Tak semua benda indah itu indah.
Tak kiralah nama anda Indah atau anda duduk taman Indah.
Ini kerana keindahan duniawi hanya sementara.
Ianya dipinjamkan kepada kita untuk generasi yang akan datang. Bila-bila masa sahaja boleh ditarik olehNya dengan sekali bala sahaja.
Gambar ini diambil diluar kamar menghadap pemandangan indah Danau Toba sewaktu menetap di Pulau Samosir.
Dulunya merupakan bekas tapak gunung berapi yang mempunyai berkeluasan 1,145 kilometer persegi dengan kedalaman 450 meter, menjadikan ianya tasik terbesar di Asia Tenggara dan terdalam di dunia.
Bayangkan jika ianya aktif kembali?
Pasti Malaysia merasai gegarannya dan terdedah dengan asap berdebu yang berterbangan di udara.
Dalam keindahan ada cerita yg tersirat.. subhanallah..
Tak taulah apa kesan yg kita rasa klu kawah tu aktif kembali…
Entah la.. Lagipun dekat sangat dengan Malaysia
mati itu pasti apa tinggal kita tak akan mampu bawa ia kemana-mana.
Risau apa yang tinggal tidak dapat diwarisi oleh cucu cicit kita je
subhanallah..jika ia masih aktif,pasti Malaysia lebih terancam dari apa yang ada sekarang nie.
Cukup la jerebu datang dari Indonesia, pun dah beri kesan kepada kita. Belum lagi bencana alam yang lain pula
Bila2 masa keindahan itu akan di Tarik balik andai kita manusia tidak menghargai ciptaan yang Esa..
Betul!
Bila Allah nak amik, sesaat aje hilang semuanya…maka bersyukur selalu, supaya apabila nyawa tiada lagi di badan, kita mati dengan rasa penuh kesyukuran dan tiada kesalan…
Saya duduk Taman Bukit Indah hehehe…
Keinfahan yg dipinjamkan. dekat 0.5km dalamnya, macam2 ada kat bawah tu…
Subhanallah..
Cantiknya pemandangan.. Tapi indah bukan sebarang indah kan bro.. Indah yang dulunya membimbangkan penduduk berdekatan.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™
Semoga kita selalu ingat akan kekuasaan Allah S.W.T dan sentiasa beramal kepadaNya..
Sifat manusia yang rakus dan tamak membuat kerosakkan di dunia. :(
kemaafan dendam yang terindah… ;)
suaru hari nanti semua keindahan ini akan musnah jua..
Aktiviti blogwalking atrix96.blogspot.com
Bro, widget SEPTEMBERISME kat sidebar tu tukarla ke OKTOBERISME.. Dah separuh bulan dah ni.. Alalalala..