Siapa kata, jika anda nak dapatkan teh terbaik dan berkualiti, anda perlu pergi ke Cameron Highland?
Rasanya tak perlu jika anda hanya peminat teh. Dan bukannya seorang yang suka berjalan sambil melancong di sana. Menikmati kehijauan ladang teh sambil menghirup secawan teh.
Bagaimana jika bro katakana disini bahawa anda tidak perlu naik ke Cameron Highland dimana anda boleh menikmati tehnya di Bangsar.
Kenapa Bangsar?
Kerana di Bangsar terletaknya Cameron Valley dimana mereka menyediakan teh yang mereka proses sendiri untuk dihidangkan kepada anda.
Disini anda boleh melihat berbagai jenis teh yang mereka hasilkan bagi anda yang merupakan peminat teh.
Rasa untuk setiap teh yang dihidangkan juga berbeza.
Selain teh, terdapat beberapa hidangan yang sesuai dimakan bersama teh kegemaran anda.
Tetapi, itu bukan menu utama di sini.
Kalau anda rasa ingin breakfast atau launch di sini. Meh bro cadangkan menu terbaik untuk anda?
Peringatan : Menu ini bukan menu yang dicadangkan oleh kedai ini. Ini merupakan salah satu menu yang bro order dan bro rasa sesuai untuk dikongsikan dengan anda semua.
Scrambled Eggs
Dimana anda boleh memilih topping yang sesuai untuk anda.
Sesuai untuk breakfast.
Wild Mushroom Doughnut Sandwich.
Ini Doughnut, bukan Burger.
Marinated Salmon Fillet with Green Pea Mash & Grilled Capsicum
Garlic Flake Seafood Salad
Jika anda rasa ianya masih belum memenuhi selera anda.
Jangan risau, menu tetap disediakan untuk anda. Anda boleh pilih mana yang berkenan dengan selera anda.
Lama juga bro selak menu,
Banyak yang menarik perhatian dan selera Bro.
Beginilah suasana dalam premis mereka. Menarik bukan?
If nak dating atau makan berdua bro memang sarankan anda datang ke sini.
Tetapi ini masih belum menarik perhatian bro,
Yang betul-betul menarik perhatian bro adalah……
Ops….!!! Bukan si gadis itu.
Tetapi gelas yang mereka gunakan untuk menghidang teh yang sejuk.
Comelnya bentuknya.
Sekiranya anda ingin datang dan merasai sendiri hidangan dan juga teh dari Cameron Valley. Anda boleh datang ke alamat ini.
CAMERON VALLEY TEA CAFE
NO. 28, JALAN TELAWI 5
BANGSAR BARU, KL
TEL: 03-2202 2155Waktu Operasi : 10AM – 10PM
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman facebook mereka di http://www.facebook.com/CameronValley/info
Bicara Bro : Ada plan macam nak pergi Cameron Highland tahun ini.
Kot-kot ada sesiapa nak bawa bro ke sana :) Nak perkena teh sambil menikmati pemandangan disana.
Ini mesti serbuk teh yang terpilih dan bermutu tinggi sahaja.
Yup, dan dihasilkan sendiri.
Kalau tak percaya, pergi ke bahagian belakang kedai
ermm baru bukak ke kedai nie.. x pernah nampak pun sebelum nie
Bro pun tak pasti.
Bila last mu lalu sana ek?
bukak November lepas – memang sedap hidangan mereka – pelbagai jenis teh dihidangkan, dan laman FB mereka cukup aktif dengan promosi-promosi menarik. jadi fan memang berbaloi – ada FB fan deals dan macam macam
nampak ekslusif……cam mahal je makann dia
Makanan dia tak mahal sangat.
Ada beberapa menu harganya bawah Rm10
ada tak yg RM0? :D
wahahahha
wahhh, style gila gelas tu.. comel
Itu yang betul-betul menarik perhatian bro
memang menarik lah…latar belakang gambar gelas bentuk kasut tu..cun..
Amboi.
Gambar latar belakang yang dipujinya.
Dia memang cun. Blogger juga :)
sampai hati bro letak gmbr mknan best kt sini..tgh pose nie..huhu.tak sabar tunggu travel blog 3 tempat menarik air asia bro 6t…yes!!!
gi kt BOH gak sedap..biasa-biasa je aku rasa Cameron Valley ni..:D
Kalau kat sabah ni ada dua tempat yg wajib pegi..satu ladang teh yg menghasilkan prosuk Sabah tea dan satu lagi kilang kopi di Tenom..:)
fulamakkkk…teh yg hanya de kat cmeron dh mai cni dh..
1st time dgr..
perhh..macam makan tengahhari pun ade..hehe