November 3, 2024

Ramai Pemandu Jadi ‘Mangsa’ Di Hari Pertama Rawang Bypass Dibuka

Projek Rawang Bypass
Kali pertama menggunakan jalan pintas Rawang atau Rawang Bypass yang dibuka kepada umum hari ini (Rabu 29 Nov 2017).

Memang sedikit teruja, bila jadi yang terawal menggunakannya.

Dalam masa yang sama ada perasaan sedikit stress sebab tak sengaja termasuk ke Rawang Bypass akibat tersalah lorong ketika memandu dari Selayang menghala ke Rawang.

Rupanya,

Bukan Bro sorang sahaja yang mengalami nasib sedemikian. Ramai juga rupanya, ada kereta dan lori terpaksa menggunakan lorong kecemasan untuk reverse untuk kembali ke laluan yang ingin mereka lalu.

Bro pula? Terpaksa teruskan pemanduan tanpa sempat mengambil gambar pengalaman pertama ini he…23x

Laluan Rawang Bypass Kini Dibuka

Ada nampak juga kenderaan yang berhenti di puncak Rawang Bypass semata-mata untuk mengambil gambar pemandangan yang memukau, lebih lagi ketika hujan telah berhenti.

Memang cantik..

Cuma Bro sendiri terpaksa memandu dalam keadaan pelahan, dek kerana kecurungannya lebih kurang 7% dan had kelajuan disarankan 80km/j. Lagipun baru lepas hujan.

Bagi mereka yang terlajak memasuki Rawang Bypass terutama jika destinasi tujuan anda adalah Pekan Rawang. Jangan cuak, anda hanya perlu teruskan pemanduan lebih kurang 7Km sehingga sampai ke susur keluar Sg Choh. Kemudian, ambil arah ke Pekan Rawang.

Kalau terlepas simpang ini? Anda boleh teruskan pemanduan menuju ke Serendah (Tak pasti ada susur keluar atau tidak selepas itu, sebab belum pernah terlajak ke sana).

Ok, itu sahaja luahan dari Bro selaku antara “mangsa terawal” Rawang Bypass.

Bro ada terbaca status di laman facebook. Rupanya ramai juga kenalan yang termasuk ke Rawang Bypass dek kekeliruan signboard lebih-lebih lagi kedudukan lorong masuknya betul-betul diselekoh turun bukit dari Selayang menghala ke Pekan Rawang.

Bagi mereka yang menggunakan lorong tengah, pasti anda bakal menjadi mangsa yang seterusnya.

Projek Rawang Bypass Kini Dibuka Kepada Umum

Highway Rawang Bypass
Untuk pengetahuan korang, projek laluan baharu jalan pintas Rawang atau Rawang Bypass kini telah dibuka kepada awam bermula Rabu (29 Nov 2017).

Ia merupakan laluan alternatif sepanjang 23 kilometer yang mampu memberi manfaat kepada pengguna, khususnya penduduk bandar Rawang dan Serendah yang terpaksa berdepan kesesakan jalan raya untuk ke bandaraya Kuala Lumpur.

Dengan adanya projek pembinaan yang menelan belanja sebanyak RM630 juta ini, secara tidak langsung ia memendekkan masa pemanduan dan mengurangkan kesesakan yang sentiasa berlaku di Pekan Rawang ketika tibanya waktu puncak.

Projek yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini bertujuan untuk memajukan jaringan jalan raya ke bandaraya Kuala Lumpur tanpa melalui bandar Rawang dan mampu mengurangkan tempoh perjalanan selama dua jam sebelum ini kepada hanya 30 minit.

Lebuhraya Rawang Bypass

Highway Rawang Bypass

Menarik mengenai pembinaan lebuh raya ini, ia turut memiliki jejambat berbengkang-bengkok yang dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS). Kaedah MSS ini yang pertama digunakan dalam pembinaan lebuhraya di negara Malaysia.

Kaedah ini menggunakan teknik geogrid, hand dug cassio dan precast interlocking slab untuk perlindungan sungai serta perangkap lodak bagi mengawal kelodak pasir daripada mema­suki sungai yang dapat membantu mengekalkan keadaan alam sekitar.

Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kemusnahan Hutan Lipur Komenwel.

Highway Rawang Bypass

Highway Rawang Bypass

Pembinaan jalan ekspres ini yang dikatakan paling kompleks memiliki struktur jajaran dengan ketinggian 58.2 meter dari aras bumi sekaligus menjadikan ia jambatan tertinggi di Malaysia.

Gayat pula bila tengok ke bawah walaupun hanya pada gambar.

7 Fakta Menarik Mengenai Rawang Bypass

Highway Rawang Bypass
Di sini, Bro ingin kongsikan 7 fakta menarik mengenai Rawang Bypass yang perlu anda tahu :-

  1. Projek Termahal – Projek yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dengan kos pembinaan sebanyak RM630 juta.
  2. Tiada Tol Dikenakan – Pelik bukan?
  3. Jambatan Tertinggi Di Malaysia – Mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah menjadikan ia mercu tanda Rawang.
  4. Laluan Dikelilingi Hutan Semulajadi – Pembinaan menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) berjaya mengurangkan kemusnahan Hutan Lipur Komenwel dari 65 hektar kepada 24 hektar.
  5. Kawasan Rezab Hutan Terpelihara – kawasan Hutan Simpan Kanching yang kaya dengan flora dan fauna dan sukar ditemui ditempat lain.
  6. Perjalanan Lebih Singkat – Perjalanan dari Serendah ke Kuala Lumpur yang mengambil masa hampir 2 jam (waktu puncak) menjadi lebih singkat.
  7. Laluan Tergantung – Terdapat laluan struktur bertingkat sepanjang 2.7km yang tidak menyentuh permukaan tanah disekitar banjaran.


Ok, itu sahaja yang dapat Bro kongsikan kali ini.

Diharap dilain masa, Bro tak jadi “mangsa” Rawang Bypass kecuali kalau Bro nak menghala ke Serendah terus ;)

Kredit Gambar : Google & Facebook JKR.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Ramai Pemandu Jadi ‘Mangsa’ Di Hari Pertama Rawang Bypass Dibuka

  1. Gayatnya tengok tinggi2 tu. Tapi masa dalam pembinaan lagi asyik tertanya-tanya jalan apakah itu dan akhirnya dah terjawab persoalan. Memang senang la lepas ni. Nak lalu pekan rawang jem sokmo.

  2. “Tiada Tol Dikenakan – Pelik bukan?”

    Sarkastik gila weh! hahahaha…tapi Sally pun agak excited…hahaha…gila cantikk oii…padan la siap dapat nama “pembelah awan” ke menda words dia..

  3. akhirnya dah di buka.setiap kali lalu latar dr selayang mesti dok tgk je highway baru ni. tp agak bahaya pemandu yg stop by di bahu jalan. cuma mungkin baru lg so kenderaan tak berapa ramai lagi kan. nk cuba lah nanti lalu dekat sini.

  4. Giler laaaa. Tinggi betul. Seram plak nak naik atas tu. Hahaha. Simpang salah tu bukan takat Rawang Bypass je ada. DUKE yang baru ni pun ada banyak Lorong. Exit tah kemana. Kesian kat yang bawa motor. Tak sempat tukar arah. Sebab kereta laju. Hati-hati memandu bro

  5. ok je lalu sini…saya asal orang sini pun baru dua kali lalu sejak di buka..cume finishing yang tak cun..line kuning takde pada setiap susur keluar..jalan curam tkde line kuning..jalan turap bertampal2..pada yang nak lalu sebelah malam hati2..sebab tk ada pagar untuk menghalang binatang liar ( babi dan seangkatan dengannya) lalu masuk ke jalan tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *