December 12, 2024

Mengidam Nasi Ayam Air Tangan Isteri

20130611-150751.jpg

Alhamdulillah,

Sudah 6 bulan, kami sekeluarga tinggal di rumah yang baru disewa. Sepajang tempoh masa ini, ada juga merancang ingin buat kenduri kecil-kecilan bersama keluarga.

Dalam masa yang sama ingin menjemput jiran sekeliling.

Takut orang gelarkan kami suami isteri kera sumbang jika tidak pandai bergaul dengan jiran tertangga.

Antara menu utama yang bakal dihidangkan adalah Nasi Ayam (resepi isteri sendiri). Kami akan menggunakan Beras Jasmine untuk menyediakannya.

Bro sebenarnya mengidam nasi ayam air tangan isteri. Pertama kali makan sebelum kahwin dulu, kemudian sekali je selepas kahwin. Sekarang wife tengah pregnant, dia ada alahan untuk duduk dekat dapur lama-lama.

Nampak gaya macam Bro sendiri yang kena masak. Nanti dia hanya berikan arahan dan Bro sendiri akan sediakan bahan dan memasaknya.

Tetapi kena tunggu ahli keluarga Bro cuti, baru dapat buat macam ini.

Beras yang kami gunakan untuk masak Nasi Ayam – Beras Wangi Jasmine Sunwhite AAA Special.

20130611-150823.jpg

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Mengidam Nasi Ayam Air Tangan Isteri

  1. assalamualaikum,

    selamat mengadakan kenduri, eloklah camtu…demi utk mengeratkan silahturrahim bersama jiran tetangga…
    Jemput orang surau sama buat doa selamat ..sekali gus isteri dah berbadan dua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *