Bergambar bersama cewek-cewek di Balige, Danau Toba.
Baru-baru ini, Bro dijemput datang ke Danau Toba, Sumatera Utara, Indonesia untuk menghadiri upacara tahunan Festival Danau Toba yang telah berlangsung dari 17 hingga 21 Septermber 2014 yang lalu.
Kehadirian Bro kali ini ke bumi Indonesia sebagai media dari Malaysia.
Sepanjang festival ini berlangsung,
Terdapat beberapa aktiviti diadakan bagi memeriahkan lagi festival tahunan ini.
Diantara aktiviti yang diadakan : Perlumbaan Solu Balon (bot Naga), Festival Drum Dunia Danau Toba, Pertunjukan budaya, Seminar Kebudayaan, Persembahan Kesenian dan Kebudayaan, Pertandingan Nyanyian dan Koir, Pertunjukan Fesyen, Pameran dari Kementerian Pelancongan dan aktiviti Paragliding.
Bersama rakan media dari Malaysia.
Pelancong yang hadir akan diperkenalkan dengan keunikan kebudayaan masyarakat Batak yang tinggal disekeliling Danau Toba dan Pulau Samosir seperti Tarian Tortor dan seni tenungan selendang tempatan yang lebih dikenali dengan nama Ulos.
Kebudayaan disini juga dipengaruhi oleh beberapa kaum yang juga menetap disekitar Danau Toba seperti : Batak Toba, Tapanuli Tengah/Pesisir, Nias, Simalungun, Karo, Sapanuli Selatan, Pak Pak dan Melayu.
Dalam gambar diatas,
Dapat juga bergambar dengan pakaian tradisi yang mengambarkan 7 kaum yang menetap disini. (Jangan tanya kenapa semuanya adalah perempuan).
Persembahan Kebudayaan Masyarakat Danau Toba
Perasmian Festival Danau Toba 2014
Festival seperti ini akan diakan setiap tahun dimana tahun sebelumnya diadakan di Pulau Samosir.
Ini merupakan tahun kedua festival seperti ini diadakan mengantikan nama Pesta Danau Toba untuk menarik perlancong antarabangsa hadir meraikannya.
Ianya berjaya menarik lebih 150,000 pelancong antarabangsa hadir ke Danau Toba.
Pada majlis perasmian ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Wakil Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Dr. Sapta Nirwandar selaku penasihat Festival Danau Toba 2014.
Balige yang merupakan lokasi tarikan pelancong dipilih sebagai lokasi festival kali ini yang terletak 240 kilometer dari Bandar Medan.
Akan datang lokasi lain akan dipilih sebagai lokasi festival untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai lokasi perlancongan yang sedia ada di sekitar Danau Toba ini.
Kehadiran Bro disini, dapat juga membuka mata Bro tentang kebudayaan yang telah berabad wujud disini. Terutamanya sejarah dan tradisi turun menurun masyarakat Batak disini.
Tiada sudah kejadian makan manusia yang sentiasa kita kaitan dengan Masyarakat Batak. (Part ini nanti Bro ceritakan)
Pengalaman berharga Bro sepanjang Festival ini akan dikongsikan bersama pembaca Majalah Libur (Sebab Bro pergi under mereka). Terima kasih Bro ucapkan kepada Blooggers Media dan juga AirAsia Indonesia untuk FamTrip ini.
Selepas ini, ke mana pula kita ya?
Menarik… Jauh berjalan? Dah macam Blogger Deq Noor
Tak mampu nak jadi macam dia.. Kejab-kejab je menghilang…Lepas teu berbulan-bulan baru update ke mana dia menghilang
comel-comel cewek Balige tu…heee. ada ke budaya yang sama dengan kita…
Ada je… Tak banyak bezanya, cuma ada beberapa budaya lebih banyak dari kita he…23x
seronoknya dapat berjalan-jalan sambil melihat budaya di negara orang…tapi kenapa banyak gambar cewek dalam entri ni bro…kih3
Oh, ops.. !! He…23x biarkan rahsia
Bertuah dapat melihat tarian kebudayaan disana. Ada beza dari segi tari dengan rentak berbanding tarian tradisional di Malaysia?
Ada beberapa yang lebih kurang sama…
Seronok dapat tengok adat & tradisi masyarakat luar kan? Dulu asal sebut kaum batak je terus rasa takut.. Huhu.. Tapi sekarang nampaknya diorang pun dah maju macam kita.. ^_^
Rosmiza Ali Official Blog™
Nanti ada masa, bro ceritaan lebih lanjut pasal masyarakat Batak :)
Yeay! ^_^
dorang ni islam ke hindu bro
Mix.. Susah nak cam…
Amboih.. ramainyer gadis-gadis comel.. :D
He..23x tau xpe.. sampai terlupa nak bergambar dengan cowok2nya
Dari gambar2 bro nampak yg mereka sgt menghargai budaya bangsa & adat resam mereka. Satu pengalaman yg amat berharga. T kasih atas perkongsian Bro.