October 12, 2024

[Tazkirah] Rezeki Setiap Orang Aturan Tuhan, Jangan Sesekali Persoalkan

Kenapa Rezeki Tak MurahRezeki kita tidak sama, kawan.

Banyak, sikit, lambat, cepat, semuanya aturan Tuhan. Kita semua punya bahagian. Jangan persoalkan.

Nampak beberapa post rakan-rakan difacebook yang seperti mempertikaikan rezeki orang lain.

Kita perlu ingat, rezeki tak semestinya datang dalam bentuk wang ringit. Adakalanya ia datang dalam bentuk zuriat, kesihatan mahupun kehadiran orang yang tersayang.

Mungkin hari ini kita tiada wang ringit, tetapi dikurniakan zuriat. Sedangkan orang lain, punyai harta yang banyak tetapi tidak dikurniakan zuriat.

Begitu juga yang sebaliknya.

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa rezeki anda tidak murah? Malah lebih sukar untuk merasai rezeki dan terasa kesempitan hidup.

8 Cara Membuka Pintu Rezeki

Kunci Kepada Pintu Rezeki

Di sini Bro ingin kongsikan 8 cara untuk anda membuka pintu rezeki. Harap anda sudi amalkan, dan sebarkan kepada untuk kebaikan bersama.

Apa yang Bro kongsikan ini, boleh dianggap sebagai rezeki anda, tak luak pun jika dikongsikan.

Apa caranya untuk membuka pintu rezeki?

  1. Utamakan perkerjaan yang halal dan jauhkan yang haram.
  2. Jauhi perkara yang syubhat
  3. Bersangka baik dengan perancangan Allah SWT
  4. Sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah SWT
  5. Selalu bersabar, bersyukur dan Istighfar bila ditimpa bencana
  6. Berikhtiar dan jangan berputus asa
  7. Berdoa dan beribadah
  8. Perbanyakan infaq dan bersedekah

Seeloknya, bukan sekadar buat salah satu daripadanya. Ada baiknya jika anda mampu membuat kesemuanya sekali.

Rezeki Allah SWT itu luas,

Cuma kenkadang disempitkan untuk menguji tahap keimanan kita kepadanya. Biasalah, kita selalu terlupa kepadaNya bila senang, bila susah baru tercari.

Kalau anda perasan, kebanyakan orang yang hidup tenang dan dimurahkan rezeki mengamalkan Rahsia Bersedekah dan juga menjaga Solatnya.

Keluarga Bro Framestone Raya Pertama 2017

Teringit pesan puan isteri tadi, “Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang”

Termenung Bro seketika.

Sambil pandang kedua anak Bro, Fisha dan Fyna.

Lalu Bro pandang muka puan isteri, “Tapi, kalau kita tak buat orang, macam mana dorang berdua nak ada adik?”

Yang benar,
Bro Framestone – Bapak Termenung Memikirkan Masa Depan Dalam Bilik Termenung.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “[Tazkirah] Rezeki Setiap Orang Aturan Tuhan, Jangan Sesekali Persoalkan

  1. Kena sentiasa rasa syukur. Kadang kita dah dapat banyak benda dalam hidup, kita akan mudah lupa bab syukur, pastu mulalah bongkak dan anggap rezeki tu semata kerana usaha kita.

    Mekasih bro atas nasihat ni.

  2. Rezeki kita luas…kena selalu bersyukur..tapi masalah orang kita..kat mana- mana je bila terlebih rezeki mula la bongkak, riak dan takbur..jauhkanlah semua tu dari SA

  3. Bro, rezeki dari Allah s.w.t tidak pernah putus. Bagaimana kita menjaganya itu paling susah. Rezeki yang berpanjangan adalah keluarga. Isteri dan anak-anak. Kalau kita tak jaga hati, makanan, kelengkapan, pakaian. Pasti sedikit sebanyak Allah tarik rezeki kita. Ruby pun tidak lari dari dugaan semua ni. Malah kadang-kadang ruby sibuk bekerja dan alpa dengan tanggungjawab utk suami dan anak-anak. Sibuk mengejar kerja yang tidak pernah habis. Lihat pula facebook kawan-kawan pergi buat kempen sana sini. Ruby doa je semoga apa yang telah di sacrifice ini ada manfaatnya di akhirat. Sebab harta dunia akhirat ni paling berat dan paling tinggi di sana. Bersyukurlah. Walaupun ada kalanya terpaksa “buang duit”. Gitewwww. Hahaha

  4. Setiap orang dah ada rezeki masaing2, tak perlu iri hati dgn rezeki org tu atau org ni…bersyukur apa yg kita perolehi. Kalau dilihat dengan mata dn pemikiran yg luas yg rezeki Allah itu luas…pasti tak ada hast dengki. Contoh…ada org kaya tapi meninggal awal…rezeki dia…dia tak sempat nak buat dosa pjg…so masing2 ada rezeki masing2 Renung2 kan..hehehe

  5. rezeki takpernah salah alamat. sama ada lambat atau cepat je. kadang kadang kita taksedar rezeki yang datang sebab selalu bandingkan dengan orang lain. bersyukurlah dengan apa yg ada

  6. Sedekah juga salah satu amalan melimpahkan rezeki.

    Manfaat sedekah turut mengingatkan kita bahwa apa yang kita punya adalah kenikmatan yang tidak lepas dari izin tuhan.

    Hal ini sebagai bentuk rasa syukur maka perlu membagi kenikmatan yang kita punya kepada orang lain yang kurang beruntung.

  7. Betul2… LeYa ngan Otomen pun murah rezeki dari segi penerimaan barang2.. tetapi tidak pada duit yg banyak,,, Rezeki macam2 bentuk Allah boleh bagi…
    Ayat bawah win… Bro memang best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *