Berita baik kaki travel yang pentingkan penjimatan untuk merasai percutian yang berbaloi dari segi pengalaman & kewangan.
ShopBack kini sedang mencari Chief Travel Officer terbaru untuk terlibat sama dalam menjayakan kempen yang akan mereka anjurkan yang turut mendapat sokongan dari pihak Tourism Malaysia.
Lebih menarik lagi, jika anda berjaya menjadi Chief Travel Officer, anda akan menerima ‘gaji’ sejumlah RM15,000 untuk anda gunakan sepanjang anda melancong.
Kempen ShopBack Malaysia’s Chief Travel Officer (CTO) menawarkan RM15,000 untuk mereka yang gemar melancong untuk membuat 3 trip percutian dalam Malaysia dan kongsikan pengalaman dalam bentuk video bagaimana mereka bijak merancang percutian ini.
Chief Travel Officer sebelum ini telah memperkenalkan kepada kita beberapa lokasi yang kurang mendapat hebahan dikalangan pelancong yakni Kudat, melalui trip beliau ke Kepulauan Borneo yakni Sabah.
Dalam masa yang sama beliau kongsikan bagaimana caranya beliau berjimat cermat dengan membuat tempahan dengan ShopBack melalui Video Live.
Jom tengok beberapa video yang pernah beliau kongsikan sepanjang menjadi Chief Travel Officer.
Untuk pengetahuan anda, ShopBack merupakan laman web ‘pulangan wang’ @ cashback yang berkerjasama dengan beberapa laman perkhidmatan pelancongan yang meliputan penerbangan, bas, pengangkutan, penginapan dan servis pelancongan yang menawarkan pulangan wang keatas diskaun yang ditawarkan oleh peniaga.
Antaranya Malaysia Airlines, easybook, Expedia, Booking.com, Traveloka, Hotels.com, Adventoro, KLOOK, Grab dan banyak lagi.
Chief Travel Officer akan diberikan dana melancong berjumlah RM15,000 untuk merancang 3 percutian dalam Malaysia
Mereka dikehendaki untuk tunjukan cara mereka merancang pelancong, rakamkan dan kongsi pengalaman melancong kepada orang ramai.
Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan orang muda untuk melancong secara bijak dan hargai keindahan yang terdapat dalam negara kita, yakni Malaysia.
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang suka berjimat ketika melancong, aktif di laman media sosial dan sudi jelajah lokasi yang kurang dikenali.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 April 2018, pukul 6 petang. Mereka yang terpilih akan diumumkan pada 18 April 2018.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempan Chief Travel Officer ini, anda boleh layari https://goo.gl/Vzx8Q7
Wah menariknya
Try la apply, mana tau dapat ke kan ;)
wah bestnya..tapi memang tak dapat la nak apply dengan anak kecik baru 2 bulan..hahha..bro x try apply ke?
Waa bestnyaa ni bro, berminat laa nak try tapi macam belum sesuai lagi pulak sebab ada anak kecik ni hehe..Ke boleh je join bwk family ea dengan Rm15k yg dia bagi tu? hahaha tu pon kalau terpilih ye tak ??
Wow! bagus info ni. Dpt melawat dan meneroka keindahan negaraku Malaysia. Sebenar mmg banyak tempat menarik di Malaysia ni. Tak sabor nak tengok semua video Shopback Chief Travel Officer ni!
Menarik ni! You guys yang masih solo senang bergerak tu ambillah peluang sure best ni :) Melancong dapat, pocket money pun dapat kan.
Selama ni selalu dengar pasal ShopBack, now baru tau function dia. Tq for info exposure bro
Seronoknya kalau dapat melancong duit pun banyak juga dia bagi
Best ni kalau menang
Wah menarikkan?Dah lama baca tentang ni..Bro jointx
Seronoknya kalo dpt job ni..kalo 15k tu mmg best lah melancong kt Malaysia..byk tempat menarik boleh discover…
Chief travel macam menarik tawaran ni hehehehe ada peluang nak jelajah dan jalan-jalan serata dunia boleh tak…
menarik ni. terutamanya kepada mereka yang mmg kaki melancong. dan jenis suka kongskikan didalam sosial media…
Interesting… This is a great opportunity for all travellers who love to travel while earning… I wanna join also..
Uih, kalau macam ni Yani pun teringin nak cuba, Mana tahu rezeki dapat kan.
Menariknya kempen ni. Jadi chief travel dan dapat RM15000 untuk melancong. Best tu. Siapa nak bagi kan… Kaki travel tu memang kena join kempen ni, teringin jugak nak join kalau ada rezeki
Wow. Menarik sangat. Rm15k tu. Ala lagi travel blogger. Boleh apply ni. Ini macam baru hebat.. mommy ada anak-anak susah nak travel ni..
Banyak tuh ganjanran yang Shopback bagi kepada Chief Travel Officer. Kalau anak anak dah besar boleh juga apply tapi anak anak kecil lagi. Kalau boleh bawa anak anak dan suami sekali seronoklah. Tapi bahuslah shopback buat program macam ni beri peluang kepada kita secara khusunya mengenali tempat tempat menarik di Malaysia yang jarang orang kita kunjungi
Good luck kepada yang join. Disarankan biar lah mereka yang bujang tiada komitmen utk anak-anak dan Isteri / suami je yang join. Sebab mereka banyak masa dan lebih energi. Kesihatan pun tip top utk join. Best gilaaaa
menarik pencarian chief travel officer . hihi uzu yg suka travel ni pon rasa teruja nak try. mana nak cari kan heheh . 15000 tu wuuuuuuu nak jejalan puas puas hehehe
Bagus kempen ini! This can motivate the young generation to use their time and money wisely instead of just lepak, buy things that they might not need.