Nasi Beriani Gham Spesial (Tanam) yang dijual di Bazar Ramadan, Bandar Tasik Puteri, Rawang dikatakan laku habis sepanjang bulan Ramadan ini walaupun setiap petang hujan sentiasa turun.
Walaupun hujan, boleh dikatakan Bazar Ramadan di sini sentiasa dikunjungi (kecuali jika hujau terlampau lebat).
Bila dapat tau Nasi Beriani Gham Spesial (Tanam) ini setiasa habis awal.
Buat Bro berdebar-debar menantikan hujan lebat reda.
Mengidam pula rasanya bila kenangan di facebook memuat naik gambar Nasi Beriani Gham Spesial(Tanam) dekat Bazar Ramadan, Bandar Tasik Puteri ini.
Dah la bazarnya dekat sangat dengan rumah. Jalan kaki kejap je dah sampai (Tapi Bro memilih naik kereta), risau tak larat nak jalan bawa juadah penuh kiri kanan tangan.
Memang rezeki Bro, sampai-sampai je tingga 4 bungkus Nasi Beriani Gham Spesial (Tanam) & Bro dapat 2 yang terakhir bila ada seorang lagi ‘awek’ macam teringin je nak rasa nasi beriani ini (Bro bukannya tamak, maka hulur lagi satu bungkus pada dia).
1 bungkus lagi?
Ada brader itu dah book dulu masa Bro ambil gambar paling atas.
Gambar disebelah owner gerai ini, kot-kot ada yang nak berkenalan or ambil katering dengan dia (gambar diambil dari facebook isteri beliau).
- Nasi Beriani Gham Special (Tanam) – RM12
Sembang dengan dorang mengenai Nasi Beriani Gham (Tanam), ianya merupakan resepi turun menurun, asli dari Muar, Johor (Ada orang Johor tak dekat sini? Komen Plzzzzz).
Bagaimanapun resepi diolah sedikit oleh pasangan suami isteri ini yang dulu merupakan chef (dasyat dorang nie rupanya).
Ikutkan, cara betul nak masak Nasi Beriani Gham yang betul, kita perlu alaskan batang tebu. Kemudian ditimbus dengan beras, ayam /kambing & diselang-selikan dengan beras sebelum ianya di kukus/masak.
Oh, patut la sedap dia lain macam sikit.
Selain nasi Nasi Beriani Gham, mereka turut menjual Ayam Merah, Daging Hitam….
Bro tak pasti Nasi Beriani Gham (Tanam) dorang ada jual atau tidak lepas bulan Ramadan ini. Tapi kalau ada tempahan, boleh je kautim dengan mereka.
Ataupun korang mai ke Pasar Malam Bandar Tasik Puteri pada hari Rabu (Insya’lah dorang ada niaga disana). Hujung minggu memang mereka fokus pada katering je.
Untuk tempahan katering, anda boleh hubungi Aroses Katering O16-2857425 (call/WhatsApp)
Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang
Ok, kita stop sembang pasal Nasi Beriani Gham. Kali ini, bagi can Bro berkongsi beberapa gerai yang Bro nampak menarik ada di Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang ini.
Jika ada mana-mana peniaga yang berniaga di bazar ini, boleh PM Bro di Facebook jika nak selit sekali.
- Cucur Udang – RM1
Tertarik dengan kuih ini sewaktu hari pertama bazar Ramadan beroperasi. Masa mula datang, memang dah aim kedai ini selepas melihat udang-udangnya dan plan nak singgah sewaktu balik nanti.
Malangnya, hampir 4-5 kali round bazar Ramadan waktu nak balik, tak jumpa-jumpa gerai ini.
Time tue dah cuak gila. Mana la tahu yang Bro jumpa tadi itu adalah gerai bunian hahahaha (Siap ada yang gelak dengan statement ini ketika Bro muat naik status di laman facebook).
Rupanya waktu Bro cari tempoh hari, dorang dah tutup gerai dah. Laku habis nampak ;)
Ini antara juadah paling popular dan Viral di Twitter – Mengenai Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras.
Bila ada seorang pengguna twitter memuat naik gambar Tepung Pelita Paya Jaras yang beliau bersusah payah ambil dengan harapan pemilik Tepung Pelita Paya Jaras hargai usaha beliau.
Bagi warga sekitar Sg Buluh, memang familiar sangat dengan Tepung Pelita Paya Jaras ini. Lebih-lebih lagi bila Ramadan tiba, banyak lokasi boleh anda temui tepung pelita ini.
- Tepung Pelita Paya Jaras – RM3.50 / 5 biji
Untuk pengetahuan anda, Tepung Pelita Paya Jaras telah bertapak sejak tahun 1999.
