Dari ladang ke kediaman keluarga, MAGGI menghargai ‘air tangan’ rakyat Malaysia yang mencipta dan menikmati sajian citarasa Malaysia.
Selama lebih lima dekad, MAGGI telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Sejak 1969, produk kegemaran ramai seperti Sos Cili dan Mi 2 Minit MAGGI telah menyatu begitu ramai rakyat Malaysia di rumah, dan menjadi sebahagian penting daripada detik-detik indah mereka menikmati hidangan yang lazat.
Pada majlis ini, seramai empat penggemar makanan dengan bangganya mengetengahkan ‘air tangan’ masing-masing dengan menyediakan hidangan lazat menggunakan pelbagai produk MAGGI.
Antara yang menarik perhatian ialah gandingan klasik, iaitu Ayam Masak Merah dengan Nasi Tomato yang disediakan secara kreatif dengan sentuhan yang lebih sihat; dan juga transformasi sebungkus paket sederhana Mi Asam Laksa MAGGI kegemaran ramai yang diolah menjadi masakan asli Sabah menggunakan ramuan tempatan, jeruk tuhau.
‘Air tangan’ bukan sahaja bermaksud hasil masakan yang lazimnya disediakan untuk orang tersayang, ia juga mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan rakyat Malaysia mengeluarkan setiap produk MAGGI.
Sememangnya MAGGI dihasilkan oleh rakyat Malaysia, dengan dua kilang pengeluaran di Selangor dan Sarawak, yang bertekad membawakan citarasa tempatan kepada isi rumah di Malaysia.
Sempena sambutan ini, MAGGI mengiktiraf beberapa rakan sekerja berdedikasi yang telah berusaha gigih di belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini.
Antaranya termasuk penanam cili seperti Noraini binti Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran dengan teknik perladangan baharu sejak 23 tahun lepas, untuk memastikan tanah yang diusahakannya sentiasa subur dan menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk Sos Cili MAGGI.
Begitu juga buat Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Bin Awang, yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan konsistensi citarasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat Malaysia.
Penghargaan turut diberikan kepada insan-insan lain dengan kisah penuh inspirasi.
Sepanjang tempoh sambutan ini, MAGGI menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘Air Tangan’ mereka sendiri dengan hashtag #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia.
Hantaran boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk MAGGI.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/.