Selamat ulang tahun ke-20 Bro ucapkan buat The Chicken Rice Shop – salah satu restoran nasi ayam kegemaran Bro sekeluarga.
Sempena ulang tahun mereka yang ke-20 ini, The Chicken Rice Shop akan menghidangkan set makanan Ayam Untuk Semua yang eksklusif, pada harga RM20 untuk tiga orang.
Bagaimanapun, ianya terhad 20,000 set pertama sahaja bermula dari 18 Jun 2020 disemua cawangan The Chicken Rice Shop kecuali Genting Highlands Premium Outlets dan KLIA2.
Tak sangka hari pertama, ramai juga yang datang untuk menikmati set makanan Ayam Untuk Semua ini. Ada yang datang bersama keluarga dan ada juga yang datang dengan rakan sekerja selepas habis waktu kerja.
Bro berkesempatan untuk menikmati hidangan ini di The Chicken Rice Shop berdekatan dengan rumah.
Rasa berbaloi sangat bila dapat meraikan ulang tahun mereka yang ke-20 dengan menikmati set makanan Ayam Untuk Semua pada harga RM20 sahaja. Terasa berbaloi sangat, terutama bila selama ini menikmati hidangan yang disajikan di The Chicken Rice Shop.
Ayam Untuk Semua di The Chicken Rice Shop
Menu Ayam Untuk Semua ini didatangkan bersama :-
- 1/4 ayam (Roast/Steamed/Soy Sauce)
- Single Serve Chicken (Roast/Steamed/Soy Sauce)
- Ipoh Bean Sprouts (L) atau Pak Choy dengan Oyster Sauce (L)
- 3x 12oz Soft drinks
- 3x Bowls of Chicken Rice
- 3x Soup of the Day
Solf drinks boleh diupgrade kepada air lain (tapi kena tambah $$ sikit) & jangan lupa untuk add-on menu tambahan. Macam Bro, memang akan order Nyonya Pai Tee sebab ia kegemaran Puan Isteri dan juga anak-anak.
Untuk pengetahuan korang,
The Chicken Rice Shop juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 dari setiap pembelian hidangan ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua.
Program ini bertujuan untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati hidangan istimewa ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook The Chicken Rice Shop.
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Best nih