Pemenang beberapa anugerah yang berasal dari Florida, USA – Restoran TR Fire Grill kini membuka cawangan antarabangsa pertama mereka yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.
Walaupun baru sebulan beroperasi di Malaysia, sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Menyajikan hidangan menyeluruh dari sarapan pagi hingga ke makan malam sama seperti yang disajikan di Amerika dengan sedikit sentuhan untuk diserasikan dengan citarasa tempatan.
Menurut Chefnya,
Ada beberapa bahan terpaksa ditukar untuk memastikan hidangan yang disajikan halal tanpa menjejaskan rasa dan bahan tersebut mudah diperolehi + lebih segar.
Lebih menarik lagi, ada beberapa menu diubahsuai untuk memenuhi citarasa tempatan.
Selamat Chef dia orang Melayu, sekurang-kurangnya ia mampu memberi kelainan kepada senarai menu yang wajib anda cuba sekiranya makan di Pavilion atau sekitarnya.
Jom kita tengok, apa menu yang disajikan di sini.
Menu Menarik Yang Ada Di TR Fire Grill, Pavilion Kuala Lumpur
Prime Rib Egg Rolls – RM19 (Fav Bro)
Untuk hidangan snack, Bro jatuh hati dengan rasa dan kesedapan Prime Rib Egg Rolls yang dimakan bersama bawang karamel, keju cheddar, jeruk sayur dan lobak aioli.
Boleh dikatakan sesuatu yang berbaloi untuk anda cuba sekiranya datang ke sini.
Roasted Chicken & Avocado Flatbread – RM27 (Mesti Cuba)
Bagi peminat Flatbread, Bro sarankan anda cuba Roasted Chicken & Avocado Flatbread yang pasti tidak akan mengecewakan anda.
Dihidang bersama hirisan Avocado serta mozzarella keju, tomato panggang dan bawang karamel.
Oven Baked Pizza Dip – RM25 (Fav Bro)
Ini pula sesuatu yang menarik bagi Bro dimana perkata kali terjumpa Pizza yang dimakan dengan mencicahnya.
Dimana roti garalic focaccia dimakan dengan mencicahnya dalam adunan pepperoni daging yang dimasak bersama keju buffalo, ricotta dan parmesan.
Bagi yang ingin sesuatu yang pedas, anda boleh makan ia bersama dengan chili flakes.
Hidangan Utama di TR Fire Grill, Pavilion Kuala Lumpur
Bagi peminat Salmon, anda mungkin boleh cuba menu ini yang diterapkan dengan citarasa tempatan.
Daging ikan salmon yang dipangang dimakan bersama pasta zucchini, asparagus, lada merah, epal hijau, keju fet dan sos pistachio romesco.
Ada iras-iras makan gado-gado tetapi dengan rasa + citarasa yang berbeza.
Chicken & Waffles – RM36 (Mesti Cuba)
Mungkin selama ini, anda hanya biasa makan waffle bersama sapuan coklat mahupun peanut butter (atau ikut citarasa anda sendiri).
Kali ini, anda boleh nikmati waffle bersama dengan keju Cheddar dan ayam yang disirami sirap agave (dihasilkan dari tumbuhan yang berasal dari selatan AS dan Amerika tropika).
Boleh dikatakan sesuatu yang mesti anda cuba.
Ribeye (All-Natural Beef 10oz) – RM69 (Mesti Cuba)
Bagi peminat ribeye, anda boleh cuba hidangan ini di TR Fire Grill yang diubahsuai untuk penuhi citarasa tempatan.
Ianya diperam dengan 8 jenis rempah ratus, dihidangkan bersama kentang lenyek dan okra pangang (sejenis bendi).
Oven Roasted 1/2 Chicken – RM34 (Fav Bro + Mesti Cuba)
Tekak melayu, mesti nak cari nasi juga, maka hidangan ini pasti menjadi pilihan anda.
Ayam separuh yang dipangang didalam oven dinikmati bersama perahan lemon untuk lebih kenikmatan. Dimakan bersama nasi labu yang dimasak menggunakan beras basmati dan sayur brokoli.
Lebih kepada citarasa timur tengah.
Hidangan pasta orecchiette bersama keju cheddar, sesuai dinikmati bersama 3-4 orang.
Pencuci Mulut di TR Fire Grill, Pavilion Kuala Lumpur
White Chocolate Cheesecake – RM12
Hidangan pencuci mulut yang sedap dihidangkan bersama dengan sos Blackberry.
Chocolate Mayhem – RM 26 (Small) / RM46 (Large)
Rasanya ini salah satu pencuci mulut yang mampu buat sesetengah dari anda terliur. Dalam gambar diatas, ianya baru bersaiz Small. Bagaimana rupanya untuk yang bersaiz Large?
Ia terdiri dari kek coklat bersama sos karamel, coklat mousse, Snicker bar, coklat hitam, biji kopi espresso. Tidak lupa juga ais krim coklat & kopi.
TR Fire Grill
Lot No. 6.01.06 Level 6, Pavilion Kuala Lumpur,
168, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi :-
Isnin – Khamis : 10 Pagi – 12 Tengah Malam
Jumaat – Ahad / Cuti Umum : 10 Pagi – 2 Pagi
Laman Web : www.trfiregrill.com.my
Sosial Media : Facebook | Instagram | Twitter
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Wah menu western wajib untuk dicuba. :)
wah sedapnya makanan ni .. area mana ye ?
Pavilion, level 6…. Bersebelahan dengan TGI Friday
giler la…boleh giler tgok gambar ni semua..Ribeye, dessert…arhhhh…bro kejam la bro…
Aduh…semuanya sedap niii
Tapi kita suka ribeye gril tak well done mcm tu..
Juicy…
Salmon dan chicken memang menjadi paling top deh. Seperti dua koin logam yang saling tak bisa dipisahkan antar kedua sisinya :D
Nak try oven baked pizza dip,nampak sedap
Nampak sedap sangat tu Bro!!! Harga pun bagus! boleh cuba ni sbb kita selalu gak ke Pavi utk THEFACESHOP :)
Awalnya teringin nak ribeye tu, sekali tengok desserts dia – terus lupa pasal ribeye. Haha
Chocolate Mayhem! Mmg mayhem! Tapi ribeye itu memang membuat saya lapar sekarang jugak… Huhu…
Semuanya nampak tempting! Tak pernah lagi try makan mewah- mewah macam ni. Btw, harga boleh tahan. Sekali sekala nak rasa bolehlah.
memang menarik ..tengok je post ni rasa macam nak pergi je ke sana…hehe
Salmon tu nampak menarik. Haritu pergi pavillion tak perasan plak. Memang nak singgah sebab makanan menarik.
Sudah ada di KL ya? bagai mana di jakarta sudah ada kah saya suka masakan seperti itu lezat sekali..
Kecur ailio nengok. Dah lah tak kluar lunch ni.. huhuhu…