Baru-baru ini Bro telah turun ke Pulau Pinang untuk menyaksikan sendiri pelancaran kempen Canon Get Closer.
Pihak Canon Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen “Canon Get Closer”,
Iaitu satu peluang untuk penduduk setempat dan para pelancong melihat dengan lebih dekat, menerusi lensa kamera serta membongkar rahsia di sebalik daya tarikan pulau itu dan mengapa ia dikenali sebagai destinasi menarik sejak berabad lamanya.
Kempen “Canon Get Closer” sebenarnya dicipta untuk membawa kecintaan terhadap bidang fotografi ini ke suatu tahap yang lebih tinggi.
Terutamanya dengan menambah lokasi-lokasi menjadi tumpuan pelancong yang memiliki keunikan warisan sejarahnya tersendiri.
Fenomena yang dicetuskan oleh projektor “Canon Get Closer” itu secara strategiknya merangkumi lokasi di seluruh Pulau Pinang yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat untuk beriadah.
Apabila mereka yang lalu-lalang mengambil imej pegun di tempat-tempat warisan, kamera akan merakamkan detik indah kawasan berkenaan, tetapi dalam bentuk bersejarah.
Sementara kempen dengan menggunakan teknologi canggih Canon itu dilaksanakan,
Segala pengalaman itu akan dibawa bersama-sama oleh penduduk tempatan atau pelancong untuk lebih mendalami Pulau Pinang – kekayaan budaya dan latar belakangnya yang bersejarah sehingga terbentuk Pulau Pinang hari ini.
Eh, Kenapa buat dekat Pulau Pinang?
Menurut Mr. Wataru Nishioka, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. – Status Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tapak warisan sejarah oleh UNESCO menjadikan ia pilihan yang terbaik untuk melaksanakan kempen ini.
Jika kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan,
Kempen ini akan bakal diteruskan, dimana lokasi bersejarah seperti Bandar Melaka, Kuching dan beberapa lokasi lain akan dipilih.
Canon Get Closer di Pulau Pinang
Kempen “Canon Get Closer” akan bermula dari 28 Februari sehingga 28 Mac 2015, di beberapa kawasan ikonik atau tumpuan pelancong yang terpilih di sekitar Pulau Pinang :-
- Minggu Pertama (28 Feb – 6 Mac) – Fort Cornwallis & Jalan Masjid Keling Kapitan
- Minggu Kedua (7 Mac – 13 Mac) – Peranakan Mansion & Lebuh Cannon
- Minggu Ketiga (14 Mac – 20 Mac) – Lebuh Armenian & Penang Hill
- Minggu Keempat (21 Mac – 28 Mac) – Gurney Paragon St.Jo & Canon Imaging Square (CIS)
Pasukan Projektor Canon Get Closer akan berada di lokasi-lokasi ini mulai pukul 5 petang sehingga 10 malam.
Pertandingan Foto Canon Get Closer
Pertandingan foto ini dibuka kepada semua – warga tempatan atau pelancong yang berminat.
Apa yang perlu dilakukan ialah melawat (semua lapan) lokasi secara mingguan dan merakam gambar dengan menggunakan projektor sejarah Canon, sertakan kapsyenkan pada gambar ini mengikut sejarah berkaitan dengan anda.
Like laman Facebook Canon Camera Malaysia dan muat naik gambar anda untuk peluang memenangi kamera Canon bernilai sehingga RM20,000.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen, lapan lokasi tersebut serta pertandingan, sila layari https://www.facebook.com/canoncameramsia
Kempen “Canon Get Closer” juga diiktiraf oleh Lembaga Pelancongan Negeri Pulau Pinang.
Bicara Bro : Rasa tak puas bila datang ke Pulau Pinang tempoh hari. Banyak lagi tempat bersejarah di sana yang masih belum Bro singgah.
Ada orang Penang tak dekat sini?
Sekitar Pulau Mutiara ini banyak tempat menarik selain Nasi Kandaq power. :)
Memang banyak…. Cuma kali ini tak dapat merasai Nasi Kandaq T-T
tak pernah lagi jenjalan ke pulau mutiara ni, cume sekali dulu singgah bermalam kat Hotel sri Malaysia dan meneruskan perjalanan balik Ke JB awal2 subuh..
Waktu itu dari mana nak ke mana? Ada masa meh la bulan ini singgah ke Pulau Pinang. Kot2 dapat menikmati pengalaman bersama Canon Get Closer
aku baru 3 kali kot sempat pusing Penang untuk bercuti
Kalau bercuti, rasanya tak pernah lagi.. Tapi kalau atas urusan kerja.. pernah la beberapa kali ke sana.. tapi…..
p pinang laut ada, bukit pun ada, pemandangan memang menarik. cuti panjang baru puas kot jejalan sana.
Jem pun ada juga :)
Canon sememangnya jenama yg diyakini dgn kualiti produknya. Pulau Pinang pula memang dikenali dgn pelbagai tempat2 yg cantik dan menari. Sesuai sgt tu… menarik.. :)
Cantik dan menarik… typo pulak..
Bandar Tasik Puteri pun apa kurangnya…. he…23x
Tu diaaaa noh.. hahaha
He…23x moh la datang sana.. try.. kot2 menang kamera ke kan
Apa lagi? nasik kandaq la!
Hari tue terlupa he…23x
wah best nye
org peneng je ler yg blh join cmnie huhu
jauh
jauhnyerrrr….. haishhh…. klu dekat2 tmpt zaza lama dah join ni..
lama plak tak gi penang ni..banyak tempat best la ni kan..