Vivo V17 Pro Malaysia
Vivo telah melancarkan telefon pintar baru mereka, yakni Vivo V17 Pro untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,699.

Model yang dikemaskini dari Vivo V15 Pro yang turut sama dikuasaikan oleh cip pemproses Snapdragon 675 tetapi dengan harga yang lebih murah dan menggunakan sistem operasi FuntouchOS 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Hadir dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB beserta kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging 18W.

Disertakan bersama skrin bersaiz 6.44-inci Super AMOLED Ultra FullView Display, dengan resolusi FHD+ dan hadir dengan rekaan berbingkai penuh.

Kekuatannya lebih terserlah dengan 6 kamera (4 kamera belakang, dan 2 kamera hadapan) untuk memberi pengalaman buat pengguna untuk mengambil gambar melepasi had keupayaan mereka (‘Shoot Beyond limits’).

Ini merupakan pertama kali dalam industri dimana telefon pintar hadir dengan kamera pop-naik dwi-lensa 32MP + 8MP sudut ultra lebar.

vivo V17Pro Shoot Beyond Limits

“Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi yang kuat dengan pengguna. Siri V terbaru ini, membawa sistem kamera terbaik pada hadapan dan juga di belakang untuk membantu pengguna mengambil gambar di melangkaui imaginasi mereka” – Mike Xu, CEO vivo Malaysia

Vivo V17 Pro Kamera Hadapan Pop-naik Dwi-lensa 32MP

Vivo V17 Pro Kamera Hadapan Pop-naik Dwi-lensa 32MP
vivo menaik taraf kamera hadapannya dimana 2 premium kamera pop-naik dwi-lensa 32MP + 8MP sudut ultra lebar beserta selfie softlight untuk memberikan pengalaman swafoto yang lebih baik.

Kemampuan kamera hadapannya 32MP + 8MP sudut ultra lebar memastikan segala maklumat dirakam sepenuhnya ketika anda berselfie dengan sudut tangkapan lebih luas pada 105 darjah. Membolehkan lebih ramai menyertai selfie bersama anda.

Disertakan dengan Selfie Softlight (memberi cahaya dalam gelap) dan ciri esklusif vivo ‘Super Night Selfie’ membolehkan anda mengambil beberapa frame gambar dan digabungkan pada 1 imej terakhir untuk memastikan wajah pengguna lebih menyerlah dari latar belakangnya dalam 1 klik.

Selfie Vivo V17 Pro

Hasil selfie menggunakan Vivo V17 Pro

Anda boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullViewâ„¢ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%.

Perkara Menarik Mengenai Vivo V17 Pro

Vivo V17 Pro hadir dengan fungsi Pose Master, membantu anda mendapatkan posisi yang sesuai ketika mengambil gambar selfie untuk kesan lebih semulajadi.

Manakala fungsi Super Night Mode, membantu anda mendapatkan gambar terbaik dalam keadaan gelap.

Super Night Mode vivo V17Pro

Dari segi keselamatan, ia hadir pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal yang agak pantas (seakan Vivo S1 ).

Selain fokus kepada kehebatan kamera, ia turut direka untuk kaki game melalui fungsi Game Mode yang membawa pengalaman bermain game lebih lancar.

Melalui teknologi ‘multi-turbo’, ia dapat memastikan menjana lebih kelancaran sistem operasi (operating system) ketika anda bermain game. Bukan game biasa-biasa tau, lebih kepada PUBG dan seangkatan dengannya.

Terdapat juga fungsi tambahan seperti Game Center yang membolehkan anda pantas memantau prestasi telefon pintar anda untuk memastikan pengalaman bermain anda tidak terjejas.

Ia juga disertakan dengan fungsi “Voice Changer” bagi menambah keseronokan kepada permainan anda dengan menggunakan beberapa intonasi suara yang berpadanan dengan karektor permainan yang anda main.

Vivo V17 Pro Dilancarkan di Malaysia

Vivo V17 Pro ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu Knight Black dan Crystal White dan dijual di Malaysia pada harga RM1,699

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.vivo.com/my