Honor Malaysia telah menawarkan jam tangan pintar iaitu honor Band Z1 pada harga mampu milik – RM259 (Termasuk GST) untuk pasaran Malaysia.
Kini, jam tangan pintar banyak dikeluarkan bersama-sama peranti telefon pintar sekaligus menjadi trend pengguna pada masa kini.
Disebabkan kosnya terlalu tinggi, maka honor Band Z1 diperkenalkan.
Ianya hadir dengan fungsi asas yang sepatutnya ada pada jam tangan pintar untuk memberi kepuasan kepada penggunanya. Ia juga kalis air dan debu dengan ketahanan IP68.
Ianya boleh dihubungkan (sync) dengan peranti telefon pintar sama ada yang mempunyai sistem operasi Android, ataupun iOS.
Bro telah mencubanya dengan menghubungkan (sync) kepada honor 6 yang sedang Bro gunakan sekarang.
Fungsi Yang Terdapat Pada honor Band Z1
** Paparan waktu pada honor Band Z1 boleh ditukar ikut citarasa anda.
Kebanyakan fungsi yang terdapat pada honor Band Z1 adalah fungsi asas yang terdapat pada setiap jam tangan pintar.
Untuk optimumkan penggunaannya, anda perlu memuat turun aplikasi Huawei Wear (Android) pada telefon pintar anda.
Kemudian hubungkan (sync) jam pintar honor Band Z1 dengan telefon pintar anda. Secara automatik, ianya akan memuat turun update terbaru untuk jam pintar anda.
Selepas itu,
Sebarang aktiviti yang anda lakukan sewaktu memakai honor Band Z1 akan dirakam dan dipaparkan pada telefon pintar anda.
Itupun selagi anda tidak menanggalkannya @ bateri habis (Bro dah kena dah he…23x).
Antara aktiviti yang akan dirakam :-
Ianya mengira jumlah langkah yang anda lakukan, untuk kecergasan optimum anda perlu bergerak lebih dari 10,000 langkah.
Secara tidak langsung ia mampu memberi gambaran kepada ada jumlah pergerakan (langkah) yang anda lakukan setiap hari.
Sama ada, cukup atau pun tidak.
Jika tidak? Pepaham je la ek. Anda perlu perbanyakan pergerakan (langkah) anda.
Sekiranya anda tidak bergerak bagi tempoh masa yang lama.
Anda akan mendapat notifikasi supaya anda mula melakukan senaman ringan, terutamanya jika anda kurang bergerak dalam tempoh waktu yang lama sewaktu bekerja atau memandu.
Turut dipaparkan jumlah pembakaran kalori sepanjang tempoh anda memakai honor Band Z1. Kadar pembakaran kalori turut dikira walaupun ada sedang duduk mahupun sedang tidur.
Yang menariknya,
Anda boleh membandingkan jumlah kalori yang terbakar bersamaan dengan jenis kalori yang terdapat pada sesetengah makanan.
Ianya akan dipaparkan pada telefon pintar anda (sekiranya anda telah sync ia pada honor Band Z1).
Sekiranya anda memakainya sewaktu tidur (Lagipun saiznya yang kecil dan ringan agak sesuai dibawa tidur).
Ia mampu mengukur pola tidur anda; beberapa kali anda tertidur (termasuk tempoh masa anda tidur lena ataupun tidur-tidur ayam).
So, selamat mencuba :)
Sambil itu, jangan lupa mencuba fungsi seperti dalam video di atas.
Sekiranya anda berminat, anda boleh membelinya secara online di www.vmall.my.
*********************************************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter ! Instagram ! Google+
Menarik jam nih tetapi bentuknya agak feminin sedikit.
Best jugak ni, boleh sambar sebijik dengan harga berpatutan.. Design pun simple smart.. Boleh beli 1 biji .. :)
WOW! MENARIK!! CANGGIH BETUL TEKNOLOGI SEKARANG..
ramai dah guna ni ya, tertarik pulak
Wah, tidur pun dia ukur ya..HEBAT!
Waaah kereeen ..pecinta style simple nih
wahhhh! best betul jam tu. memang sangat multitask penggunaannya
keren dan canggih :D
tapi modelnya terlalu sederhana
wah! leh kat ios ek? power!!!
bagus jam nih.. tapi dalam sehari memang banyak bergerak, naik turun tangga, panjat sana sini… fuhh semput