Eh? Dekat sebelah tue…. Bukan gerai Roti Jala Mr. OS (pelakon & pelawak popular)? Jeng jeng jeng… Apasal dorang buka dekat sini?
Memang betul la ini Roti Jala Mr. OS. Peniagaan anak beranak sejak tahun 2014 kepada arwah Mr. OS yang pernah dinorbatkan sebagai pelakon popular sekitar tahun 90an dan juara Maharaja Lawak Mega yang pertama.
Pelik juga, tertiba niaga dekat sini.
Tak sangka pula, yang jaga kedai ini anak perempuan kepada arwah Mr. OS yang juga merupakan kenalan Bro di dunia blog.
Dia berniaga bersama suaminya.
Keluarga suaminya memang duduk berdekatan Bandar Tasik Puteri ini (Tak sangka ramai kenalan Bro mesti ada sedara or keluarga yang tinggal di sini).
So, ini tahun pertama mereka cuba berniaga di sini. Selalunya mereka hanya fokus pada satu gerai sahaja di Gombak.
Selain kuih jala, turut terdapat aneka kuih lain turut dijual disini pada harga RM2.
Alhamdulillah, Bro nampak ada ramai juga yang singgah ke gerai mereka ini. Moga dipermurahkan rezeki mereka berniaga di sini.
- Roti Jala Mr. OS – RM2.50 / 5 biji + Kari Ayam
Untuk tempahan, anda boleh hubungi 011-11838980 (call/WhatsApp)
Laksa Sarang merupakan antara menu fav Bro sejak kebelakangan ini.
Dekat dataran Bandar Tasik Puteri, mereka selalu berniaga setiap pagi & boleh dikatakan setiap minggu Bro singgah untuk menikmati Laksa Sarang mereka.
- Laksa Telur Sarang – RM4.50
Memang sedap Laksa Sarang dorang, murah pula tue (Gambar diambil sebelum puasa tempoh hari). Nampak menyelerakan bukan.
Asik sebut pasal makanan je dari tadi.
Ok, kita sembang pula pasal minuman. Boleh dikatakan ada banyak gerai yang menjual minum dibuka di bazar ini. Kena pandai pilih mana yang sesuai dengan tekak anda.
Jika anda bijak, pasti akan bertemu dengan pakej hidangan bersama dengan air PERCUMA. Bro dah kena pada hari pertama tempoh hari. Lepas terbeli dekat gerai dorang, terus kena balik rumah sebab kiri kanan tangan dah penuh.
Kedondong Asam Boi & Air Kelapa Laut Man Java
Tiap kali Ramadan, memang Bro akan singgah ke gerai Abang Man Java nie dek kerana air Kedondong Asam Boi dia yang kaw kaw rasanya.
Time bukan bulan puasa, memang selalu selit order dengan dorang setiap kali dorang packing untuk diserahkan kepada ejen mereka sekitar Kuala Lumpur & Selangor.
Rata-rata pasar Ramadan area KL pasti ada gerai ejennya disana.
Kalau google pasal “Air Kedondong Man Java”, banyak review positif dipamerkan. Selain Air Kedondong & Kelapa Laut, turut terdapat Durian Belanda, Teh Bunga, Kelapa Lemon, Kelapa Muda, Tembikai & Oren Sunquick.
- Air Man Java – RM3.00
Pemilik peniagaan Man Java & pekerja mereka.
Kalau korang berkenan nak rasa air dorang nie (time bukan bulan puasa) – terutamanya Air Kedondong Asam Boi & Air Kelapa Laut, korang boleh whatsapp / call – 012 5854998 / 012 5844736 atau email kepada skabdy@yahoo.com.
Ok, itu sahaja yang dapat Bro kongsikan kali ini. Jika ada gerai yang menarik lagi, Bro akan selit dalam artikel ini.
Selamat berpuasa ;)
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Waahh… Lihat postingan ini Abby jadi rindu mau makan nasi beriani. Abby pernah makan di bazaar masjid India tuh juga pernah sholat taraweh di mesjid besar kuala lumpur di kasi makan nasi beriani. Maknyuuss deh. Best lah
amboi sampai laku keras Nasi beriani Gham ni.Nasib Bro sempat beli. Ika kena try la ni. Dah la Ika peminat nasi Beriani oit.
suker nasi beriani ayam yang tanam-tanam ni lah, rasanya sangat authentic sekali. wah banyak jugak pilihan makanan di bazaar rawang ni ek
Sedapnyaaaaa beriyani gam ni..
Lama dah xmkn…
Lain skit dari beriyani kt penang ni…
Rindunya nk mkan
Nampak sedap2 je apa yang bro letak sini. Laksa bersarang tu macamana lah rupanya yek?. Oh anak Mr Os berniaga kat sini ye?…..hmmm kalau nak singgah pasar sini memang jauh sikit la dari rumah. Memang kena bawa duit lebih la nak beli kuih muih, lauk pauk kat sini.
Kebanyakan lokasi bazar banyak dah mahal-mahal dan merepek sangat harga dia. Nasib baik kat sini harga makanan dia not bad lagi.
okla harga makanan kat sana kira berpatutan..takdelah mahal cekik darah..hhuhu..nampak sedap dan meriah nasi beriani gham tu..patut la laku keras..
Sedap tu nasi beriani. Menu menu lain pun menarik tu. Yang paling menarik perhatian Laksa Telur Bersarang tu. Teringin pulak nak try
tak pernah rasa nasi beriani gham ni..nampak sedap makanan ni..tapi jauh sangat nak pergi sini, tengok kepada harga makaan ni nampak murah berbanding dekt area kl ni..huhu
Allahu Bro, sedapnyaaaa nampak Nasi Briyani tuu! Banyak pulak tu satu bekas tu isinya dia bagi kan, nak-nak pulak bekas chef yang masakkan, aduh mesti sedap gilaaa! Then tengok pulak kuih muih etc tu dengan harga yang murah-murah pulak tu, alaa ni yang rasa nak pergi Johor sana terus nii adududuu ??
tepung pelita alaaa fav akk tu. Nasi beriani tu nampak sedap sangat. lama tak merasa nasi beriani….teringin nak masak pulak hahahah…seronok tengok makanan kat param ni..
Fuyoooooooooooo, daging hitam tu…favourite…mesti rasa dia pun sesedap nasi beriani tu kan… Puncak alam punya bazar pun onie tak habis tawaf lagi ni,ekekekekekekkek
Kenapa nama Tanam tu hehehe kita masih tak tahu kenapa wakakaka. Tapi sekarang ni harga makanan kat PARAM mana-mana memang melampau tak tahu kenap tiba2 naik tengok harga kuih sahaja dah tahu..
Waduhhh bro..tergugat jiwa tengok bryani gam tu bro..sedapnya..bila bro nak belanja n bawak ke KL ni bro..dah ngidam dah ni..hahaha
Terliur nampak nasi beriani gham tu.. rajin nye Bro ke Bazar Ramadhan, Buat masa ni Bonde tak sempat nak ke Bazar lagi he he he.. Nampak banyak pilihan makanan dan sedap-sedap belaka!
Tepung Pelita Paya Jaras memang kegemaran Rawlins setiap ramadan. Bro cerita pasal Nasi Beriani tapi Rawlins terlihat plak tepung pelita itu. Sedap yang amat kan.
Saya belum berpeluang ke bazaar ramadhan lagi tahun nie. Rasa rindu suasana pergi ke bazaar. nampak menarik betul yer jualan di bazar bandar tasik puteri rawang nie. kalaulah dekat dgn tempat saya, mmg sy nak terjah nasi beriyani gham tu. resepi yg sangat special, rasa terliur teringin nak cuba
Semua nampak sedap bro. Tapi saya nak tanya boleh? Kenapa dipanggil Nasi Beriani Gham (Tanam) tuh? Maksud saya Tanam tuh stand for?
Yang Tanam tu sebab dia ayam tu tanam dlm nasi ke camne? Apapun Beryani Gam Johor ni mmg special. Saya masa duduk Segamat 5 tahun, mmg layan beriyani ni la time Ramadan. Lazat bang oi!
BERIANI GHAM (tanam)-Lauk ayam/daging/kambing d masak dlm nasi @ d timbus dlm Ns Beriani
AROSES KATERING
0162857425
**************
Aroses Katering menyediakan Pakage2 Lengkap, Pakage Bajet Perkhawinan dan pakage2 utk semua jenis majlis/kenduri kendara.Menerima seminimum 30pax keatas..Hubungi kami utk Pakage2 Murah n menarik.ANDA PASTI TDK AKAN D KECEWAKAN..?? keterangan lanjut hubungi kami.
Call/whttp://www.wasap.my/60162857425
I see. Tanam semua dl nasi. Gitu. Paham2
Tak pernah cuba nasi Beriani Gam lagi. Kalau pergi bazar ramadan semuanya nampak sedap. Rasa nak beli semua. Pastu balik rumah makan tak habis. hehhe selalu macam tu.
wah nampak sedap, kalau berkesempatan dapat merasa, bro tinggal di rawang, bandar tasik ker? nanti boleh TT :)