Sepanjang bulan kemerdekaan baru-baru ini, berapa ramai antara anda yang berdiri menghormati lagu kebangsaan – Negaraku sebelum movie start di pawagam?
Jika anda rasa, ianya menyusahkan atau rasa ianya perkara remeh temeh sehingga anda tidak menghormati lagu kebangsaan – Negaraku. Apa kata korang keluar dari Malaysia atau jangan gunakan sebarang subsidi yang diperuntukan untuk rakyat Malaysia.
Ada berani tak?
Cukuplah sekadar berdiri sahaja sebagai tanda anda menghormati lagu kebangsaan – Negaraku.
Bukan susah pun.
Sambil itu , mulut buat miming. Tak perlu nak nyanyi kuat-kuat macam anda sewaktu tadika/sekolah dulu.
Tapi bikin malu je, bila budak-budak taska depan rumah Bro setiap hari boleh je nyanyi lagu kebangsaan – Negaraku, termasuk lagu-lagu patriotik yang lain seperti Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.
Bro tengok dalam acara sukan ataupun upacara antarabangsa. Semua orang boleh berdiri menghormati lagu kebangsaan negara lain. Nak katakan mereka reti menyanyi, memang jauh sekali.
Baru-baru ini, Bro sertai festival di Indonesia sebagai media. Sewaktu lagu kebangsaan Indonesia dinyanyikan, media asing semua bangun memberikan perhormatan.
Apa pula alasan anda untuk tidak menghormati lagu kebangsaan sendiri?
Malam tadi,
Bro berjaya buat puan isteri berdiri tegak menghormati lagu Negaraku yang dimainkan di TV3 lebih kurang pukul 2.30 pagi sebelum siaran tamat.
Anda pula?
alhamdulillah, kita pun buat begitu setiap kali dengar lagu NegaraKu, dalam hati turut tersentuh dengar lagu ni sebenarnya!
walaupun dekat rumah juga ke?
Tak susah pun nak menghormati lagu Negaraku ni kan. Klu tak menyanyi, berdiri tegak pun ok dah.. bukan lama pun.. Bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia.. :)
Benda yang tak susah macam ini, yang buat orang acuh tak acuh je.. Susah nak buat orang sedar dan ada semangat patriotik pada negara
Masa sekolah kita di ajar & mempratikkannya tapi abis sekolah bukan semua ikut apa yang di ajar.. Mungkin faktor politik yg kucar kacir buat Rakyat malaysia jadi hilang hormat pada lagu negaraku. Yelah golongan taksub ni.. kita tak boleh ramal kadang2 dia tak boleh beza negara & parti politik dalam negara
Bila semua isu dipolitikan, benda macam nie la jadinya. Sebab politik juga la, terjadinya kes mandul he…23x
kami 3 beranak berdiri dalam pawagan itu sekali masa sambut merdeka tahun lepas tahun ni dalam pawagam juga masa sambutan hari malaysia.song kuat-kuat ar juga lepas rindu katanya..
Rasanya kalau buat gathering blogger.. Nak semua orang berdiri dan nyanyi lagu NegaraKu
baru tahu kat panggung buat macam ni sepanjang bulan merdeka. tak susah pun sebenarnya.
Rasanya dah masuk tahun ke-2 kot. Tak ingat dah
Tak pernah lagi berpeluang nyanyi lagu kebangsaan dalam panggung wayang.. Nampak sangat takde gi tengok wayang masa bulan kemerdekaan hari tu.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™
He..23x Bro kena tiap kali hadiri movie preview time bulan kemerdekaan
kalau bukan kita siapa lagi yang nak hormat lagu negara kita kan…hu3
Harap generasi akan datang lebih baik dari generasi sekarang nie
lps nie bole tkr lgu alarm kpd negaraku…
wakaka
Risau bangun pagi. benda lain yang terpacak berdiri tegak
kalau alarm hp bunyi lagu negaraku.. cer bayangkan tersedar terus berdiri tegak.. hehehe.. yang tengok pun mesti segar biji mata.. ;)
kadang terasa sebak bila nyanyi lagu negaraku. hurm…
Sebak kenapa tue, boleh kongsikan ke x?
penat cikgu ajar kat sekolah dulu-dulu..
tapi benda mudah pun tak leh buat. haiya..
He…23x kecik dulu cikgu ajar, dah besar2 macam nie.. kurang ajar… sebab xde cikgu dah
Sikap sayangkan negara makin terkikis, ramai org cmpur aduk kan dgn politik pasal lagu negaraku ni..mmg patut kena halau negara ini orang !! ;)
Kalau dicampur adukkan.. Risau nanti, pembangkang take over negara… lagu negaraku pun mereka minta dorang tukarkan.
Silap hari bulan.. Bendera Malaysia pun ada yang cadangkan tukarkan…
ada orang takmo hormatkan lagu negaraku sebab kaitkan dgn politik, benci betul orang mcm ni ! patut halau dari negara je kan?
Nak halau kemana?
diri.. tentu diri.. kenapa x nak diri pulak. Haha.
Negaraku… tanah tumpahnya darahku…
Kita memang berdiri…Orang lain yang tiada kesedaran je yang tak berdiri menghormati :)
dah lama tak tengok kat pawagam… manalah tahu… huhuhu
He..23x tapi kena ambil tahu juga… isu semasa nie walaupun tak g tengok dekat pawagam he..23x