Berita baik buat mereka yang berada di sekitar KLCC (Kuala Lumpur City Centre), cawangan ke-42 Texas Chicken telah dibuka secara rasminya di sini pada 29 November 2017.
Lebih menarik lagi, cawangan ini turut menampilkan konsep baru dengan memperkenalkan jenama antarabangsa terbaru mereka, yakni Tex Café.
Tex Café sebagai meluaskan lagi pilihan menu gourmet coffee dan pencuci mulut. Ia menjadi tarikan orang ramai terhadap kepelbagaian menu yang menarik, sedap dan penyediaan pantas dalam persekitaran ceria.
Secara tidak langsung menjadikan cawangan ini gabungan restoran Texas Chicken dan Tex Café terbesar di dunia.
Pada hari pertama pembukaannya secara rasmi,
Bro nampak ramai pengunjung yang datang dari pagi hingga ke waktu puncak, yakni makan tengahari di sini. Sekaligus menjadinya ia sebagai petanda bahawa ia menjadi salah satu pilihan yang amat dinantikan oleh mereka yang berada disekitar KLCC.
Majlis perasmian ini juga merupakan kejayaan Envictus International Holding, yang merupakan pemegang francais Texas Chicken di Malaysia dengan pembukaan rangkaian outlet ke 42 di Malaysia.
Kini, jenama Texas Chicken mempunyai peningkatan yang sangat memberangsangkan dalam pasaran.
Maka pihak Texas Chicken telah menambah menu makanan seperti pencuci mulut yang manis untuk memberi kepuasan kepada pelanggan terutamanya bagi mereka yang menjadikan menu dessert sebahagian dari gaya hidup mereka.
Tex Café – Konsep Terbaru Diperkenalkan Oleh Texas Chicken
Konsep terkini yang terdapat pada Tex Café, memberikan lebih pilihan kepada pengunjung untuk datang ke Texas Chicken.
Di sini, anda boleh nikmati minuman panas mahupun sejuk seperti cappuccino, latte, espresso, hot chocolate dan banyak lagi, tidak lupa juga pelbagai pilihan kek dan muffun.
Tidak lupa juga, menu istimewa Texas Chicken turut terdapat di Tex Café, antarnya :-
- Double-breaded dan hand-battered (Original and Spicy) chicken
- Scratch-made Honey-Butter Biscuits,
- Mexicana Burger or Wrap
- Jalapeno Cheese Bombers®
- dan banyak lagi.
Dan sempena pembukaan Tex Cafe ini, para pengunjung boleh menikmati Chocolate Chip Biscuits terbaru pada tempoh masa terhad.
Bagi mereka yang gemar menikmati ais krim sebagai pencuci mulut, anda boleh nikmati Strawberry dan Chocolate Shortcakes beserta Chocolate Volcano di sini.
Texas Chicken @ Suria KLCC
LC-C06, Concourse Floor, Ramlee Mall, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2856 8638
Masa operasi : 10 a.m. – 10 p.m (Isnin – Ahad)
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, anda boleh layari : www.TexasChickenMalaysia.com & Facebook Texas Chicken Malaysia.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Terliur tengok kek tu.. bila la dekat kulim nak buka restoran ni
Best tex cafe ni kalau ada di seluruh texas chicken.. hmmph
dah tau kalau ke klcc lps ni nak makan dekat mana. tex cafe ni nampak lebih eksklusif. sesuai dengan lokasi cafe ni kan. menu2 pencuci mulut yg ada pula semua nampak sangat sedap. bila nak belanja ana makan dkt tex cafe ni. heheheh. alri dulu.
Dia punya muffin tu memang nampak sedap betul. Portion dan saiz besar pulak tu. Maha cakap lagi besar dari tangan dia. Itu gila kentang punya besar
Persoalannya disini…
Berapa besarnya tangan maha? hahahah ke kecik comel je?
alergik nampak coklat ni..alergik tengok..haha..amboi, pakej la ni makan muffin sambil layan latte, cappucino..mmg ngam betul pakej dia especially ptg2 time balik kerja..kalau yg kerja area sana, untung la…
wah bestnya texas chicken dah ada cafe sendiri. dan menu lagi variety. menggoda betul tengok cupcakes tu.. lapar dibuatnya
Honey buttered biscuit tu mmg feveret kalo g texas chicken..pasni kena try dessert n kopi la..tp klcc parking mahal..eh
Tak hajak! Sampai hati. Siapa la kita ni. Dah sendu, takda nak hajak. Ayam TEXAS chicken besar. Nak gakkkkk. Voucer ada tak bro
Ok, next time kita ajak ek.. ruby open table ;)
Kena terjah texas chicken berhampiran nih . Terliur tengok
ramai pulak dok up gambar muffin tu..telan ailio aku dok ulang tengok
Masa kita tengok hari pertama pembukaan baru-baru ini memang ramai gila orang berbaris nak makan kat sini. Kita pun jarang makan sini hehehe bila ada tawaran macam ni jer baru datang hehehehehe kita suka ayamnya rangup dan pedas…
cake muffin tu nampqak sedap sangat… nak cuba rasalah…
Buka la cawangan di penang. Baru la senang Ika nak pergi dan rasa! denga kata ayam nye sedap!
Pernah sekali makan dekat tex chicken. Tex cafe nanti kita try. Geram tengok muffib tu. Gebu ?
My family love Texas Chicken. Can’t wait to try the cafe!
I really crazy about Texas Chicken. Now they open tex Café, I am more happy to explore mpore delicious food.
Lamanya tak menyinggah ke KLCC. Menjadi terliur plak tengok barisan desserts tu! Adakah ini maknanya perlu menyinggah suatu masa terdekat?