Merindui mereka berdua…
2 insan yang selalu menyinari hidupku satu ketika dulu. Kekuatan aku untuk meneruskan hubungan yang tercipta.
Segalanya terlerai dek kerna kesilapan aku setahun yang lalu. Kesilapan aku terlanjur. Terlanjur dengan kata-kataku.
Akibatnya
Aku dan mereka dipisahkan dan tidak dibenarkan berjumpa. Pisah sejauh-jauhnya, dan tiada alasan untuk mereka perlu ditemukan kepadaku.
Biar ingatan mereka tidak tercalit kenangan bersamaku.
Hari ini,
Tergerak hati aku mengodek komputer yang hampir setahun tidak ku sentuh. Penuh dengan kenangan aku dan mereka. Setiap detik terakam sepanjang waktu mereka membesar.
Teringat lagi saat aku menjaga mereka semasa didalam kandungan ibunya.
Setiap hari aku ke hospital melawat mereka. Air kelapa? Ku cari juga di Kuala Lumpur untuknya. Dan setiap hari aku selitkan doa untuk melihat dan menjaga mereka setelah dilahirkan.
Teringat lagi bila berjauhan,
Mereka menelefon aku, bertanya aku di mana. Walaupun kenyataannya satu haram aku tidak memahami butir bicara mereka.
Bagi mereka, akulah segala-galanya.
Aku dikaca tv, di dalam imaginasi mereka dan tiada sesiapa mampu mengantikan aku di hati mereka.
Tak kala aku demam, mereka pun akan demam sama. Adakah ini demam rindu atau ikatan jiwa antara kami.
Aku tak tahu masih ada rindu lagikah dalam hati mereka untuk diriku. Seorang insan yang yang tidak berani menghadapi kenyataan dan tidak berani menangung segala beban.
Kenapa aku sahaja yang dipersalahkan. Tanpa memberi perluang kepada aku untuk membaiki semuanya. Pandangan sinis dan kata-kata pedas pula dilemparkan kepadaku.
Teringat saat mereka tidur didalam pelukanku.
Bila tidur berjauhan, mereka bangun dan tercari-cari aku.
Moga dipermudahkan olehnya untuk aku dan mereka.
Bicara Bro : Aku amat merindui mereka…
Hanya mampu melihat mereka dari jauh.. tanpa mereka sedari.. Biar dalam ingatan mereka tiada aku, untuk selama-lamanya.
Permudahkan jalan yang aku pilih ini duhai Tuhan.
ini berkaitan kisah silam bro ke?apa kes?yg comel di atas tu anak2 bro ke hape?sedih pulak baca entry kali ni bro……. :(
sekali sekala… nak gak tacing-tacing kan…
mesti ada kisah duka di hati bro kan…
sabar je lah bro.tu je yg ain mmpu ckp.kesilapan yg dulu kita jdkan pengalaman supaya lepas ni x kn terjadi lagi,ya….dah2,xyah nk tacing2 sgt :)
biasalah tu..Bro pun manusia biasa..setiap manusia xkan lepas dari kesalahan..Semoga allah mendengar doa Bro.
setiap bait2 kata yang bro taip buat fyna tersentuh. walaupun fyna tidak memahami apa yang terjadi fyna sentiasa doakan yang baik2 untuk bro dan kedua-dua anak tersebut.
Thank fyna…
Bro menangis semasa menaip entry ini…. sorry jika ianya menyentuh hati fyna
welkam bro…
fyna agak tacink dgn entri bro. walaupun bro tak ceritakan secara detail. mmg menyentuh hati fyna.
tapi yang laluinya bro kan.
sangat harap bro tabah menghadapi segala liku kehidupan yang akan datang. setiap yang terjadi ada hikmahnya kan bro.
rasanya tak perlu bro detailkan…
bro cuma ingin berjumpa dengan mereka… Mereka yang pernah berada di hati bro.
tak mampu hanya memandang mereka dari jauh
anak bro ke? berapa umur diaorang sekarang..
entah, sorang lahir tahun 2006 dan sorang lagi tahun 2007
Yang Maha Esa Maha Mengetahui.
Bermohon selalu kepadaNYA..
itu yang selalu saya doakan
Cuma boleh baca dan mendoakan untuk kebahagian anda..banyak2 bersabar….
thank mat gebu :)
insyaAllah, msti akan bjumpa lg..
amin.. harap macam tue la kan
aminn..sbr ye bro,dugaan..
anak2 walau dipisahkan jauh mana sekalipun akan ada kasih dan
sayang kpd abahnya.. Panjatkan doa untuk mereka agar lebih
sihat + kuatkan cinta dan kasih mereka kpd kau + eratkan
hubungan lebih rapat = kekuatan kasih sayang..
semoga bro akan tabah menghadapi segala dugaan dariNya..mungkin apa yang ditakdirkan ini ada hikmahnya.banyak2kan bersabar ye bro
ada kisah disebalik nie kan
tgk luaran hepi tp klu tak dikongsi manakan org tahu segalanya…bersabar, kerana itu sebahagian sifat dari org2 yg beriman.
bro agak susah nak kongsikan perkara personal (yang agak) di blog.
cuma ada masa, bro perlu luahkan apa yang bro rasa. :) Bro tetap manusia biasa
Semoga dipermudahkan.. banyakkan berdoa dan mendekati yang maha esa.
masa akan mengubah segalanya
satu hari nanti mesti bro akan dapat jumpa dengan mereka semula.. lambat dengan cepat saja…
adakalanya bicara dri hati lebih tepat kn..
banyak kan bsabar … apa yang dah berlaku tak akan dapat di ubah lagi ….
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. teruskan bersabar kerana pasti suatu hari nanti kesabaran itu akan berbalas jua.. :)
membaca entri bro ni air mata saya mengalir walaupun hakikatnya saya tidak tahu kisah sebenar. Pastinya ianya lebih berat untuk bro yang perlu menanggungnya.
Sabar la bro, semoga suatu hari nanti bro dipertemukan semula ngan mereka berdua.
be strong k
Boleh masuk novel x?
boleh…meh saya tuliskan..hehe
Bro..walaupun Jay xde anak..tapi Jay merasa sedih dgn entry bro ni..Sebabnya..Jay dah xpenah melihat anak buah Jay since 2008 sampai skrg ni..Jay tersgt rindukan dorg.:(
Mana mereka menghilang.. lama gak tue
atas masalah keluarga yg xdpt dielakkan..bila ego menguasai diri maka sukarlah utk mengaku kesalahn pada parents Jay..sebab itulah mereka xpernah balik since 2008 lagi..
Nape ni Bro? Apepun.. kalau Bro rindu dia.. Kuatkan semangat.. & doakan yang terbaik buat diorang..
Erm tengah merindui mereka…
Kalau bro rindu dekat nurul pulak cam mne ek..??
lorr..sempat lagi ngayat ..
hehe..
:)
berat mata membaca , pasti berat la rasa hati penulisnya.
~beleive in your self~~~~
Berat rasanya nak menulis benda ini
sekurang-kurangnya dah meluahkan dan berkongsi..
rasa lega sikit kan..?
ermm..satu hari nanti , insyaAllah..
mungkin mereka terbaca entry nih ..
:)
Bro , ur pass story isn’t? Sedih la baca.. sayu je jadi ni..
Speechless.. isnyallah u’ll got the chance to meet them one fine day.