Baru-baru ini, Bro berpeluang meluangkan masa bersama keluarga di Museum of Illusions yang terletak di area Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Museum of Illusions merupakan rantaian muzium ilusi yang berkembang pantas di dunia, kini memilih Malaysia sebagai cawangan pertamanya di Asia.
Menghimpunkan satu-satunya koleksi ilusi optik terbesar dari seluruh Asia untuk dipertontonkan bagi meransang visual dan deria pengunjung yang datang ke sini.
Pertama kali memasukinya, ternyata ianya berbeza dengan beberapa muzium ilusi yang pernah Bro pergi.
Berasal dari Zagreb, Crotia Museum of Illusions ni ialah muzium interaktif yang menawarkan visual illusi menarik, dan juga ada elemen pendidikan yang sesuai dengan semua peringkat umur.
Anak-anak tertarik sangat dengan beberapa aktiviti yang ditawarkan di sini.
Terutamanya aktiviti berkaitan dengan warna dan puzzle yang melibatkan pendidikan. Jangan kata mereka, Bro sendiri pun teruja & banyak menghabiskan masa di bahagian ini berbanding dengan bahagian lain.
Anak Bro paling kecil, siap tak nak balik sebab ralik bermain dengan puzzle yang nampak membantu perkembangan daya pemikirannya untuk menyelesaikan puzzle yang disediakan.
Sebut pasal puzzle, disini Bro sertakan beberapa gambar puzzle yang disediakan untuk anda selesaikan. Dari yang puzzle yang kecil, sehingga kepada puzzle yang besar.
Ada beberapa puzzle berjaya Bro selesaikan di sini & ada juga yang gagal diselesaikan hahahaha Memang mencabar.
Memang sesuai sangat dijadikan aktiviti yang menjana minda + mengaktifkan sel-sel otak sekeluarga sekiranya ke sini.
Sebenarnya, terdapat lebih 70 pemeran illusi termasuklah bilik penyusuaian minda, ilusi optik, dan juga bilik mainan yang penuh teka teki dan puzzle!
Direka khas berdasarkan ilmu sains, matematik, biologi dan psikologi,para pengunjung boleh mempelajari lebih banyak tentang visi, persepsi, sains dan sel-sel otak manusia berhubung memalui pameran yang sangat interaktif dan menyeronokkan ni.
Cer tengok gambar dekat atas? Nampak macam bergerak-gerak bukan?
Ada beberapa gambar macam tak nampak perbezaannya jika diambil dengan kamera. Bahkan ada gambar juga yang perlu diambil dengan kamera / telefon baru nampak apa yang ingin disampaikan.
Kalau nak tahu dan rasa sendiri. Korang memang kena mai sini.
Yang last nie, Bro suggest korang try. Cuma kalau boleh, mantel kena kuat. Jika tidak korang akan tertiba rasa nak jatuh pengsan or termuntah.
Tapi, rugi kalau tak cuba hahaha (gelak jahat)
Untuk pengetahuan korang, Museum of Illusions dalam perancangan membuka 7 cawangan di seluruh dunia.
Cawangan di Eropah dan Timur Tengah telah dibuka, diikuti oleh Malaysia. Selebihnya akan dibuka di New York, Berlin, Dubai dan Toronto sebelum hujung tahun 2018.
Sebelum balik, korang boleh membeli sebarang cenderamata di sudut yang disediakan. Kebanyakan adalah puzzle seperti yang dipamerkan di dalam Museum of Illusions.
Harga pun boleh tahan, berbaloi untuk anda mengasah otak sekiranya berada dirumah kelak.
Macam kes Bro, si kecil tak nak balik sebab ralik bermain puzzle. Last2 terpaksa beli, baru dia nak balik. Selamat dia nie Birthday Girl ;)
Museum of Illusions, Kuala Lumpur
Museum of Illusions, ini terletak di Tingkat 1 & 2, Ansa Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.
Tiket masuk berharga RM35 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak 15 tahun ke bawah). Untuk penjimatan, turut disediakan pelbagai pakej untuk keluarga, kumpulan besar atau rombongan sekolah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.museumofillusions.my atau hubungi talian +603-2110 2654.
Ilusi tak berapa nampak bila bro kat situ. Hahahaha. Best la tempat ni. Dekat kl pula tu. Mesti ramai pengunjung. Selalu kan museum kat negeri luar. Jauh pula tu. Takkan la museum ni sekali seumur hidup je pergi. Kann. Why not pergi hari-hari. Utk ootd ke. Macam-macam bleh buat.
Itu la… bro menganggu ilusi korang je kan hahaha
menarik jugak tempat ni. dari dulu sampai sekarang duk pikir macam mana dia boleh buat satu nampak kecik satu nampak besar
Menarik selepas melihat hasil gambar. Kali terakhir bawa famili ke Magic Art Museum di Melaka.
Sy pun suka jugak sbb illusi optik ni unsur gabungan penglihatan, minda, sains dan maths jugak. Kadang2 konfus, kadang2 mcm magik pulak ?? Nnt sy nak bawa ank2 dan keluarga skali utk pengalaman bersama ?
Menarik, dan menghiburkan sambil belajar. Nak kena pergi jugak kalau ke sana nanti bawak anak anak sedara