You are here
Home > Jalan Cari Makan > Menu & Suasana di Delicious Café, One Utama Diberi Nafas Baru

Menu & Suasana di Delicious Café, One Utama Diberi Nafas Baru

New Delicious Cafe, 1 Utama
Delicious Café kini berwajah baru selepas diberi nafas baru oleh Envictus International Holdings Limited, syarikat yang mengambil alih pengurusan cafe ini.

Syarikat yang telah memperkenalkan Texas Chicken dan San Francisco Coffee di Malaysia menjadikan Delicious Café sebagai restaurant mesra keluarga berkumpul.

Oleh itu,

Anda boleh nampak perbezaan pemilihan warna, susunan perabot bahkan lokasi yang menarik untuk berselfie + bergambar serta beberapa menu yang mampu menaikan selera anda sekeluarga.


Susun Atur Delicious Café, 1 Utama Yang Menarik

Baru-baru ini, Bro berkesempatan untuk merasai sendiri hidangan menarik di salah satu cawangan Delicious Café, 1 Utama.

Perkara pertama yang berjaya memukau Bro, adalah susun atur dan suasana yang cuba dibangkitkan untuk menarik pengunjung datang ke restaurant ini.

Tidak dinafikan, timbul rasa selesai dan tenang untuk lepak makan disini. Lebih-lebih lagi bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Delicious Café, 1 Utama

Delicious Café, 1 Utama

Delicious Café, 1 Utama

Sumber Gambar : Ayue Idris

Menu Yang Menarik di Delicious Café, 1 Utama

Bagi juadah pembuka selera (Appetizers), terdapat beberapa hidangan berbeza yang anda boleh cuba. Antaranya,

Menu Terkini di Delicious Cafe, 1 Utama
Muchacho Nacho Platter – RM30 (Fav Bro)

Menurut kata Chef, ia merupakan salah satu menu paling digemari pengunjung. Ada yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmatinya.

Bro juga tidak dapat menyangkal kebenarannya bila terpaksa order untuk kali kedua. Lain kali Bro datang, memang Bro aim Muchacho Nacho Platter dahulu 😉

Ia dihidangkan bersama ‘beef chilli con carne, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de galio.

Menu Terkini di Delicious Cafe, 1 Utama
Salmon Else – RM22

Hirisan salmon segar Altantic dengan virgin lemon olive oil, lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan dill ini memang menu starter yang terbaik untuk dicuba.

Menu Terkini di Delicious Cafe, 1 Utama
Salt & Pepper Squid – RM29

Menu Terkini di Delicious Cafe, 1 Utama
Saved by The Bell-acan – RM18

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama
Movie Date Popcorn – RM15

Salad & Pasta di Delicious Café

Menu Terkini di Delicious Cafe, 1 Utama
One in a Melon – RM26 (Fav Bro)
Gabungan tembikai, sayur roket, keju feta, buah zaitun, pudina, basil, kacang pain, mutiara balsamic, minyak selasih, ravioli yogurt ni merupakan gabungan yang cukup sempurna.

Gaul dulu sebelum makan untuk rasa berbeza dalam setiap suapan.

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama
Sawa-duck-ka Salad – RM28 (Fav Bro)

Hidangan hirisan itik ala kerabu campuran pomelo segar, timun, tomato julienne, pudina, selasih Thai, basil, daun bawang, cili merah, biji bijan dan sos Thai, lebih terserlah rasa daging itiknya.

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama
Duck Con-Fit for a King – RM33

Pasta daging itik yang dimasak menggunakan minyak zaitun, bawang putih, bawang, baby bayam, tomato sundried bersama daun ketumbar.

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama
Seashells by the Seashore Aglio Olio – RM42 (Fav Bro)

Pasta paling digemari oleh Bro dimana ia dihidangkan bersama fresh tiger prawns, squid, mussels, sundried tomatoes, button mushroom, parsley, basil, pangrattato dan juga hirisan cili padi.

Pasta ini boleh dikatakan memenuhi citarasa melayu.

Hidangan Utama di Delicious Café

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama
Country Roast with the Most – RM39 (Fav Bro)

Ayam dipanggang selama 48 jam dihidangkan bersama kentang lenyek, coleslaw, roti jagung dan au jus.

Daging ayamnya lembut bila dihiris dan jus dari pemangangan ayam masih terasa dalam setiap gigitan. Sesuatu yang berbaloi untuk dinikmati bersama.

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama
Dibs on the Beef Ribs – RM55 (Fav Bro)

Tulang rusuk daging lembu ini dimasak secara slow cook selama 5 jam bagi mengekalkan kelembapan dagingnya dan dihidangkan bersama kentang goreng ubi keledek, coleslaw, roti jagung, dan onion rings.

Sesuatu yang agak eksklusif tetapi anda boleh dapatkan ia di sini pada harga berpatutan.

Burgers & Sandwiches di Delicious Café

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1 Utama
Go Cheesed Lightning – RM45

Dagingnya adalah 100% US Black Angus Patty.

80% daging + 20% lemak cincang yang dimasak medium dihidangkan dengan keju cheddar, bawang, jeruk, tomato, salad, onion rings.

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1  Utama
Mad as a Croque Madame – RM30

Pencuci Mulut di Delicious Café

Menu Terbaru di Delicious Cafe, 1  Utama
Panna “Kota” Kinabalu – RM22

Gabungan panna cotta dengan bandung dan dihidangkan bersama aiskrim vanila. Sedapppp…..!!!!!

Nampak menarik bukan?

Sekiranya anda teringin dan ingin datang ke Delicious Café anda boleh rujuk alamat dibawah ini.

Delicious Café
Lot G316, Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre (New Wing)
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.

Tel: +603 7724 1086

Untuk maklumat lanjut lanjut dan terkini mengenai Delicious Cafe, anda boleh layari layari instagram thedeliciousgroup atau laman web www.thedeliciousgroup.com

Delicious Cafe, 1 Utama

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

18 thoughts on “Menu & Suasana di Delicious Café, One Utama Diberi Nafas Baru

  1. Bestnya bro, harga pun not bad juga. Boleh dikatakan mampu milik dengan hiasan yg menarik serta hiasan restauran yg cantik. Memang sesuai dgn zaman kini yg suka akan trend selfie 😀 hehe

  2. oh new place? Didnt see this the last time i went to One Utama, need to try it out soon because im getting bored of the other eateries lol

Leave a Reply

Top