Terbaca dalam paper hari ini,

Dimana pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) menyatakan bahawa dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.

Baru-baru ini beliau dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Itu baru artis. Yang mencari pendapatan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Bagaimana pula dengan anda yang kais pagi hujung bulan baru dapat gaji? Kesihatan perlu juga di uatamakan. Jangan paksa diri sehinggakan memudaratkan kesihatan anda.

Bro teringat kata-kata timbalan pengarah masa bro kerja gomen dulu.

“Jangan paksa diri, kalau jatuh sakit bukannya si Datuk nak datang melawat”

Memang betul katanya, alhamdulillah projek international itu berjalan lancar dan bro terus amik cuti seminggu.

Bukan nak berehat tetapi bro ada final exam pada minggu tersebut.

Bagaimana pula dengan anda?

Sabtu dan Ahad masih belum mencukupi untuk anda menerima rehat yang secukupnya. Berehat bukan dimaksudkan dengan hanya berbaring di rumah.

Ianya merangkumi fizikal, jasmani, rohani dan emosi.

Dan bro memilih cara berehat dengan mendekati alam.

Bagaimana pula dengan anda?

Salah satu gambar semasa aktiviti White Water Rafting bersama Bloggers.

Bicara Bro : Bro macam nak cari projek yang boleh bawa blogger enjoy aktiviti sebegini.

Dalam masa yang sama mengeratkan hubungan sesama blogger.