March 18, 2025

Prudential Astro Masters 2014 Tawar Toyota Camry 2.0GX

Prudential Astro Master 2014
Kejohanan golf amatur terbesar Malaysia Prudential Astro Masters 2014 kembali untuk tahun ke-17, dan kali ini sebuah kereta Toyota Camry 2.0GX ditawarkan sebagai hadiah hole-in-one.

Kejohanan golf ini akan berlangsung sepanjang lima bulan dan akan membawa peserta pusingan Grand Final berentap merebut kejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam.

Siri Prudential Astro Masters 2014 akan bermula (tee off) pada 15 April 2014 di Kota Permai Golf & Country Club, Kuala Lumpur. 20 pusingan kelayakan secara keseluruhan akan berlangsung di beberapa rangkaian lapangan golf terbaik di serata Malaysia.

Turut diperkenalkan dua buah padang golf baru yang turut tersenarai untuk pusingan kelayakan kejohanan ini iaitu Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor dan Kelab Rahman Putra, Selangor.

Jadual penuh Prudential Astro Masters 2014

  1. Kota Permai GCC, Selangor – 15 April
  2. Orna GCC, Melaka – 19 April
  3. Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor – 24 April
  4. Meru Valley Golf & Country Club, Perak – 3 Mei
  5. Cinta Sayang GCR, Kedah – 10 Mei
  6. A’ Famosa Golf Resort, Melaka – 17 Mei
  7. Damai Laut GCC, Perak (afternoon tee off) 24 Mei
  8. Palm Resort GCC, Johor – 29 Mei
  9. Tasik Puteri GCC, Selangor -4 Jun
  10. Eastwood Valley, Miri, Sarawak – 14 Jun
  11. Staffield CR, Negeri Sembilan – 18 Jun
  12. Shan-Shui GCC, Tawau – 21 Jun
  13. Shan-Shui GCC, Tawau – 22 Jun
  14. Bukit Jawi GR, Penang – 26 Jun
  15. Resort World Kijal (Awana Kijal) Golf, Terengganu – 9 Ogos
  16. Dalit Bay Golf and Country Club, Sabah – 16 Ogos
  17. Templer Park Country Club, Selangor – 20 Ogos
  18. Penang Golf Resort, Penang – 23 Ogos
  19. Horizon Hills GCC, Johor – 4 September
  20. Kelab Rahman Putra,Selangor – 11 September

Grand Finals di Ho Chi Minh City, Vietnam – 21 – 24 September.

Para peserta yang mendaftar untuk penyertaan pada tahun ini akan menerima cenderahati bernilai lebih RM300.

Mereka juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sumbangan dari rakan-rakan perniagaan Prudential Astro Masters iaitu AmBank, Panasonic, Bridgestone, The Star, Samsonite, MST Golf, Titoni, GOLF Magazine, Banana Boat, Fresh & White, Pharmaton, Shokubutsu Active Guard, Heineken, Gatorade, Schick, Power Bar, AXN, TVB, GlenGrant, Jake’s Charbroil dan Cinta Sayang Resort.

Prudential Astro Master 2014
Barisan rakan kongsi dan penaja bersama Prudential Astro Masters 2014.

Prudential Astro Masters turut menawarkan hadiah lumayan berupa sebuah kereta mewah, Toyota Camry 2.0GX yang bernilai RM159,900 sebagai hadiah hole-in-one.

Di samping itu, beberapa buah televisyen Panasonic Smart LED TV 50 inci menanti pemenang di setiap pusingan kelayakan sebagai hadiah ‘Sure to Win’ hole-in-one.

Oleh itu, sertai dan daftarkan diri anda hari ini kerana penyertaan adalah terhad kepada 120 penyertaan sahaja untuk setiap pusingan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/astrocircle dan www.golfpeople.com.my, atau hubungi +603-7803 6226 dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelanggan Astro layak mendaftar dengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM250, manakala RM350 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Prudential Astro Masters 2014 Tawar Toyota Camry 2.0GX

  1. Saya dh dua kali register online utk menyertai tournament di templer park… langsung tak ada apa2 feedback dari pihak penganjur..
    No telefon yang tertera 0378036226 saya hubungi tak pernah berjawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *