Ada sesuatu diluar jangkaan bro terjadi minggu ini.
Ikutkan hati bro,
Hari ini malas nak keluar, nak duduk rumah. Tetapi akibat perut yang terlampau lapar.
Bro buat status di facebook
“Ada sesiapa nak temani bro keluar lunch + shopping?
Lokasi area Kelana Jaya.
Kateria?
Hanya perempuan sahaja, lelaki? Suhh Suhhh g main jauh-jauh”
Dari pukul 12 bro buat status tersebut, pukul 3 pintu rumah bro diketuk.
Bro tersenyum tapi tidak meleret sampai ke telingga. Macam kerang busuk pun tidak.
Bro buka pintu rumah bro,
Oh hampa rasanya bila mendapati rakan sejantina sudi datang ke rumah bro. Rakan blogger – Akulah Pak Lan yang baru kembali dari outstation di luar negara.
Rindu sangat kot dengan bro.
Nak tak nak, bro terpaksa memaksa dia menemani bro lunch hari ini.
Tiada perempuan, lelaki pun boleh (ini bukan ayat gay). Sekurang-kurangnya ada juga teman bersembang sambil makan.
Tengah seronok bersembang,
Dapat panggilan dari seorang gadis yang amat rapat dengan bro. Selalu juga bro bergambar dan masukan dalam blog bro.
So bro ajak beliau makan bersama. Alang-alang beliau juga berada di tempat berdekatan.
Rupanya, kedatangan dia bukan berseorangan. Tetapi berdua. Berdua dengan orang yang bro kenali dan juga selalu bro bergambar dan masukan dalam blog bro juga.
Kalau nak tahu siapa mereka ini, kena selak entry bro dalam seminggu nie ek.
Ini kes terjah ke apa nie?
Dah macam bini-biniku gengster je. Nampak sangat tak percaya dengan apa yang bro lakukan. (dalam hati dok bercakap, “Fuhhhh…!! Selamat tak keluar dengan perempuan”)
Ini baru 2 orang. Kalau 4 orang macam mane ek?
Ok nak selak list siapa lagi 2 orang tue ek.
Bicara Bro : Tak sangka ramai pula yang sudi lunch bersama bro tadi.
Kalau macam nie selalu, sure berselera bro nak makan. Ok, bro lapar sekarang. Ada sesiapa nak dinner dengan bro x? Ke nak layan ABPBH.
huh mana satu nak pilih yek :)
Erm pilih semua pun boleh.. 4 kekosongan :)
patut la lama x nampak pak lan…
dia p mana tuh??
hahha… gadis2 ni sentiasa di samping bro… kan … hahaha
Dia ke Oversea.. bro lupa apa nama tempatnya…
Hujung bulan nie dia ke sana balik…
Ops…!! He..23x tanya dorang, kurang berseri hidup bro :)
ahaks..dah agak dah..betulkan Jay kate terbuka utk pmpuan je..hah sekali dtg dua org sekali..belum sekumpulan lagi..hahaha:P
Ops…!! 2-2 nie bahaya… Silap hari bulan merajuk 2-2 nie, susah bro nak pujuk
hahaha..kalau 2-2 merajuk bro kawin 3…hahaha
Untungla badan ye.. hihi
Untung kenapa ek??
sentiasa dikelilingi gadis2 la
sy ada bc status bro tu..nk join tpjauh, tiket kapal trbg xsempat nk beli kot hehe
suatu hari, tyka akan temankan bro breakfast,lunch, dinner, tea time, .. he he.
tunggu la tyka suda bekerja di KL.
Hahhaha pengacau sudah datang..
kena ikut turn ye nak dating dgn bro? hihi.. :p