Berita baik buat rakan-rakan Rider Foodpanda.
Foodpanda akan melaksanakan skim pembayaran baharu bagi semua penghantar makanannya di luar Lembah Klang, berkuat kuasa 30 September ini.
Semuanya gara-gara sekumpulan rider FoodPanda johor berkumpul baru-baru ini, mogok kerana tidak berpuas hati dengan perubahan sistem pembayaran gaji rider yang diubah kepada lebih kecil terutamanya kepada rider sepenuh masa.
Siapa tak sedih,
Dah la terpaksa berhujan panas setiap hari. Kena maki dengan customer sebab lambat. Kenkadang nak kejar masa sampai kemalangan lagi. Sekali dapat bayaran lebih kecil dari sepatutnya.
Oleh itu,
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das memperkenalkan skim pembayaran baharu yang menyediakan fleksibiliti kepada mereka untuk memilih bila dan di mana mereka mahu bekerja.
Melallui skim pembayaran baru akan diperkenalkan berkuat kuasa pada 30 September ini, kadar upah dan bonus dperkenalkan. Misalnya, sebelum kadar upah adalah RM5, kini dinaikkan kepada RM7 (kenaikan RM2)
Selain itu,
Terdapat insentif dengan bonus RM100 selepas menyelesaikan 60 jam bekerja seminggu dan rider juga menerima tambahan RM1 bagi setiap pesanan antara pukul 11 malam hingga 9 pagi setiap hari.
Bukan itu sahaja, rider juga akan menerima bonus tambahan antara 30 September dan 6 Oktober apabila mereka menyelesaikan penghantaran minimum 80 pesanan semasa tempoh tersebut.
Nota Kaki : Kadangkala kasihan tengok Rider Foodpanda yang terpaksa tidur dibawah flyover, tepi jalan semata-mata nak berehat sambil tunggu order masuk. Tak kira lelaki mahupun perempuan (jangan cakap xde perempuan jadi Rider Foodpanda).
Paling penting, mereka cari rezeki yang halal + menunjukan rakyat Malaysia sebenarnya bukan pemalas.