April 20, 2025

Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon Di Marrybrown Bermula Dis 2019

Marrybrown X Doraemon
Birthday anak dah dekat, nak sambut dekat mana nie?

Jangan risau, kini Marrybrown telah bekerjasama dengan Doraemon memperkenalkan Pakej Hari Jadi bersama Doraemon, bermula pada Disember 2019.

Kini, anda / anak anda berpeluang meraikan sambutan hari jadi bersama salah satu daripada watak kartun Jepun yang diminati seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda,

Doraemon merupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon, robot kucing dari masa depan.

Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna.

Datin Nancy Liew Pengarah Urusan Marrybrown

Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi. Kami pasti dengan kerjasama ini, akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak ini,” – Datin Nancy Liew, Pengarah Urusan Marrybrown.

Melalui kerjasama ini, moga dapat membawa lebih kegembiraan kepada rakyat Malaysia dimana mereka kini boleh menyambut hari jadi bersama Doraemon beserta barangan dan dekorasi yang akan membuatkan mereka lebih gembira.

Ia merupakan salah satu inisiatif yang bermakna bagi Marrybrown kerana kerjasama ini mampu menghubungkan rakyat Malaysia yang berkongsi minat yang sama.

100 Kanak-kanak Diraikan

Bersempena sambutan hari kanak-kanan dan mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih cerah, Marrybrown membawa lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon.

Bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban, setiap daripada mereka diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan beg sebagai persediaan ke sekolah.

MB Kiddy Meals Doraemon

Pakej Hari Jadi Doraemon boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia sepanjang tempoh promosi dari Disember 2019 hingga Mei 2020.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon ini, sila layari https://marrybrown.com/birthday-party/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Pakej Sambutan Hari Jadi Bersama Doraemon Di Marrybrown Bermula Dis 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *