kaki ke sini.. tapi nampak menarik makanan yang disajikan… boleh Bookmark dulu… ;)
Boleh tahan harganya ek. Hehehe. Bukit bintang gua jarang pergi, parking susah. Nak menapak dari satu kedai ke satu kedai tu yang malas. hehehe
meleleh dia punya burger tu..hmmm..sodap
Fuhhh… gua mmg penggemar burger.. ada masa nak juga singgahlah nanti.. thanks sharing Bro.. :)
Nampaknya…. diorang kena la lebih aktif panggil food blogger buat review dan food tasting… hehehehe
mesti syok kalau dipanggil blogger untuk buat food tasting dan food review kan abg man..hehe
Grrrr aummmmm sedapnyaaa!!! Deno makan burger rm2 kat depan sevenEkat umah ni je… hihi
burger tu pun sodap apa…kan ? hee :D