Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur menyediakan hidangan yang mampu membawa kembali citarasa kampung berasaskan resepi ibu dari chef-chef mereka.
Yang pasti, hidangan yang enak ini merupakan kegemaran orang ramai.
Hidangan ini mampu mengembalikan kenangan ketika dibulan Ramadhan dimana ibu kita dulu menyediakan juadah berbuka istimewa dengan penuh kasih sayang.
Maka “Dari Dapur Ummi”, chef-chef pakar akan menghidangkan hidangan bukan sahaja tradisional bahkan digemari oleh orang ramai.
Tetapi setiap hidangan mempunyai kandungan istimewa dan resepi itu sendiri diajar sendiri oleh ibu mereka sendiri kepada mereka.
Menu Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Hidangan yang Bro nikmati.
Alhamdulillah, nikmatnya tidak terkata. Rakan yang duduk sebelah terkejut bila dapati Bro senyap dan menikmati keenakannya hidangan ini.
Mungkin teringat pada masakan ibu kot.
Gulai tempoyak ikan patin tetap menjadi pilihan Bro sewaktu berada disini.
Desert di Dari Dapur Ummi
Memang menarik desert yang disediakan disini.
Antaranya Sira Pisang, Pandan Kuih Lapos, Kurma Pudding Gula Hangus, Ubi Kayu Rebus yang dihidangkan bersama sambal ikan bilis sambil ditemani minuman kegemaran ramai setiap masa – teh tarik.
*** Sedang dikemaskinikan ***
Harga Buffet Ramadhan 2015 – Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Buffet di “Dari Dapur Ummi”, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dibuka setiap hari pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam bermula 22 June hingga 16 July 2015.
Harga RM138 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun pula pada harga RM69.
Sekiranya anda datang dalam kumpulan 10 orang, maka akan dapat percuma 1 orang. Pada kaum ibu yang berumur 60 tahun dan keatas pula, akan menikmati diskaun 50% dari harga sebenar.
25 % diskaun untuk pengguna kad kredit CIMB, AmBank, Hong Leong Bank, RHB, BSN dan Public Bank. Manakala bagi pemegang kad kredit Maybank boleh menikmati penjimatan premium 33% dari harga sebenar.
Bagi mereka yang ingin menganjurkan “Buka Puasa” gathering disini, pihak hotel menyediakan menu untuk anda pilih bermula dengan Muhibbah Set Dinner pada harga RM1088 untuk 11 orang dimana percuma untuk seorang. Atau boleh pilih Mini Buffet Dinner pada hara RM98 seorang. Minimum tempahan hanya untuk 20 orang.
Untuk temmpahan, adan boleh hubungi Noorita / Mardalinna di Coffee House, Sunway Putra Hotel di talian +603 4040 9888 atau email ke dinesph@sunwayhotels.com
Untuk private functions, anda boleh hubungi Nurul Huda Azmi, Director of Sales 7 Catering di talian +603 4040 9888 atau email ke salessph@sunwayhotels.com
Selain menu berbuka puasa,
Turut disediakan menu bersahur dari pukul 4 pagi hingga masuk waktu Imsak pada harag RM52 seorang.
Assalammualaikum… bro.
peh…. guali tempoyak ikan patin… terbaik nie. Memang sungguh menyelerakan….yummm3.. ekkk.. kenyang . Alhamdulillah…
mselim3
Assalamualaikum.
Wah memang nampak menarik semua hidangan tersebut.
Bercakap pasal ikan patin, saya suka ikan patin masak tomyam. Pun sedap.
artikelnya sangat bermanfaat untuk saya baca. Terima Kasih Gan atas informasinya…!! ^_^