Bro baru dapat cerita tentang rakan blogger Bro – Beautifulnara telah dirompak pukul 2.15 petang semalam.
Kereta beliau BMW 3 Series putih WWM 7040 telah dilarikan. Jika anda nampak, sila telefon/SMS beliau di 0172678341.
Beliau dirompak ketika beliau sedang melihat rumah di Aman Putri, Sungai Buloh bersama isteri dan anaknya. waktu kejadian mangsa sedang melihat rumah untuk renovation bersama seorang bangla.
Kawasan masih baru dan tiada orang menetap disana. Jadi mereka pergi untuk melihat apa yang perlu direnovate sebelum berpindah ke rumah baru.
Selepas kira-kira 30 minit melihat bahagian belakang rumah, mangsa ke bahagian depan untuk berbincang mengenai tiles.
Tiba-tiba terdengar bunyi kereta yang amat pantas. Mereka menoleh ke pintu pagar. Kelihatan sebuah kereta Naza Citra memasuki perkarangan.
Hati mereka waktu itu sudah berdebar. Tiba-tiba pintu kereta tersebut dibuka dan keluar 2 lelaki bertopeng sambil memegang parang.
Sambil mengacu parang ke arah muka mangsa, seorang perompak berkata, “Duduk diam dan ikut arahan. Kamu pun ada anak kecil kan”.
Duit dan kereta mereka diambil oleh perompak.
Kejadian ini berlaku dalam tempoh 2 minit. Tak lama kemudian, si perompak (ada 3 orang) memandu kereta beliau dan si kontraktor keluar dari kawasan tersebut.
Seorang perompak lagi masih berada di dalam kereta Kia Citranya, plat no PHT 425 dan ketiga-tiga ini terus keluar dengan sekelip mata.
Apa-apa pun beliau bersyukur bila dia dan keluarganya tidak diapa-apakan.
Beliau berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan beliau dan keluarganya. Semoga apa yang terjadi kepadanya menjadi pengajaran buat semua.
Sumber : twitter beliau (beautifulnara)
Mudahan perompak tu dalam keadaan yang “selamat” selalu.. memang tak lah kan.. ish..
Semoga perompak tu ditangkap!
aman putri?? dekat dengan rumah je ni.. aduhhh.. kalau lah tahu awal2 lagi.. :(
Kalau tahu awal-awal lagi, mu nak buat ape ek?
Bahaya nya kena rompak depan rumah..area panas ke ni..bahaya2..mesti dah lama kena aim
tumpang simpati…
syukur nyawa selamat
Baru tahu berita ini melalui FB. Syukur beliau dan isteri tidak diapa-apakan.
haihh…ada2 je la…mujurlah tak diapa-apakan…
Ujian Allah buat mereka. Semoga mereka tabah.
Kontraktor tue terbabit sama ke apa bro?
Kereta dia juga dilarikan…
kereta naza citra eyk. dalam sinar harian kata myvi hitam.x tahulah yg mana kan
mudah2an penjenayah cepat dikesan…
mujurlah mereka selamat..
kawasan perumahan yang baru memang kena berhati-hati….baru dari paper sinar harian…
http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/06/segmen-button-runningman.html
Allahuakbar…
keadaan menjadi-jadi duit BR1M xcukup ke kerajaan dah berikan sampai terpaksa merompak… kerajaan perlu amik langkah proaktif untuk pantau kawasan yang agak terpencil dan baharu…
Syukur Alhamdulillah BN selamat sekeluarga… Ada hikmah semua ini kan Bro… Kikie yang drive kereta pun risau dengan persekitaran sekarang.
Confirm ke yang merompak itu rakyat tempatan?
bahayanyeeeeeeeeeeee….. ! report polis biar polis cari diaroang! nnti dapat lah tu balasan die… sib baik baby xde pape..
nama kawasan aman putri..nampaknya tak aman..patut pikir balik beli rumah area situ…
Ohye iya xiya *garu kepala*
Maaf terlepas pandang kemungkinan kegiatan bukan rakyat tempatan…
telinga dah lali dengan khabar dada media asal jenayah rompak kadang-kadang kegiatan rakyat tempatan…
assalamualaikum bro…alamak kesian nyer nasib baik x ada apa2 berlaku..;
Kawasan rumah baru kena lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi kalau naik kereta yang mahal. Tapi saya rasa dorang ni dah target lama kat abang nara ni.