April 24, 2025

Jom Menang Sepasang Kasut Terbaru PUMA RS-X Trophies Rose Gold

PUMA Malaysia RS-X Trophies
PUMA Malaysia telah memilih dua personaliti tempatan iaitu penyanyi dan pelakon, Cik Manggis dan pencipta kandungan, Yvonne Chua – dalam video untuk menandakan pelancaran PUMA Trophy RS-X Rose Gold di Malaysia.

Video tersebut mempamerkan kepelbagaian siluet, melengkapi gaya hidup yang berbeza dari mana-mana individu wanita yang bergaya.

Pelbagai gaya yang berbeza yang ditunjukkan, dari kelihatan seperti “Feminiti Bandar” dan “Fun and Sassy” seperti yang digambarkan oleh Yvonne Chua, begitu juga “Street Ready” dan “Edgy Classic” yang ditampilkan oleh Cik Manggis.

Trophy RS-X Rose Gold disediakan untuk wanita moden yang biasa memakai pelbagai topi. Sifatnya yang serba boleh membolehkan pemakainya memasangkannya dengan pelbagai pakaian yang berbeza dari kasual hingga formal, menjadikannya sahabat sempurna bagi wanita dari pelbagai kepribadian.

Sempena pelancaran ini, pertandingan di Instagram turut berlangsung, di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi sepasang kasut Trophy RS-X Rose Gold.

Video tersebut boleh dapati di Instagram pada September ini dan boleh anda sertai pertandingan ini yang berlangsung di Instagram Cik Manggis dan Yvonne Chua. Peserta bertuah bakal memenangi sepasang kasut Trophy RS-X Rose Gold.

Apa yang anda perlu lakukan :

  1. Screenshot gaya pilihan anda sama ada dari Instagram Story milik Cik Manggis atau Yvonne Chua
  2. Post screenshot tersebut di Instagram Story anda dengan hashtag #TrophyLook
  3. PUMA Malaysia akan memilih pemenang secara rawak
  4. Pemenang akan diberitahu melalui Direct Message di instagram pada 24th September.

Trophy RS-X Rose Gold dijual pada harga MYR565 dan kini boleh didapati di semua kedai runcit PUMA, 100% @ Lot 10, AWLAB, CrossOver, JD Sports, Life Habitat Aman Central dan PUMA.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Jom Menang Sepasang Kasut Terbaru PUMA RS-X Trophies Rose Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *