December 15, 2024

Koleksi Terbaru Botol Air Jenama BROS, Pilihan Kami Sekeluarga

Botol Air Jenama BROS
Peralihan monsun yang bermula pada penghujung bulan mac, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Ini menyebabkan beberapa lokasi di Malaysia terutamanya pantai barat semenanjung akan mengalami tiupan angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang rendah.

Keadaan cuaca yang lazim semasa tempoh itu ialah hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam.

Ini menyebabkan suhu akan meningkat naik sewaktu siang hari sebagai tanda bahawa hujan lebat akan turun pada sebelah petang atau awal malamnya.

Keadaan ini akan berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini.

Kekal Hidrasi Bersama Botol Air Jenama BROS

Botol Air Jenama BROS

Oleh itu, kita perlu peka dengan keadaan cuaca dan perlu banyak mengambil air minuman mencukupi supaya sentiasa terhidrasi setiap masa.

Lagipun, kita disarankan mengambil air minuman 8 cawan yang bersamaan dengan 2 liter dalam sehari.

Dalam keadaan cuaca seperti ini, kita lebih mudah jatuh sakit jika kurang mengambil air dan terdedah kepada penyakit yang mudah berjangkit (demam & selsema) lebih-lebih lagi dikalangan kanak-kanak.

Oleh itu, Bro mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan ahli keluarga mengambil air mencukupi setiap hari, siap sediakan botol air khas untuk setiap orang.

Dari Bro kepada Isteri & anak-anak, masing-masing mempunyai botol air tersendiri. Lebih-lebih lagi ianya botol air berjenama BROS yang sudah berada dipasaran Malaysia sejak tahun 2004 lagi.

Botol air BROS mempunyai rekaan estetik, sangat mudah dibawa dan boleh didapati dalam pelbagai saiz serta bentuk untuk pilihan dan tujuan penggunaan yang berbeza.

Botol Air Jenama BROS

Macam Bro, lebih suka botol air yang ringan, mudah dibawah & diminum ketika beriadah.

Ataupun ketika berada dirumah.. Tak beberapa minat minum air dalam cawan, sebab kadangkala Bro hanya minum seteguk dua. Kadangkala gelas air, bergantung pada keadaan Bro ketika itu.

Kalau tidur pula, sepanjang malam Bro akan minum sebotol air.

Botol Air Jenama BROSCiri-ciri sesuai dengan dengan Bro terdapat pada botol air BROS ini. Selain ianya ringan dan mudah dibawah. Ianya juga mudah diminum walaupun tengah berjalan mahupun ketika memandu.

Sedut sahaja.

Puan isteri pula, lebih menyukai botol air yang besar dan mampu memenuhi keperluan air yang dia patut ambil dalam sehari.

Botol air dari BROS ini menjadi peneman beliau di tempat kerja.

Bahkan, ia juga turut dibawa bersama setiap kali ke gym.

Yup, Puan Isteri sudah beberapa bulan mengikuti sesi latihan di gym dan ramai nampak ada sedikit perubahan pada diri beliau.

Wahhhh bagusnya Puan Isteri, memang betul-betul menjaga kesihatan diri. Begitu juga dengan keluarganya.

Beliau amat mementingkan pengambilan air masak (air jernih) buat kami seisi keluarga.

Lebih-lebih lagi si anak, masing-masing mempunyai botol air mereka tersendiri.

Botol Air Jenama BROS

Bagi si anak pula, mereka lebih menyukai botol air yang comel dan menarik. Ini membuat mereka teruja untuk menikmati minuman yang diminum menggunakan botol air tersebut.

Memang dari kecil, sentiasa biasakan mereka minum air masak.

Hanya perlu isi air masak ke dalam botol mereka, dan letak sahaja diatas meja. Pasti selepas penat bermain, mereka akan ambil botol tersebut dan minum.

Jika nampak mereka terlupa nak minum air (selalunya sebab ralik sangat bermain), Bro akan minta mereka minum dulu walaupun sedikit sebelum sambung bermain semula.

Walaupun botol mereka lebih kurang sama. Tiada masalah untuk mereka mengetahui mana satu botol mereka. Hanya berdasarkan corak sticker yang tertampal pada botol dorang.

Sticker Botol Air BROS

Untuk pengetahuan korang (terutamanya kanak-kanak @ perangai kanak-kanak ribena), BROS turut mempunyai sticker 3D yang menarik dan kalis air untuk ditampal pada botol air anda.

Ianya turut dijual bersama Produk BROS yang lain pada harga RM11.90, anda boleh lihat beberapa jenis Sticker BROS yang mampu menarik minat anda.

Dengan adanya sticker ini, memudahkan anda / anak anda membezakan botol air mereka dengan botol air rakan-rakan yang lain.

Dah la ianya menarik & hadir dalam kepelbagaian jenis dan corak.

Selain sticker, BROS juga turut menjual aksesori untuk dipadankan bersama produk-produk mereka yang ada dipasaran – Aksesori BROS.

Kenapa Kami Sekeluarga Menggunakan Botol Air BROS

Botol Air Jenama BROS

BROS hadir dengan pelbagai produk seperti Tumblers, Thermal, Glass & Plastik.

Bagi botol air yang diperbuat daripada plastik, BROS menawarkan 6 siri dengan design yang menarik – Crystal, Capa, Flip, Wego, Luna dan Yoga.

Penghasilannya tertakluk kepada ujian makmal yang ketat, menjadikan botol air ini mesra alam, boleh dikitar dan diguna semula. Ia juga memastikan air didalamnya selamat untuk diminum dimana ia tahan kotoran dan mudah dibersihkan.

Selain 100% Bebas Bisphenol-A (BPA), kedua-dua bahan mentah dan unit sebenar juga mematuhi U.S. Food and Drug Administration (FDA) untuk digunakan bersama makanan dan minuman.

Di samping itu, ia juga dapat menahan haba sehingga 95 Celcius.

Berita Baik Buat Pembaca Blog Bro Framestone

Nikmati 20% diskaun untuk setiap pembelian produk BROS di www.bros.com.my menggunakan kod ‘BRO20’ (kod sah sehingga 5 Mei 2018)

Botol air plastik BROS boleh didapati dalam pelbagai saiz, dari 350ml ke 2000ml. Manakala harganya pula diantara RM27.90 ke RM56.90, bergantung pada saiznya.

Kini, anda boleh dapatkan produk BROS di pasaraya dan kedai terpilih seluruh negara, begitu juga secara atas talian (online).

Untuk maklumat lanjut mengenai produk BROS, anda boleh layari :

PENAFIAN : Produk jenama BROS tiada kaitan dengan BRO FRAMESTONE, kecuali – kami sekeluarga adalah pengguna produk mereka ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Koleksi Terbaru Botol Air Jenama BROS, Pilihan Kami Sekeluarga

  1. betul, kalau minum guna cawan tu kadang-kadang malas. hihi. ada botol,, senang jer kan. ada macam-macam design ya. suka pula yng warna purple tu..

  2. Memang cuaca dah start panas. Air masak dekat rumah tu pon memang cepat habis. Suka design botol Bros ni. Sebab menarik dan cute sangat. Ada untuk pelbagai peringkat umur ni. Memang kena beli sorang satu. Tapi harga dia pon boleh tahan juga yer.

  3. Baca jenama dia ingatkan bro dah keluarkan jenama sendiri. Kalau bro keluarkan jenama sendiri harus sis beli bebanyak..hehehe.
    Tapi memang kena ada botol yang bagus dan berkualiti mcm ni, sis selalu letak air masak dlm botol mineral je skrg ni

  4. Saya kalau pilih botol air pun kena cari ada straw so senang sikit nak telan air sebab sangat pemalas nak minum air. Cuaca pon panas sangat, memang elok kena ada air masing2. Botol yang cantik dapat naikan semangat minum nak jaga kesihatan

  5. Mati mati ingat no brand bro.?Nasib baca disclaimer kat bawah. Nampak botol no good quality. I botol air sentiasa bawa . So I always make sure buy good quality bottle.

  6. I also using Bros water bottle and I prefer 2 L water bottle as I drinks more than 2 L water a day. Bros water bottle can be used long term and worth to invest at their water bottle.

  7. i pernah beli jenama botol air bros ni satu ketika lalu. dah 2 tahun lebih macam tu dia pecah sendiri.. hahahah sebab yer la sekejap panas sejuk panas sejuk mana lah dia nak tahan..

    i selalu cuci botol dengan air panas untuk matikan kuman hahahaha

  8. Comelnyaaaaaaa botol ni. Ruby nak sticker tu. Hahaha. Botol air yang dah ada ni macam boring la. So nak sticker macam botol Bros ni. Bila basuh tak tertanggal kan? Hehe. Kemudian 2000ml utk 56.90 ke? Murah tu. Nak beli nanti.

  9. Hahaha… Saw your last message. At first I thought you are the one running this business… Rupa2nya tidak..
    I really like to use straw bottle… Can just drink it every where and won’t easily pour off…

  10. Seriously masa AS baca tajuk tadi, mati-mati ingat Bro release produk sendiri..hahaha. Lagipun memang AS 1st time pun dengar botol jenama bros ni. Nasib ada nota penafian kat bawah sekali tu ^_^

  11. Wahh kalau la ika dapat guna botol jenama Bros ni! Ika suka minum aor. Almost 3 liter perday taw. Nampak luaran badan botol ni kukuh susah nk pecah kalau jatuh kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *