Berita baik buat pengemar makanan Jepun, yakni Bento & Onigiri. Korang boleh dapatkan Bento & Onigiri di myNEWS pada harga RM1 sepanjang bulan September 2019.
Bagaimanapun promosi RM1 ini hanya sah untuk bulan September sahaja dan ada hari-hari tertentu sahaja melalui pembelian menggunakan aplikasi e-wallet myNEWS di cawangan myNEWS terpilih selagi stok masih ada.
Untuk Bento Tuesday RM1 hanya setiap hari Selasa bulan September manakala untuk Onigiri Thursday RM1 pula hanya setiap hari Khamis bulan ni juga. Jadi kalau korang beli hari-hari lain ia masih dijual cuma pada harga asal lah.
Apa yang korang perlu buat?
- Muat turun aplikasi e-wallet myNEWS pada telefon pintar anda.
- Pergi ke cawangan myNEWS yang terlibat dalam promosi ini (klik Bento Tuesday dan Onigiri Thursday untuk mengetahui cawangan yang terlibat).
- Pastikan Bento atau Onigiri ada dijual dekat cawangan tersebut.
- Jika ada, redeem voucher RM1 pada aplikasi dan terus membuat pembayaran di kaunter melalui aplikasi e-wallet myNEWS.
- Pastikan, anda telah menambah nilai pada aplikasi e-wallet myNEWS anda sebelum membuat pembayaran.
- Tawaran sah untuk 2 pcs dalam 1 resit.
Mudah bukan?
Apa kata korang muat turun aplikasi e-wallet myNEWS pada telefon pintar anda sekarang.
Ada Orang Mengidam Nak Makan Onigiri
Baru-baru ini Bro berkesempatan ke myNEWS untuk dapatkan promosi Onigiri Thursday RM1 sebab ada orang yang mengidam nak makan Onigiri.
RM1 je pun (Harga sebenar RM4.20, kira dah jimat banyak bila beli dua). Rezeki tue kan.
Antara Onigiri yang dijual di myNEWS :-
- Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese,
- Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken,
- Onigiri Teriyaki Salmon,
- Onigiri Tuna Mayo
- Onigiri Tobiko Kani Mayo.
Bagi yang tak mengenali hidangan ini, Onigiri merupakan ‘nasi Jepun’ yang dibentuk menjadi segitiga, bersama inti didalamnya dan dibalut dengan Nori atau rumpai laut.
Sesuai sangat untuk dijadikan bekalan dan mudah dimakan di mana-mana.
Bento – Lunch box masyarakat jepun dan kini menjadi pilihan masyarakat di negara kita untuk dijadikan bekalan ke tempat kerja. Ia terdiri dari nasi jepun, sayur-sayuran, buah-buahan, sashimi (lauk seperti ikan, ayam dan daging) dan pelbagai lagi.
Bagi Promosi Bento Tuesday ~ RM1 pula, ia tertakluk kepada menu :-
- Spaghetti Spicy Belado (myNEWS Signature)
- Jumbo Chicken Cutlet Bento
- Mapo Tauhu Bento
- Salmon Salsa Bento
- Curry Laksa
Apa yang Bro boleh bagitau, Bento antara produk Ready To Eat dari myNEWS paling mendapat permintaan. Banyak cawangan yang Bro pergi habis walaupun baru sahaja restock.
Tak kisah pada hari promosi atau hari biasa.
Laku keras gitew….!!!
Kedua-dua Onigiri dan Bento dibuat segar setiap hari dan dihantar ke cawangan myNEWS terpilih. Ia menjadi pilihan, kerana mudah untuk dibawa dan dinikmati bila-bila masa dan dimana juga.
Selain Onigiri dan Bento, korang boleh dapatkan produk Maru Bakes di myNEWS seperti Hokkaido Roll, Hokkaido Chocolate Roll, Hanjuku Cheese Cake, Hanjuku Chocolate Cake dan banyak lagi.
Macam Bro, memang Maru Bakes dijadikan pilihan untuk dimakan sewaktu memandu.
Dah la sedap, banyak pilihan pula tue.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi atau hebahan dari myNEWS, korang boleh ikuti :-
- Facebook : https://www.facebook.com/myNEWSMalaysia
- Instagram : https://www.instagram.com/mynews_my
- Laman Web : www.mynews.com.my<<
xde mynews terdekat lah dgn aida now.
nun jauh kat town :-(
lom dpt try, bro.
Yes, memang la berbaloi pembelian kita.
Jimat dari harga biasa kan…
menarik snagt promosi mynews ni..murah snagta RM1 tu..tapi knp dia buat sampai september je..hehee..ace buat sampai bulan depan..hehehe..
Sepanjang September ni RM1!!! Sempat lagi ni… dah la memang peminat tegar Japanese cuisine ni… sebabnya anak-anak suka sangat dengan bento dan Hokkaido roll… hehehehe… thanks for sharing ya…
bestnya korang kat sana. mek juga ler bila nak merasa yang singgit ni. my news antara yang mek suka masuk beli majalah time travel.
bila ada promosi ni lagi di Mynews???
nak beli banyak banyak ni??
Saya Ni salmon lover!