lihat jauh nun disana,
tekun petani kerja,
buah padi masak kuning,
isteri kerjasama,
tolong menolong membanting padinya bercerailah tangkai jerami,
dulu padi di tumbuk indang tampi,
kini mesin jadi penganti…
Teringat lagi lagu ini semasa di darjah tiga (kalau tak salah bro). Diajar oleh arwah cikgu hisyam yang merupakan idola bro semasa kecil dulu.
Arwah dulu,
Pandai bermain alat musik, aktif bersukan, pandai mengajar, pandai mengambil hati kami dan pandai curi masa untuk tidur dalam bilik pendidikan jasmani (aka pejabat dia)
Al-fatihah buat arwah.
Bicara Bro : Bro teringat lagu ini semasa memberi caption untuk gambar si Puteri Nurfarahain (Damia) di facebook beliau.
Teringat masa kecik-kecik dulu, bro selalu perhatikan seorang gadis dari jauh setiap hari. Cuma cinta bro padanya ditolak sehingga kini.
Tapi baru-baru nie bro ada tersedak, masa mak dia tanya bila nak masuk meminang.
wahhh… bijak bro buat gurindamm.. ! rase nak bergurindam sekali
jom… tiada masalah…
kita berpasangan ek nyanyi sama-sama.. sure hujan ribut melanda KL dan PD
Teringat ketika di sekolah menegah cikgu-cikgu mengambil port untuk merokok di bilik sukan. :-)
Bilik sukan adalah port pilihan sesetengah cikgu
lagu malarhijau..
suka sampai bila-bila
oh itu tajuknya ek….
bukan.. maksud saya lagu tu evergreen..
teringin nak tengok nyanyi secara live
nk tengok sape nyanyi ek?
tengok bro.. sape lg. he he
Shadu lak bro hari ni yer..
sekali sekala, teringat sahaja…
teringat arwah ustaz Jay yang selalu tidur di surau.kenangan lalu bnyak yg menyeronokkan dan yang menyedihkan..:)
tue mak dia dah kasi green light tue…
ape lagi bro..
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar
Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari
*gurau je
Dia kahwin hujung tahun nie…
Mak dia tanya bro masa raya tahun lepas.
Memang tersedak bro dibuatnya. Tapi memang tiada jodoh, nak buat cam mane kan
teringat pada zaman2 dulu :)
teringat pula zaman askar jepun dulu ..haha..xdk kena mengena
Sepanjang tempoh persekolahan..takda satu pun cikgu yg aku rapat bro..biasa2 saja..