October 10, 2024

5 Fast Food Restaurant in Kuala Lumpur You Can Pick

Downtown Kuala Lumpur Malaysia

5 Fast Food Restaurant in Kuala Lumpur You Can Pick?

Artikel ini khas untuk mereka susah nak membuat keputusan yang pantas untuk makan ‘fast food’ dekat mana di Kuala Lumpur.

Yup, macam pelik je bukan.

Memang betul dekat KL ada banyak fast food, tetapi dengan artikel ini ia dapat membantu sesetengah orang untuk membuat keputusan yang tepat bagi menjawab persoalan “Nak makan dekat mana?”

So, hari ini Bro ingin kongsikan 5 restoran makanan segera yang mana patut anda cuba sekiranya anda gagal membuat keputusan pantas nak makan dekat mana di Kuala Lumpur.

1 – McDonald’s Bukit Bintang

Mekdi Bukit Bintang

“McD dekat memana pun ada… Kenapa McDonald’s Bukit Bintang juga Bro pilih?”

Hahaha untuk pengetahuan korang, McDonald’s Bukit Bintang mempunyai sejarahnya yang tersendiri dimana ianya McDonald’s yang pertama di buka di Malaysia pada 29 April 1982.

Dan ianya masih lagi beroperasi di tengah-tengah persimpangan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong dan warga tempatan berkumpul, terutamanya di waktu malam mahupun di hujung minggu.

Aura dia lain macam….

Part menunya… Lebih kurang sama je dengan menu dekat McD yang lain. So, korang tak ada masalah untuk membuat sebarang keputusan nak makan apa dekat McD, yang pasti ianya pantas disiapkan selepas anda membuat tempahan.

By the way (btw), McDonald’s sentiasa memperkenalkan menu & juga koleksi bermusim. Kadangkala que dia.. panjang nak mampus….

So nak jimatkan masa beratur, korang digalakkan menempah makanan melalui aplikasi Foodpanda, confirm dihantar sampai ke depan anda.

4Fingers Crispy Chicken

4Fingers Crispy Chicken

4Fingers Crispy Chicken kini mula mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia dengan ayam goreng korea yang menjadi kegilaan ramai.

Terdapat beberapa cawangan mereka di sekitar Kuala Lumpur.

Jika anda teringin sangat nak rasa ayam goreng Korea, apa kata anda dapatkan di 4Fingers Crispy Chicken :-

  • NU Sentral
  • Berjaya Times Square
  • SOGO, Kuala Lumpur
  • KLCC
  • Mid Valley
  • Sunway Velocity

Selain ayam goreng, 4Fingers turut menjual burger, rice box dan seafood ~ sotong & udang celup tepung.

3 – Burger Ramly

Burger Ramly

Korang tahu tak, Burger Ramly di jual di New York pada harga RM51.

Tapi korang jangan risau, harga Burger Ramly masih lagi murah di Malaysia dan ia mudah didapati. Baru-baru ini viral di twitter pasal sorang mat salleh terpaksa travel jauh semata-maat terliur tengok burger yang dijual di Malaysia.

Burger Ramly telah lama bertapak di Malaysia sejak 1984.

Bermula dari pembekal, kini sudah memiliki beberapa cawangan restoran mereka sendiri dengan menawarkan hidangan yang mampu memenuhi selera anda.

4 – A&W

A&W Malaysia

A&W, satu jenama yang dah lama bertapak di Malaysia, tetapi tak banyak cawangannya berbanding rakan-rakan seusia dengannya.

Sekiranya anda berada di area Kuala Lumpur jangan lupa untuk menikmati hidangan terbaik dari A&W terutamanya air minuman Root Beer Float yang menjadi signature mereka selama ini.

Kiranya, rugi jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, tetapi tidak mencubanya. Anda boleh datang ke A&W di lokasi :-

  • Setapak Sentral Mall
  • Wangsa Walk
  • Kepong Village Mall
  • TTDI
  • 1 Mont Kiara
  • Petaling Jaya
  • Sri Petaling
  • Eko Mall, Cheras

5 – Burger Bakar Kaw Kaw

Burger Bakar Kaw Kaw

Burger Bakar Kaw Kaw telah diasaskan pada tahun 2011 pernah menjadi satu fenomena satu ketika dahulu.

Pernah menerima anugerah Kuala Lumpur Food Representative dari Ministry of Tourism sempena Visit Malaysia 2014 menyajikan burger bersama patties yang dibakar.

Kini anda boleh mendapatkan Kaw Kaw Burger Bakar terbaik di lokasi :-

  • Wangsa Maju Seksyen 2
  • Ampang @Kawd Ampang Waterfront
  • Biz Hub Tasik Prima Puchong
  • Sunway Putra Mall ( Level 4)
  • Damansara @The Billboard KL

Mereka turut membuka cawangan di Aliwal Street, Singapura. Perghhhh bukan biasa-biasa Burger Bakar Kaw Kaw ini.

Food Panda

Ok, cukup 5 Fast Food Restaurant disekitar Kuala Lumpur, yang patut anda cuba.

Terasa lapar tak sewaktu membaca artikel ini? Jika lapar, jom la kita ke restoran ataupun outlet mereka sekarang…!!

Jika tak berkesempatan ke restoran mahupun outlet mereka, tetapi teringin nak rasa hidangan mereka. Anda boleh dapatkannya melalui perkhidmatan fast food delivery malaysia.

Pastinya Foodpanda mudahkan dan mampu memenuhi keinginan anda terutamanya ketika kelaparan.

Ok, Bro dah kelaparan ini. Jom makan….!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “5 Fast Food Restaurant in Kuala Lumpur You Can Pick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *