Minggu ini bro nampak senyuman ceria terukir diwajah mak.
Berbeza dengan hari kebiasaan. Manis berjalan erat dengan ayah.
Nampak sepadan, sweet couple gitew. Dengan pakaian dan warna yang sedondong.
Berbeza dengan anaknya ini. Selekeh je memanjang. Mungkin sebab itu jodoh susah nak lekat kot.
Minggu ini mak turun KL.
Hotel bro book untuk privasi mereka. Walaupun xsemewah mana. Tapi cukup selesa buat mereka.
Hari ibu disambut beramai-ramai bersama kesemua anaknya.
Memang susah nak kumpulkan anak-anaknya. Harapkan time raya baru dapat. Kalau tidak, kena tunggu raya tahun depannya pula.
Kali ini, bukan anaknya sahaja yang ada. Menantu dan bakal menantu juga ada.
Terasa meriah pula family ini. Dengan berbagai ragam tapi mampu membuatkannya tersenyum.
Ayah juga begitu.
Bro juga begitu. Tak sangka adik beradik bro semua dah besar-besar belaka.
Dan mereka juga mengatakan bro juga sudah semakin besar. Lebih besar dari dulu (gemuk)
Mungkin kerana bro bahagia dengan jalan yang bro pilih. Pilih sebagai hala tuju hijrah bro. Jauh dari laluan yang pernah bro pilih dulu.
Diharap ianya mampu memberi sinar dalam hidup dan memastikan senyuman masih terukir pada wajah ibu.
Bagaimana pula dengan anda?
selamat hari ibu kepada semua ibu,bakal ibu dan yang bercita-cita nak jadi ibu!
Selamat hari ibu juga buat aunty
Seronok kalau dapat buat ibu tersenyum. kan,..
#ibu kita tersenyum lebar kat langkawi sebab dpt shopping :))
Lepas nie mesti dia tunggu menantu pula kan huhu cepat2 lagi bagi :)
Happy sangat kalau dapat bahagiakan mak & ayah kita.. walaupun kecik.. tapi diorang tetap hargai ape yg kita buat..
bukan wang ringgit yang mereka nakkan tetapi kasih sayang dan doa dari anak2 mereka itu yg lebih berharga bg mereka..
Semalam terkilan juga la sebab xdapat nak bawa mak ayah tengok wayang…
Dorang xpernah tengok
xper bro..insyaallah lain waktu ada lagi bro…
..hati tersentuh saat selesai membaca entri kali ini. Samalah bro, kami juga berhijrah. Hijarah karier, hijrah attitude, hijrah sikap untuk membina hidup lebih bahagia. Selamat Hari Ibu, khusus untk your mom dari kami di iAwani.
Semua orang perlukan hijrah.. dari yang baik kepada yang lebih baik…
Selamat hari Ibu buat semua wanita yg bergelar ibu…jasa yg sangat besar kpd anak2 masing2….pengorbananmu dihargai…
Jangan lupa kepada isteri anda :)
Yg tu mmg sure punyaaaa….hehehe
walau di mana kita berada.. ibu bapa jangan dilupa..
siapalah kita tanpa mereka..
Dorang yang yang buat kita….
Bukan orang lain he..23x
saya pulak berharap saya maju jaya dalam dunia berblog ni dan membuatkan mak saya bangga dengan diri saya.. dan , tidaklah dia ingat saya hanya buang masa depan laptop je
Nak tanye nie… mak mu tahu ke mu nie blogger…
Lagi satu… mak mu tahu ke blogger tue apa
dia tau..tapi sebab tak nampak apa2 hasil lagi. tu yang jadi pertikaian tu..hehehe
If mu jadi amik projek dengan teman.
Sure ade benda mu boleh tayangkan pada dia kan :)
hehehe.. tu lah.. memang jadi amik produk tu..hehehe
ila masuk contest jacob n menang hitea utk mak…
Untung la.. Kalau ikutkan banyak je lagi contest yang ada :)
wahh..dapat bayangkan betapa seronok nye mak bro bile anak2nye berkumpul..
Memang dia dok tersenyum je dari 1st jumpa reramai
selamat hari ibu=)
tak sempat nak balik rumah untuk sambut
insyaAllah balik ni baru nak sambut..
delay pun xpe… asalkan xdelay sampai tahun depan punye
Selamat hari ibu buat semua ibu2 yang bersusah payah mengandung,melahirkan dan membesarkan anak2 mereka..bukan membesar(bagi gemuk )ek..:)
Mak bro cakap bro dah makin membesar he..23x
bukan membesar tu bro..makin hensem tu..hehehe
rasa hepy sgt bila tgk parents kita senyum bahagia kn bro..
Bertuah mak bro dpt jln2 mse hari ibu :)
rezeki dia dapat anak macam bro (angkat bakul sendiri)
bukan senang nak tengok mak ayah bro berjalan macam nie
setiap hari adalah hari ibu
Gembira hati ibu bila diraikan begitu..semoga ibu bro sihat sentiasa.
selamat hari-hari ibu semua :)
Wah makan anak beranak. Bukan senang untuk semua berjumpa seperti ini.
Memang susah.. Tapi kami semua berusaha untuk kumpulkan semua :)
selamat hari ibu :)