Baru sahaja lepas menonton cite Hindustan – 3 idiots
Agak santai dan menghiburkan juga cerita ini. Bukan cerita kosong dan banyak pengisian.
Teringat quote dalam cerita ini.
Ijazah,
Tidak boleh menjaminkan kerja terbaik, Perempuan yang cantik sebagai isteri, gaji yang lumayan, penghormatan yang tinggi.
Tapi itulah kenyataan dalam kehidupan ini.
Bro ada Ijazah, sekadar kemas tersusun didalam fail. Tak pernah ditayangkan tiap kali ditawarkan pekerjaan.
Pendapatan?
Bro start berkerja waktu masih berlajar lagi. Duit yang bro perolehi bro guna untuk bayar kos pengajian dalam 4.2k untuk satu semester.
Bayar duit sewa rumah yang masih bro sewa since tahun 2005.
Belum kos-kos yang lain.
Penambahan? alhamdulillah…!!! Memang ada penambahan, sejak hidup tak mengharapkan makan gaji. Seperti sesetengah orang yang mengharapkan gaji hujung bulan.
Tak salah kerja kais pagi, makan kena tunggu lagi 2-3 bulan.
Yang penting, pendapatan itu halal dan berturusan. Jangan lupa, semua nikmat duniawi datang daripadaNya.
Allah SWT.
Perempuan cantik?
Bro tak pandang pada kecantikan, Bro lebih suka kepada perempuan yang mampu menyempurnakan hidup bro, keluarga yang bakal bro bina dan mendidik zuriat Bro ke anak cucu + cicit.
Kalau nak perempuan cantik.
Rasanya bro dah memang dapat. Artis lagi, cuma family kurang berkenan dan mahu bro hidup dalam kesederhanaan.
Nanti tak pasal-pasal asik masuk blog korang je cerita pasal hal rumah tangga bro.
Dan bertambah pula yang mendoakan yang bukan-bukan untuk perhubungan kami. Siapa dia, biarkan rahsia. Cukuplah sekadar keluarga sahaja mengetahuinya.
Penghormatan?
Tanpa Ijazah, bro pernah buat Menteri respek pada Bro. Ilmuan Dr. @ Prof luar negara memandang bro. Mampu duduk semeja berbahas isu politik dengan ahli politik.
Semua ini bro mampu lakukan.
Tanpa perlu memandai-mandai dengan post-post di facebook dengan beribu-ribu like mahupun komen.
Tapi semuanya dulu.
Insya’lah jika ada rezeki lebih, Bro mungkin akan sambung study.
Paling penting, Bro perlukan dapat “lesen itu” untuk melayakan bro berkerja diluar negara sebagai pakar.
Itu baru impian bro.
Bagaimanapun kehidupan sekarang ini juga adalah cebisan dari impian yang pernah bro pasang dahulu.
…………. Speechless….!!!
Amin…
assalamualaikum bro…mama doakan semoga segala impian dan harapan masa hadapan akan berjaya hendaknya yer…;)
Wsalam. Thank mama..
Ada gak plan nak tukar impian. Tengah usha pakej impian yang ada.
All the best bro, semoga berjaya dunia akhirat
Thank, haapnya mcm tue la kan.
dah berapa kali repeat tengok filem nih. memang best. tak bosan.
Selama ini bro tgk sikit2.
Malam ini bro tengok dari mula sampai habis.
owh..baru terpikir, mana aku campakkan ijazah ku dulu ek..heheh..bidang study dengan kerja, mmg tak bsangkut paut kdg2..heheh
Ada gak yang bidang kerja dan ijazah tiada kaitan langsung.
Paling malang, nk kan status gomen. Sanggup amik jawatan takat level spm. Ijazah 1st class tolak tepi.
Sedangkan dgn ijazah itu, dia mampu berada pada level yang mampu menjadi kepala organisasi dr menjadi kuli je
tak dinafikan saya menangis teresak-esak kerana menonton filem ini. Filem yg masih mengekalkan rekod box office no1 bollywood. serta memenangi banyak anugerah.
Ranco mmg wujud dlm kehidupan sebenaran..tapi jumlahnya tidak ramai.
Kita serupa.. Seronok gak layan filem macam nie. Senang sikit nak menangis bila isteri tengah syok tidur.
Xde la kantoi sangat.
Bro orangnya kental…
jati diri yang kuat…
itu lah apa yang kikie ley rasa daripada pengalaman bro..
Semoga Allah sentiasa membuka Rahmat Bro sekeluarga :)
Bro hanyalah manusia biasa :)
nice sharing bro..betul2 boleh menjadi inspirasi orang lain..tak dinafikan, kadang2 ada ijazah pun belum tentu menjamin kehidupan seseorang..dah terlampau banyak persaingan.
KIta perlu keluar dari kelompok baru nampak peluang lain dari yang lain.
Bro sudah. Anda?
sedang berusaha bro.
CITE HINDUSTAN FEVERET AKU…
Bro turungkan ilmu kat aku banyak.. ha ha…
Wah tang mana yang bikin feveret mu tue ek?
Turun ilmu ape ek? Mu tu eyang patut turunkan ilmu pada bro. Ilmu peluk bantal time isteri kerja malam he..23x
isteri skrg lagi cntik la pda artis dulu…
Oh ye ke…?? Cantik bukan ukuran :)
Lihatlah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary seorang taikun dunia perniagaan. Apa yang penting adalah usaha keras dan redha kepada Allah.
Kalau tokoh barat mendiang Steve Jobs, Bill Gates dan Mark Zuckerberg antara yang berjaya.
Diharap akan datang, akan muncul tokoh-tokoh seperti ini dari generasi kita.
segulung ijazah tidak membawa makna…
Tapi ramai yang nak mengejar ijazah semata-mata sedangkan dalam waktu itu, banyak benda yang boleh dikejar sama.
sebab dah jadi trend masa kini..lepas habis sekolah, terus nak belajar tinggi-tinggi…memang bagus..tapi perlu ada matlamat hidup sendiri kan.. ;-)
teringat cerita hindustan tu.. mesej yang cuba disampaikan ialah skill kita. apa yang kita minat..
setuju tu, segulung ijazah tidak menjanjikan yang indah2 sebenarnya.. yang penting kita perlu berusaha dan belajar tanpa henti.
Pasal tu la lu lagi bagus dari gua.
3 Idiots sememangnya cerita kegemaran saya.. Setakat ini, 3 Idiots adalah cerita Hindustan terbaik yang pernah saya tonton…
Betul tu.. Ijazah tidak menjamin apa-apa.. Sama seperti yang diperkatakan oleh Robert T. Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad..
Banyak pengisian dalam movie ni.. x segan sy nak mengaku yg sy menangis tiap kali layan 3 idiots.. ia buat kita berfikir tentang byk benda..
Steady bro..
Dkna makan gaji jer. Mmg tiap bulan tu yang dapat.
3 idiot memang cerita hindustan yang terbaik setakat ini djchef tonton selain mohabattein :-)
best sangat cerita dia..hehe…dah ulang 3x dah..hehe
setuju…segulung ijazah, tak menjamin apa-apa…bergantung kepada diri sendiri..mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih kan.. :-)
Saya dah tengok cerita 3 idiot ni memang best dan banyak pengajaran di sebalik ceritanya ni. Sebenarnya sekarang ni kan ijazah dan pelajaran tinggi tak lah penting sangat dan bukan semua orang bertuah. Dalam 100 orang memegang segulung ijazah mungkin hanya 5 orang saja ijazah tu akan berguna sepenuhnya. Ramai juga belajar engineering akhirnya pergi business tiada kaitan dengan engineering.