Untungnya sekiranya kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Tetapi mampukah kita menjadi sahabat yang sentiasa memahami dan berada disini sahabat anda?
Bro kadangkala terfikir.
Bro tak mampu jadi seorang sahabat yang terbaik, dan tak boleh berharap bahawa orang lain boleh jadi sahabat terbaik buat diri Bro.
Pernah satu ketika Bro diajukan soalan sehinggakan Bro terpaksa keluarkan statement, “Maaf, memang dalam hidup aku. Aku susah nak percaya sesiapa walaupun dengan kau”
“Kau tak anggap aku kawan kau ke?”
“Apa bukti kukuh yang kau adalah kawan aku? Sekiranya kau kawan aku, kenapa aku kena percaya pada kau?”
Memang terkedu dia sekejab. Setakat kenal dekat laman sosial, berjumpa dua tiga kali belum tentu kita boleh meletakkan kepercayaan dan anggap dia sebagai kawan kita.
Lebih sesuai jika dianggap sebagai kenalan.
Jika tidak, Bro boleh cakap bahawa yang Bro adalah kawan kepada Najib Razak mahupun Khairy Jamaluddin. Mungkin juga dengan Lisa Surihani ataupun Heliza Helmi.
Bersahabat dan berkawan itu banyak bezanya.
Disini Bro ingin kongsikan beberapa jenis persahabatan yang perlu anda tahu (Sumber dipetik dari laman sosial).
1. TA’ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu dalam bas, majlis tertentu, terlibat dalam kemalangan dan mungkin juga sewaktu beratur membeli makanan.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita … Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.
Seperti firman Allah SWT : “Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati …” (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : “Allahumma Ya Allah … selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan.”
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta’ala.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 – 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : “Pada hari itu (Kiamat) sahabat – sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan” (Surah Az-Zukhruf :67)
Bicara Bro : Harap Bro mampu jadi “jenis sahabat ke-7” kepada anda.
Apapun saya seorang yang tak percayakan orang.. kawan, sahabat.. kita tak tahu sampai bila kita akan berada dalam hati mereka atas nama kawan atau sahabat.. kebanyakkan manusia sekarang sangat pelakon.. masa baik kita takde cacat celanya… masa gaduh.. silap kita yang berabad dulu pun dia boleh canang..
mencintai dan bersahabat karena Allah itulah yang utama seperti yang ada kata no. 7
semoga kita mendapat persahabatan kerna taqwa itu
Bukan mudah untuk mencari sahabat sekarang ni. Kalau ada sahabat sejati kita harus menghargai dan menjaga ikatan persahabatan tersebut.
Kita akan tahu dia sahabat sejati kita bila time kita ssh dia ada bersama-sama… ????
bro kita nih sahabat online.. ntah bila agaknya nak dapat jumpa ya.. huhu
Banyak sahabat gua datang dari budak2 asrama masa sek men.
Kawan sekolah ramai lupa dah, kalau terserempak sekarang memang tak semua boleh ingat, muka banyak dah berubah. Bagus info ni bro.
Tak kiralah bagaimana jenisnya persahabatan itu. Semoga silaturrahim yg terjalin ada manfaatnya utk dunia dan juga akhirat… aamiin…
hahaha ad gambar muka aku rupenye.
Semoga persahabatan itu akan terus berkekalan…perkongsian yg baik ni bro…