Bro berkesempatan menyertai larian KLEX Cultural Sprint 2023 bersempena Kuala Lumpur Exchange 2023 anjuran Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC).
Program Kuala Lumpur Exchange 2023 ini turut mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Tourism Malaysia serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Berlangsung dari 14 Oktober sehingga 23 Oktober 2023, di Lalaport, Bukit Bintang sebagai pusat aktiviti, bermula dengan KLEX Cultural Sprint dan Kecoh Kecoh Kebaya Race.
Untuk menyokong program ini,
Bro selaku Cosplay Runner #BroSamurai / #AbgSamurai memilih identiti ‘Samurai Melayu’ dan sertai larian KLEX Cultural Sprint yang turut disertai lebih kurang 150 peserta.
Nampak menarik bukan outfit Bro kali ini.
Pakaian DIY sendiri je, bersama tanjak dan juga sampin yang diikat ala pahlawan. Sedihnya sepanjang larian, sampin asik terlondeh je hahaha.
Ikut plan awal, Bro nak guna keris. Malangnya atas faktor keselamatan dan keris yang Bro ada tak sesuai dibawa di tempat umum. Maka Bro gantikan dengan salah satu koleksi pedang samurai yang Bro ada.
Ada yang suruh Bro sewa keris dari butik pengantin.
Yup, Bro ada riki juga. Cuma pengerasnya agak keras dan keris yang Bro nak, dorang tiada. Btw, pemilihan keris kena sepadan dengan cara pemakaian pahlawan. Bukan main bedal je tau.
Alhamdulillah
Bro Samurai versi Melayu berjaya dipilih sebagai pemenang tempat ke-2 bagi King of KLEX Cultural Sprint Awards dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.
Hadiah telah disampaikan oleh pelakon yang juga pensyarah Seni Persembahan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Arja Lee.
Memang rezeki walaupun terpaksa berlari dalam keadaan hujan dengan sampin asik terlondeh.
Apa-apa pun terima kasih Bro ucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput Bro dan berjaya menganjurkan acara seperti ini.
Gambar kenang-kenangan apabila artis, Arja Lee minta bergambar siap minta Bro Samurai beraksi lagi. Bila lagi kan.
Mungkin ‘Samurai versi Melayu’ akan jadi salah satu identiti yang akan bro bawa dalam larian akan datang.