Memang pagi yang mendamaikan bila dapat menikmati tidur yang lena setelah seharian bekerja.
Sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur, menikmati breakfast di The Eatery, Four Points by Sheraton, Penang yakni tempat dimana Bro menginap sewaktu berada di Pulau Pinang.
Breakfast pula menghadap pantai.
Memang nikmat sangat, bila menikmati sarapan sambil menikmati pemandangan panorama yang terbentang luas didepan mata.
Anda boleh memilih untuk berada didalam ataupun diruang terbuka menghadap pantai.
Meh cuci mata pula dengan apa yang sedia ada didalam The Eatery, Four Points by Sheraton, Penang.
Eh, yang dalam botol itu adalah air minuman.
Kalau nak minum, kena tuang dalam gelas. Dan bukannya ditunggang begitu sahaja. Ikut hati, nak je ambil sebotol letak dekat meja makan he…23x
Sarapan Pilihan Bro Framestone di The Eatery, Four Points by Sheraton, Penang
Bro tak beberapa pasti berapa round Bro sarapan pagi itu. Ini semua disebabkan ralik berbual dengan rakan media yang turut bersarapan semeja dengan Bro.
Kul 8 pagi Bro turun sarapan. Nak dekat pukul 10 baru gerak naik ke bilik.
Apa-apa pun Bro kongsikan beberapa gambar sarapan yang sempat Bro tangkap.
Disini, Bro kongsikan maklumat untuk rujukan anda sekiranya anda ingin datang ke sini.
Four Points by Sheraton, Penang
505 Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah
11200 Penang,
Malaysia
Tel : 604-3718888
Website : www.fourpointspenang.com
ada masa jalan-jalan kat penang dah ada referensi terbaik dari bro untuk tempat breakfast
Mcm menarik ja tempat ni. Makanan dia nampak sedap. Dari segi harga mcm mana bro? ok x?
Sekali dengan pakej semalam dekat sini. Tak pasti pula berapa harganya
Bestnya tempat Bro breakfast… Sampai dah tak nampak kelibat mak mertua.. hehehe X 23
Kelibat mak mertua? mana mana?
Mcm menarik betul tempat ni. Kalau ke Penang, boleh ler kawe cuba cari tempat ni. Thank you for sharing..
Fuhh sedap2 hidangan kat Sheraton ni… banyak makan tu Bro.. penuh perut.. :D