Touch ‘n Go eWallet telah dipilih oleh Kementerian Kewangan untuk mengaktifkan e-Tunai Rakyat; mengagihkan RM450 juta kepada 15 juta rakyat Malaysia
Rakyat boleh menebus RM30 ‘one-off’ tersebut menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Untuk pengetahuan korang,
‘e-Tunai Rakyat’, merupakan satu inisiatif rangsangan digital Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada pembentangan belanjawan 2020 yang lalu.
Melalui inisiatif ini, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk mendapat RM30 setiap seorang melalui Touch ‘n Go eWallet.
Kempen ini akan bermula pada 15 Januari 2020 dan akan berlangsung selama 2 bulan sehingga 14 Mac 2020. Tuntutan boleh dibuat dan digunakan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan ini.
3x Rebat Tol PERCUMA + RM6 Dengan Memuat Turun Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
Sudahkah anda memuat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet?
Jika belum, muat turun ia sekarang ke telefon bimbit anda. Sewaktu mendaftar, jangan lupa masukan kod referral : krjv4d untuk melayakkan korang mendapat 3x rebat tol secara PERCUMA di lebuhraya yang terpilih.
Sekiranya akaun anda masih baru (baru didaftarkan & tidak pernah membuat sebarang tambah nilai). PM Bro Framestone (klik link disebelah) untuk dapatkan Tambah Nilai RM6 secara PERCUMA.
Peringatan : Tawaran sah hingga 31 Disember 2019.
Nikmati Manfaat ‘e-Tunai Rakyat’ Melalui Touch ‘n Go eWallet
Penglibatan Touch ‘n Go eWallet di dalam inisiatif ini akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati manfaat ‘e-Tunai Rakyat’ dengan mudah melalui Touch ‘n Go eWallet.
Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus dan menggunakan dana ini di mana-mana daripada 110,000 rakan niaga yang menerima penggunaan Touch ‘n Go eWallet seperti restoran dan kedai makan, stesen petrol, tiket wayang dan kapal terbang, utiliti dan juga pasaraya.
Anda juga boleh membuat bayaran untuk bil telefon bimbit, pembelian dalam aplikasi seperti pembayaran ruang letak kereta dan juga bayaran tol melalui ciri-ciri unik eWallet seperti PayDirect dan RFID.
Sebagai aplikasi e-dompet terbesar di dalam negara, Touch ‘n Go eWallet memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ke arah masyarakat tanpa tunai. Touch ‘n Go eWallet bertujuan untuk menjadikan kehidupan seharian semudah mungkin untuk semua rakyat Malaysia menuju ke era digital baru tanpa halangan dari segi penggunaan.
Siapakah yang layak?
- Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad
- Berumur 18 tahun dan ke atas dalam tahun 2020.
- Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000
Cara Menebus ‘e-Tunai Rakyat’ Melalui Touch ‘n Go eWallet
Bagi membolehkan rakyat menebus melalui Touch ‘n Go eWallet, anda perlu mendaftar untuk akaun Touch ‘n Go eWallet dan melengkapkan proses Pengesahan Akaun (proses eKYC) yang mudah dan cepat.
Untuk mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet, anda perlu mengambil gambar Kad Pengenalan mereka (IC) dan swafoto serta mengisi butiran peribadi.
Jika anda tidak mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet, maka anda tidak dapat menebus RM30 ‘e-Tunai Rakyat’ melalui Touch ‘n Go eWallet.
Untuk maklumat lanjut mengenai e-Tunai Rakyat, sila log masuk ke https://www.tngdigital.com.my/etunairakyat
Dah ada akaun touch n go ewallet… Dh upload ic n swafoto dlm apps jugak. Tunggu tarikh yg dinyatakan je untuk tebus rm30 tu.. Xsabarrrr…
dup dap dup dap… tahu2 je hari tue juga habisnya hahaha
wah tak sabar nak claim la. rm30.00 siapa nak bagi kan.. kalau 2 org dgn suami dah rm60.00..wow juga tu
wah tak sabar nak claim la. rm30.00 siapa nak bagi kan.. kalau 2 org dgn suami dah rm60.00..wow juga tu.. duit sekolah
Dorang detect by no ic.. kalau x, mesti ramai buat 2-3 akaun TnGo eWallet…