You are here
Home > 1001 Pictures > White Water Rafting With Bloggers

17,682,330 total views, 3,457 views today

White Water Rafting With Bloggers

Baru-baru ini bro berkesempatan untuk mencuba White Water Rafting di Sungai Selangor, Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Bro bukan pergi berseorangan.

Tetapi dengan beberapa blogger advertlets.

Sekali sekala perlu juga menikmati keindahan alam sambil melakukan aktiviti yang mencabar. Dah lama bro tidak beraktiviti sebegini.

Last pun tahun 2007,

Berakit Sungai Pahang under Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Inilah muka-muka blogger yang kebasahan menikmati aktiviti kali ini.

Awat tertiba rasa macam cacat je gambar ini..?? Ke memang cacat he..23x

Sebelum memulakan aktiviti,

Semestinya ada taklimat untuk keselamatan dan juga panduan kepada para peserta untuk mengelakan perkara yang tidak diingini terjadi.

Kalau terjadi,

Sekurang-kurangnya perserta tahu apa yang perlu mereka lakukan.

Peringatan : Pakej ini termasuk dengan insuran

Blogger in my raft…

Just 4 of us only… We had fun together

An other reminder supa kami tidak lupa pasal keselamatan sepanjang ber rafting.

Safety first kan. Apa-apa terjadi. Sian awek-awek yang teringin nak bersuamikan bro di luar sana.

Antara aksi kami yang sempat dirakam

Peringatan : Pastikan kamera anda kalis air dan tidak mudah terlepas dari pegangan anda.

Jeram level 3.

Di kawasan ini, yang paling mantap level 4.5 Cuma tak sempat nak amik gambar. Kawasannya agak bahaya.

Memang syok la lepak sini. Feeling je, sambil tengok satu persatu Raft melepasi kami.

Bro dihanyutkan selepas Raft yang bro naiki diterbalikan dengan sengaja… So terpaksa berenang dalam 2-3km..

Dan di tangan bro merupakan makanan terakhir yang bro miliki. [Sebab yang lain bro dah habis makan awal-awal]

So bagi sesiapa yang lapar. Boleh beli benda ini dari bro.

Starting price RM 50. Bid tertinggi bro akan jual pada dia. He…23x Sian bro kena BooooooOOOoOOo time nie.

Ini adalah perhentian kami.

Fuhhhh…!!! Seronok bersantai selepas beberapa jam ber rafting.

Awek beb…!!! Ok cuci mata kejab.

Bicara Bro : Ini sahaja pic yang sempat bro tangkap.

Ada pic yang xsempat terutama juadah tengahari yang pihak penganjur sediakan untuk kami. Memang berbaloi dengan pakej yang mereka sediakan.

Segalanya bermula pada harga RM160 seorang untuk anda menikmati pengalaman seperti mana yang bro alami.

Awek-awek tidak disediakan. Sila bawa memasing punya ek.

Berminat? Sila lawati laman web mereka.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “White Water Rafting With Bloggers

    1. Ada masa nanti, layan la.. kurangkan stress study ke ape ke..

      Cam bro ok la.. dapat release tension

  1. waah..teringin nak buat aktiviti lasak balik..dah stop semenjak abis study ni..huhuhu

    and again, awek ttp ade eh..hahahaha… takde lak ke nak bergambar madu 4 time ni? kehkehkeh

    1. xpayah takut… insuran ada dan bantuan keselamatan pun disediakan…

      bro siap request mintak terbalikan raft..

      Memang seronok la

    1. bawak la awek orang huhuhu

      Bro pun xbawa awek.. harapkan awek orang je jadi pencuci mata

    1. dekat sana level berapa ek…??

      wah jauh la nak ke sabah.. lain la kalau dapat orang sabah… ade ke orang sabah yang nak dekat bro nie…

      [sambil buat kenyit2 mata dekat sufy he…23x]

      yg nie pun disponsor.. kalau tidak, tak termampu bro nk joinnye

Leave a Reply

Top