October 30, 2020

Perak Sultanate: The Historic Royal Glory of Perak Tengah

Perak Sultanate The Historic Royal Glory of Perak Tengah
Perak Sultanate: The Historic Royal Glory of Perak Tengah merupakan buku terbitan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

Ia merupakan sebahagian usaha dan tanggungjawab sosial UTP dalam memulihara sejarah Kesultanan Perak.

Ia bukan saja berperanan merungkai kisah sejarah, malah memiliki repositori unik daripada warisan budaya dan peristiwa penting yang membentuk sejarah Kesultanan Perak ketika berpusat di daerah Perak Tengah.

Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib,

Naskhah itu ditulis dalam gaya yang mudah difahami bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda khususnya pelajar untuk memahami dan menghargai susur galur Kesultanan Perak yang bermula di Perak Tengah.

Naskhah setebal 144 halaman itu turut memaparkan foto dan keratan akhbar daripada koleksi arkib Pusat Sumber NSTP.

Orang ramai berpeluang memiliki buku yang berharga RM150 itu dengan menghubungi 05-3688686 atau e-mel kepada Pengarang di shahrina_mnordin@utp.edu.my.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Perak Sultanate: The Historic Royal Glory of Perak Tengah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *