January 25, 2025

Hidangan ‘Delightful Koli’ di The Chicken Rice Shop (TCRS)

Delightful Koli The Chicken Rice Shop

Sempena menyambut Deepavali tidak lama lagi, The Chicken Rice Shop (TCRS) teruja memperkenalkan menu baharu mereka yang sangat dinanti-nantikan, ‘Delightful Koli’.

Menu ini boleh didapati di cawangan TCRS di seluruh negara mulai sekarang hingga 19 November 2023.

Kepada rakan-rakan pembaca blog ini yang meraikan Deepavali, Bro ingin mengucapkan Happy Deepavali.

Deepavali, atau lebih dikenali sebagai Pesta Cahaya, adalah masa untuk menyambut perayaan bersama keluarga dan menunjukkan rasa kesyukuran.

Apakah cara yang terbaik untuk memberikan penghargaan buat mereka yang menerangi hidup kita? Pastilah dengan berkongsi hidangan yang memikat citarasa yang tersayang.

Dengan pelancaran menu ‘Delightful Koli’, TCRS berhasrat untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan dengan menyebarkan kegembiraan, supaya mereka dapat berkumpul bersama menikmati hidangan yang mempesonakan.

Menu ‘Delightful Koli’ The Chicken Rice Shop

Menu Delightful Koli The Chicken Rice Shop

Tersedia dalam tiga set berbeza untuk memenuhi permintaan yang pelbagai iaitu Menu A berharga RM22.90 (untuk 1 pax), Menu B berharga RM50.90 (2 pax) dan set C berharga RM99.90 (4 pax).

Menu masa terhad ini menampilkan hidangan yang mencerminkan intipati masakan kaum India dengan sentuhan istimewa TCRS.

Dihasilkan dengan teliti untuk mencipta kenangan gastronomi yang tidak dapat dilupakan sempena sambutan Deepavali, hidangan ayam istimewa ini disediakan dengan adunan rempah untuk menghasilkan perisa menyelerakan yang berteksturkan kari pekat.

Hidangan Delightful Koli The Chicken Rice Shop

Bagi Bro yang biasa makan berdua, semestikan set B menjadi pilihan.

Set ini hadir dengan hidangan :-

  • DeLIGHTful Koli (2x ketul ayam)
  • Single Serve Chicken (Bro pilih Roast)
  • Nyonya Pai Tee (regular)
  • Sai To Fish Ball Soup (regular)
  • Spicy Savoury Ladies Fingers (regular) <- Fav Bro ni
  • 2x Nasi
  • 2x Sup

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Deepavali TCRS bersama keluarga dan rakan-rakan! Kunjungilah cawangan TCRS terdekat anda untuk merasakan kelazatan yang pasti menggiurkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Delightful Koli, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook The Chicken Rice Shop.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *