Ini bukan kisah tentang isteri kepada pemain bola sepak Mat Yo yang menimbulkan kontroversi atas kebiadapannya terhadap seorang pengawal keselamatan @ pak guard.
Tapi yang ini tetap ada kena mengena dengan Pak Guard.
Bro kenkadang tension bila berurusan dengan pak guard yang tak faham bahasa melayu ataupun english. Bila kita cakap, dia macam blur-blur.
Bila dia cakap pula, macam dengar tak dengar je. Macam ada emas/belian dalam mulut dia. Macam mana la dia boleh dapat bekerja dekat Malaysia nie kan?
Tak kan disebabkan ketidak fasihan mereka untuk berbahasa melayu atau english memaksa kita berlajar bahasa ketiga yakni bahasa yang mereka faham.
Sekadar nak bertanya.
Dekat sekolah atau IPT korang, ada tak pembelajaran bahasa ketiga seperti bahasa Bangladesh, Myanmar ataupun Nepal?
Bicara Bro : Korang pernah tengok tak ayam dan itik bersembang macam mana?
Kredit gambar buat kenalan instagram
ini mesti guard nepal,…. for your information guard nepal boleh di ambil mengikut prosedur KDN tetapi tentang penggunaan bahasa tu sepatutnya syarikat kawalan keselamatan harus mengetahui pekerja faham mengenai bahasa ibunda di sini….
tak pasal-pasal kita kena belajar bahasa dorang….apalagi belasah jer cakap….hihi…
He..23x susah nak cakap juga, lagi2 kalau private sector yang guna pak guard ini. English dorang ok, cuma bila bercakap macam tak de confident level dalam diri dorang.
bro, ko terkena dgn pak guard foreigner investor ker. hahaha
Tak de la.. dengan pak guard baru… yang lelama xde pula masalah dengan bro
memang leceh la kita nak bertanay ke apa…sabor ajelah bor
bro ok je… selalunya pak guard macam nie xlama kerja sini
http://nilsyaffieyna.blogspot.com/2013/10/kritikan-aku-catatan-broframestone-pak.html
hhhaa sokong lah bro tapi ada lagi hebat ..selain guard nepal ..guard malaysia pun sakan ..
‘hanya pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan bekas tentera warga Nepal sahaja layak bekerja di negara kita.’
Selain dari tu ‘Dalam erti kata lain bekas polis Nepal dan warga Indonesia biarpun berstatus penduduk tetap TIDAK dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan.’
Kita boleh aduan berkenaan mereka ni..
maklumat lanjut:
http://www.mazidulakmal.com/2010/07/lambakan-pengawal-keselamatan-warga.html
Sepatutnya pengawal keselamatan ni fasih bahasa tempatan…
kena lakukan audit dan pemantauan berterusan kepada syarikat keselamatan, jika fail bahasa tempatan, boleh tarik lesen…
Itupun kalau boleh kan…
biasanya syarikat sekarang banyak tangkap muat jer ambil guard pekerja asing nih…
Bukan kes tangkap muat ini, ada unsur “lain” dalam mengambilan guard warga asing.
nasib baik kat sini tak banyak sangat sepisis yang cenggini,, huhuu
Dekat sana banyak spesis yang macam mane ek?
Semoga pakguard yang berbangsa asing diberi tuisyen dahulu.
Tuisyen dekat Malaysia ke dekat mana…
Apa boleh buat rakyat Malaysia sanggup sepak sampah dari jadi pengawal keselamatan ni…:)
Bersabar jelah bro…kalau Nepal ni depa patuh arahan tak ada budi bicara.
bersepah da guard bangsa asing ni…kalau yang paham bahasa takpe…nak berkomunikasi pun susah kalau nak tanya apa2…
Memang bermasalah kalau Pak Guard warga asing. Terpaksa guna bahasa isyarat. Ini gara-gara agensi keselamatan mahu ambil tenaga kerja rendah kosnya.