Sempena cuti persekolahan yang telah bermula, ramai pengunjung berkumpul meluangkan masa di Genting Highlands bersama keluarga.
Menariknya, semalam di Time Square of SkyAvenue, Genting Highlands ramai berkumpul untuk menyaksikan pelancaran edisi Hari Natal yang istimewa pada tahun ini.
Di mana mereka sekeluarga termasuk anak-anak teruja untuk menyaksikan persembahan dan penampilan istimewa watak dari komik Peanuts, karya dari Charles M. Schulz—first yang terkenal sekitar tahun 1950.
Mereka adalah Snoopy dan Charlie Brown. Turut sama Santa Claus dan kawan-kawan.
Kehadiran mereka disini sebagai kemuncak bagi Tour the World with Snoopy yang telah bermula 1 November 2017 hingga 1 Januari 2018.
BACA : Tour The World Snoopy Di Resorts World Genting Highlands.
Jangan lupa untuk bergambar dengan patung Snoopy terbesar dengan ketinggian 6 meter sebagai kemuncak kemeriahan Tour The World With Snoopy di Genting Highlands.
Turut terdapat 52 patung Snoopy boleh anda temui sekitar SkyAvenue untuk pengunjung mengambil gambar dan memuat naik kelaman sosial.
Tidak lupa juga, sesi beramah mesra bersama Snoopy dan Charlie Brown.
Persembahan SkySymphony Yang Memukau Pengunjung SkyAvenue Genting Highlands
Terdapat juga persembahan Genting SkySymphony bertaraf dunia dengan bertemakan Hari Natal (Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show) mengelilingi pokok krismas sesuai sangat bagi mereka yang ingin menyambut perayaan ini di Genting Highlands pada hujung tahun ini.
Ini merupakan satu idea yang kreatif dari pihak Resort World Genting untuk menarik lebih ramai pengunjung setiap tahun menyambut perayaan Hari Natal di sini.
Persembahan ini akan berlangsung setiap hari (ikut masa yang ditetapkan) dimana muzik sekeliling dihentikan dan lampu menjadi malap sebagai tanda ianya akan bermula.
Penari Krismas mula berada di kedudukan mengelilingi pentas bulat di Time Square sebelum pertunjukan bermula. 13 patung Snoopy juga berdiri di atas pentas untuk menyerikan lagi persembahan ini.
Berlatar belakangkan skrin LED setinggi empat tingkat tinggi menjadikan persembahan ini nampak hidup dimana mampu menarik pengunjung datang dan melihat kreativiti serta kepintaran teknikal yang dipamerkan.
Terdapat juga 1,001 mentol lampu yang sentiasa bergerak dan bertukar warna pada masa yang sama selari dengan muzik bagi menggambarkan cerita yang ingin disampaikan.
Persembahan berdurasi 5 minit ini berakhir dengan kemunculan pokok krismas setinggi 20 kaki di atas pentas, pasti mengejutkan pengunjung yang hadir.
Kemudian, ia diikuti oleh persembahan dari Santa Claus, Snoopy, Charlie Brown, Reindeer dan Elvas bersama Krismas Carol mendendangkan lagu krismas dengan persembahan tarian untuk menghiburkan pengunjung.
Dari 1 hingga 31 Disember 2017, selain Genting Spectacular SkySymphony Christmas Show yang berlangsung setiap 2 jam, terdapat juga 3 persembahan disertakan yakni The Forest, Urban Symphony dan The Goodess setiap jam dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Alang-alang anda sudah berada di Genting Highlands, jangan terlepas pula menonton Teater The Monkey King yang penuh dengan aksi akrobatik bertaraf antarabangsa bersama kesan khas 3D.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Hari Natal di Resorts World Genting dengan melayari www.rwgenting.com
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Meriahnya sambutan Hari Natal kat Genting World Resort ni kan. Sesuai sangat-sangat kalau suggest kat kawan-kawan yang beragama Kristian tu. Mesti bermakna sambutan perayaan mereka kali ini dengan adanya patung Snoopy tu kan…
Dah lama tak tenogk kartun snoppy. Last masa kecik kecik dulu sangat. Nak imbau memori masa kecik kecik boleh lah nak pergi sementara ada ni
Tertarik dengan Sky Symphony tu. Mesti best saksikan persembahan tersebut yang bertaraf bintang sebab di Genting kan.
Wahhh persembahan bertaraf dunia tu. Siap ada suprise element lg tu. Kalau yg tak tahu mesti tertanya knp muzik dan lampu senyap tetiba.
Ada masa lagi nk ke sana ni. Lama sungguh tak ke GH. Boleh plan ni.
Aw teruja ada Snoopy. Kalau pergi nak melekat dengan Snoopy je nanti hahaha
Makin menarik dah Genting Highland sekarang ni, pasni bila dah siap taman teman mesti bersesak orang kat atas sana nanti
Sky Symphony tu sumpah macam best! mesti jadi ralit je kalau tengok lelama.
Menarik sekali deco nak raya crismas… Siap ada Snoopy ! comel jer tengok
Menariknya kat genting ni. Dah lama tak jejak kaki kesana.
Menariknya kat genting ni. Dah lama tak jejak kaki kesana. Nanti new year nak kesana lah bersama famili
Nanti new year nak kesana lah bersama famili tengok deko deko kat sana
It seems a long time did not go Genting. Next week will go and see snoopy.
Lama x pergi genting. Dulu masa pergi under construction lg theme park die. Dan x byk aktiviti dalam indoor mall tu. Next trip boleh plan ni
Tak pernah pergi genting sebab tak de teman yang suka pergi sana. dah la kita sukatengok kartoon snoopy masa kecil dulu.
wah! ada snoopy lah.. untunglah bro asyik turun naik genting je huhu
lama tak pergi genting haishh..macam-macam acara sekarang ni erk
comelnya snoopy~~~ suitable for family to bring kids to go during school holiday.
Untung anak anak Bro sbb bapa mrk rajin bawa jalan jalan masa cuti sekolah ni… pg Genting Highland lg.., sejuk perut bapa “mengandung” hihi
snoopy the legend