Apa aktiviti hujung minggu anda bersama keluarga?
Hujung minggu baru ini, Bro sekeluarga berjalan di One Utama then terasa lapar. Lalu mengajak mereka makan tengahari di Delicious Café, One Utama.
Bro pernah pergi sebelum ini, maka kali ini cadang nak belanja Puan Isteri makan yang sedap di sini.
Baca : Menu & Suasana Di Delicious Café, One Utama Diberi Nafas Baru
Sebenarnya, ada banyak sebab juga Bro ajak mereka makan dekat sini.
Salah satunya adalah keselesaan buat kami sekeluarga dimana kami selalu memilih lokasi makan yang mesra keluarga.
Sambil menunggu order sampai, dapat juga diselitkan dengan sedikit aktiviti bersama anak-anak. Tengok mereka macam behave je, xbuat perangai… lagi.
Muchacho Nacho Platter – RM30 (Fav Bro)
Kali kedua datang kesini, Muchacho Nacho Platter tetap menjadi pilihan Bro dan beberapa pelangan yang datang ke sini.
Nacho dengan citarasa kemalaysiaan. Memang berbaloi untuk menikmatinya di sini.
Memang tak larat nak habiskan sorang-sorang. So boleh bawa balik, sekali dengan pencicah-pencicah yang ada. Sambung makan depan tv di rumah.
Dibs on the Beef Ribs – RM55 (Fav Bro)
Ini salah satu menu yang ingin Bro perkenalkan pada Puan Isteri, memang confirm dia terpikat punya.
Tulang rusuk daging lembu yang dimasak secara slow cook selama 5 jam bagi mengekalkan kelembapan dagingnya dan dihidangkan bersama kentang goreng ubi keledek, coleslaw, roti jagung, dan onion rings.
Memang salah satu hidangan premium
Aglio Olio Turkey Salami – RM30
Ini puan isteri yang order, nak rasa katanya dan macam biasa Bro yang tolong habiskan.
Anak pula ambil hidangan kids – Captain Fish & Chips (RM14). Minuman pula, kami ambil Choc, Milk They Shake! (RM15) 7 Asam and The Bois (RM8.90).
Lama juga kami lepak di sini. Hampir 2 jam dan anak pun selesa buat hal sendiri tak ganggu kami nak makan.
Ok la, sekali sekala belanja puan isteri makan. Apa salahnya ;)
Sekiranya anda teringin dan ingin datang ke Delicious Café anda boleh rujuk alamat dibawah ini.
Delicious Café
Lot G316, Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre (New Wing)
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: +603 7724 1086
Untuk maklumat lanjut lanjut dan terkini mengenai Delicious Cafe, anda boleh layari layari instagram thedeliciousgroup atau laman web www.thedeliciousgroup.com
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Wah , perkongsian yang menarik dan makanan yang menyelerakan .
Terima kasih… Ada plan nak repeat lagi dalam masa terdekat nie
bila tengok bro pergi Delicious, lupa nak tebus baucer hahahhaa. memang puas makan dekat Delicious ni . :D
Tebus la… kalau xnk… better bagi bro hahahha
Tak tahu pun ade cafe ni. Ni nak kena ronda OU pulak la, aglio olio turkey salami tu nampak sedap. Nanti boleh cuba.
Dulu nama dia lain, dah rebranding semula termasuk menunya juga
Makanan nampak menyelerakan dan juga mesra kanak-kanak. Memang menjadi pilihan bu bapa. Tq for sharing bro..:)
ayoooooooo, baca entri makanan memalam ni memang mengundang,hahaha…
Sis punya voucher entah mana2 pergi dah. Ingat nak repeat pergi tapi x jumpa2 pulak voucher tu..arghhh frust sungguh. Meleleh air lioq je lah tgok gambar2 kat atas ni
Bertuah puan isteri.. =)
Bro….sedapnya nampak bro!
Kita tak pernah makan lagi kt Delicious ni…
Rasa mcm ada satu kt Penang ni…
Tpi nnt la kita nk sruh laki kita belanja spagethi tu…
Nampak sedap sgt tuuu
tengok nama dah tau sedap hehe makanan makanan dia semua buat sha terliurlah.
Ingatkan Delicious Cafe tu yang restoran Simply Delicious rupanya lain. Sedapnya semua menu ko makan bro. Harga bleh tahan. Paling suka ada kertas aktiviti dan mewarna. Bleh duk diam anak-anak.
semoga bertambah rezeki bila selalu belanja isteri dan anak-anak tau..
beef ribs tu nampak sedapp!!!
Tak pernah makan dekat delicious lagi. Tapi makanan2 tu nampak delicious sangat ?
Wow! semua sedap sedap. Kelly juga suka ke Delicious Café esp kat Bangsar Village, very cozy place and food dia memang la delicious sekali.
Beef RIB tu nampak sedap… kira berbaloi dan murah lah tu makan macam2 di redtoren ekaklusif gitu…
The price of the food looks reasonable. Occasional, I will bring my children there to enjoy the food.