vivo v17 Malaysia
Vivo telah memperkenalkan peranti terbaru mereka di Malaysia, yakni vivo V17 yang mula dijual pada 21 Disember 2019 dengan harga RM1,699.

Dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif, memberikan anda pengalaman tontonan di luar imaginasi anda sendiri.

Tampil dengan 5 kamera gred profesional di depan dan belakang, V17 membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik.

vivo V17 Admiral Blue Crystal White

Dengan reka bentuk futuristik disertakan pilihan warna yang mewah dan kemasan yang berkilat, V17 adalah apa dicari-cari para pengguna yang muda dan bergaya. Ia hadir dalam 2 pilihan warna, iaitu Admiral Blue dan Crystal White.

BACA : Vivo V17 Pro Hadir Dengan 6 Kamera Pada Harga RM1,699

Harga vivo V17 Pro Dengan vivo V17 adalah sama, tetapi punyai kelebihan yang tersendiri.

Reka Bentuk Skrin Ultra O

V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan paparan 6.44 inci FHD+ serta mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas.

Ia suatu penggayaan yang tampil futuristik tanpa menjejaskan pengalaman tontonan.

Paparan Super AMOLED ini mempunyai nisbah aspek sebanyak 20:9, sekaligus menawarkan warna gamut yang asli sambil menyaring 42% cahaya biru.

Ia turut tersedia dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari pada skrin Paparan.

5 Kamera Gred Profesional Pada vivo V17

Kamera vivo v17

V17 mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat.

Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat menyampaikan pengalaman fotografi terkini dengan kejelasan foto yang lebih baik.

Ia juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.

Manakala Kamera Depan 32MP, membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan pengambilan gambar berkumpulan dengan lebih mudah.

Untuk melengkapkan pilihan fotografi profesional, peranti pintar ini juga menampilkan ciri “Super Night Mode” dan “Super Night Selfie” yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam.

Ia menawarkan kualiti foto yang terbaik pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Prestasi Hebat Bagi Penggunaan Sepanjang Hari

Prestasi vivo v17

V17 juga direka untuk pengguna menyelesaikan tugas harian hanya dengan menggunakan peranti pintar mereka, sama ada untuk kerja, bersosial ataupun berhibur.

Dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa.

Manakala baterinya berkapasiti 4500mAh dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas.

Bagi gamer yang mencari pengalaman permainan mudah alih yang lancar, V17 dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan pengalaman permainan terbaik dan tidak terganggu dengan menyekat mesej dan notifikasi buat sementara waktu.

Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih menggembirakan.

V17 juga dilengkapi dengan ciri “Voice Change” yang penyediaan pelbagai suara untuk dipadankan dengan watak-watak permainan yang sedang anda main.

Harga vivo v17 Malaysia

So, jangan lupa untuk dapatkan vivo V17 yang akan dijual bermula 21 Disember 2019 pada harga RM1,699.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Vivo Malaysia.