Tak sangka, sudah berbelas tahun bro meninggalkan zaman persekolahan.
Satu zaman yang penuh dengan kenangan walaupun kenyataannya, bro sendiri dah terlupa apa kenangan yang pernah tercipta satu ketika dulu.
Rasanya dorang dah banyak kali ajak bro keluar, tapi baru semalam bro dapat luangkan masa dengan dorang.
Dulu masa zaman sekolah, semuanya ada perangai masing-masing yang mampu buat kami tergelak puas-puas dari pukul 9 malam sampai ke 2 pagi.
Fuhh lama tue,
Rokok sekotak sedikit demi sedikit dihabiskan.
Satu persatu cerita dibuka… Kuat gila memori korang ek, nak harapkan bro.. memory full sudah. Banyak benda dah dilupakan, ke terlupa.
Korang masih ingat siapa dalam batch kita yang pandai gunting rambut. Dan bro salah seorangnya, siap lepas habis SPM & STPM boleh berkerja dekat kedai gunting rambut.
Korang masih ingat bro berniaga burger dekat asrama.
Korang masih ingat yang bro tiada skandal or awek dekat asrama puteri. (kalau ada pun, bukan bro nak bagitau).
Korang ingat lagi semua cerita kekantoian korang, lawak pulak mendengarnya.
Semua itu kenangan kita bersama, sorang persorang dah berkahwin.
Sebelum balik, ada soalan bonus yang dorang tujukan kepada bro,
“Kenapa kau tak jadi kapten asrama?”
Biarlah rahsia. Hanya yang tahu sahaja tahu.
Thank beb sebab sudi lepak dengan aku, kalau idak, belum tahu bila lagi dapat lepak dengan korang.
Setinggi penghargaan bro tujukan kepada :-
– Zulkifli (Wartawan hiburan yang low profile tapi orang kuat Media Prima)
– Shahril (Arkitek)
– Shafizal (Minggu akan memulakan hidup baru di Singapura)
Mantap kerje dorang.
Bro pulak?
Hanya seorang blogger biasa. Inilah kerjaya yang bro pilih selepas berhenti kerja dengan goverment dan stop terlibat dengan politik.
Memulakan kehidupan baru dengan sesuatu yang baru menjadi orang baru untuk memiliki orang baru dalam hidup ini.
menjadi orang baru dengan kehidupan baru.. dan buat apa yang kita suka. betul tak bro?
wahhh gathering ekk? lepas raya serba serbi baru la ya…
p/s: suka dengan semangat sungguh2 bro nak berjaya..
Sesekali jumpa kawan lama. Masing-masing sudah mengalami perubahan enjakkan paradigma.:-)
panjang betul tajuk kau.. hik3..
Seronok melepak dgn sahabat2 lamakan. Byk yang
nak diceritakan..
Update blog guna hp.
Dah la xbaca balik apa yang ditulis. Memang banyak, lepas nie tak tahu ada masa ke x nk lepak dengan dorang.
Bro tengah tunggu nak merantau jauh. Cari rezeki ditempat orang lain.
Ala Bro.. Jadi full time blogger pun best juga..
Bro bebas nak buat apa yang bro suka tanpa terikat dengan sebarang peraturan atau prosuder kerja yang ditetapkan oleh majikan..
rezeki masing masing..
kerja blogging pun, bukan nya tak mendatangkan untung juga kan bro? err.. ada la juga. hehehe
Nostalgia dok asrama mmg tak boleh dilupakan – ada cerita tersendiri he3..
Memang seronok dapat jumpa member lama . Lagi 2 ygm paling kamcing dengan kita masa zaman muda 2 dulu . Memori lama jangan ditinggalkan tetapi indah utk dikenang .